::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Thursday 14 January 2016

::Baju Raya 8 Tahun Lepas::

Assalamualaikum..
Selamat hari Khamis uolss.
Mesti ramai yang happy, sebab esok dah last day keje.
Eira hari Sabtu pun kena keje lagi.
Huhuhuhu...
Tak nak story pasal keje.
Tapi nak story pasal baju raya 8 tahun lepas.
Dah lama tak pakai baju tu.
Sebab badan makin mengecil, sampai tak muat nak pakai.
Alhamdulillah, hari Sabtu lepas dapat gak pakai.
Dan masih muat lagi uolss.
Tak sangka betul.



Lepas ni nak kena bagi slim lagi.
Baru ar boleh pakai balik baju zaman muda2 dulu..
Hehehehe..
Eira target nak turunkan berat 10kg.
Hopefully target akan tercapai.

Thursday 7 January 2016

Soalan-soalan Yang Boleh Buat Korang Melenting

Bila tiba tahun baru je, ramai yang akan tanya korang soalan-soalan kat bawah ni.
Yang pastinya, soalan-soalan ni akan buat korang nak melenting.
Jom kita ushar soalan-soalan tu..
1. Berapa umur kau sekarang?
Soalan ni berkait rapat dengan soalan-soalan berikutnya.
Bila tahun baru je, orang sibuk nak tau berapa umur kita.
Bila dah bagi tau, de yang tak percaya pulak.
Kadang-kadang terfikir gak, tak de soalan lain ke korang nak tanya?

2. Bila nak kahwin?


Soalan ni sure akan buat korang yang bujang (macam saya).
STRESS!!
Bila pergi majlis kenduri je, makcik-makcik korang mesti sibuk nak tanya kan "Kamu bila nak kahwin? Umur dah makin meningkat."
Selalunya saya akan senyum dan jawab, " Jodoh tu rahsia Allah. Kita tak tahu siapa dan bila kita akan berkahwin. Yang pasti, segalanya telah tertulis sejak azali lagi."

3. Bila nak dapat baby?



Bagi yang dah berkahwin pulak, orang akan tanya soalan ni pulak.
Pada yang tak berkahwin lagi, mesti de orang yang akan cakap kat korang macam ni, "Kalau kau kahwin lambat, sure susah nak dapat baby nanti."

4. Kerja mana sekarang?



Kebanyakkan orang suka tanya soalan ni. Sebab dorang nak sangat tau korang dapat kerja yang setaraf tak dengan kelulusan yang korang ada.
Pada saya, tak kisahlah kerja kita setaraf atau tidak dengan kelulusan kita yang penting saya tak menganggur.

5. Berapa gaji kau sekarang?



Ni soalan terakhir yang akan buat korang panas.
Kenapa ar ada yang sibuk nak tau gaji kita berapa.
Gaji yang dia dapat tu tak cukup ke?
Sampai nak kena tanya gaji orang lain pulak.
Sebenarnya manusia jenis macam ni, ada satu sifat dengki dalam diri. Dia tak senang duduk kalau ada orang lain lebih dari dia.

So tahun baru ni, korang kena cuba elakkan bertanya soalan-soalan di atas.
Kalau tak, mungkin korang akan kena pelempang nanti.

::Jarum Jam Dah Patah::

Assalamualaikum..
Morning uolss..
Entry pertama di tahun baru.
Terima kasih pada yang sudi jengah blog Eira.
Komen-komen yang korang berikan amat Eira hargai.
Tahun baru dengan semangat baru.
Walaupun masih bekerja di tempat lama dengan situasi yang kurang menyenangkan, Eira tanam tekad tak nak peduli apa yang orang lain cakap.
Yang penting hidup mesti diteruskan.
Tapi semalam..
Jarum jam kesayangan Eira dah patah..

Huhuhu..
Tak tau ar boleh repair lagi ke tak.
Dah lama Eira pakai jam ni.
Hopefully masih boleh digunakan lagi.
Selamat Bekerja uolss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa