::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Tuesday, 27 August 2013

::Tolonglah Faham::



1st of all...
Eira nak minta maaf..
Kalau de yang terasa hati dgn entry Eira kali ni..
Manalah tau...
Tetiba ada lak yg terterjah entry ni..
Eira nak luahkan perasaan..
Biarlah kalau tak de org baca pun..
Blog Eira ni kira cam diari on9 Eira..
Kebelakangan ni...
Eira memang bz nak siapkan sijil2 penyertaan..
Kepada peserta2 kursus & latihan..
Sebabnya sijil2 ni dah lama tertunggak..
Dari bulan April lagi..
Ni semua gara2 tiada cetakan sijil dibuat..
Tak nak lah salahkan sesiapa..
Cuma bila senarai nama untuk buat sijil bertambah..
Keje Eira pun makin bertambah lah..
Sampai kadang2 tu..
Tak sempat nak berborak kosong dgn kawan2 kat bahagian lain..
Sekarang ni..
Dorang sume sibuk dengan latihan bola jaring..
Sepatutnya Eira terlibat sama..
Tapi Eira tak dapat nak ikut..
Memandangkan bebanan keje yg makin bertambah..
Eira takut tak sempat siapkan keje..
Nanti tak pasal2 makin banyak lak keje..
Bila keje dah banyak..
Mula ar nak kelam kabut..
Tapi kawan2 Eira ni..
Macam tak faham je..
Atau pun dorang saja buat2 tak faham..
Sekarang ni..
Semua macam dah bermasam muka dgn Eira..
Sampai tak nak bertegur sapa lak..
Eira pun dah pening..
Tak tau nak buat apa lagi..
Eira dah minta maaf..
Tapi dorang wat tak layan je..
Sedih tol..

Dorang macam tak faham keje Eira..
Perbezaan keje Eira dgn dorang..
Dorang semua kakitangan tetap..
Eira ni anggota sukarela je..
Eira kena ar ikut arahan Ketua Bahagian Eira..
Takkan Eira nak main redah je..
Tanggungjawab Eira pada keje perlu diutamakan..
Kang tak pasal2..
Eira kena gantung keje pulak..
Huhuhu..
Harap2 dorang semua mengerti keadaan Eira..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa