::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Sunday 24 December 2017

:: Christmas Gifts::



Selamat petang uols.
Mesti korang tengah happy bercuti dengan keluarga tercinta.
Eira masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja.
Seronok gak bekerja time ni, sebab dapat jumpa ramai orang.
Memandangkan penganut agama Kristian akan menyambut Perayaan Krismas esok, so Eira nak share sikit hadiah yang korang boleh bagi.
Hadiah ni tak semestinya untuk Krismas je tau.
Also suitable for wedding, birthday and others ceremony.
Kalau selalu orang bagi hadiah coklat, periuk, seterika...
Apa kata korang bagi hadiah Set essential oils.

Bukan je wangi, tapi bagus untuk pengudaraan.
Kat sini Eira senaraikan Essential Oils yang sesuai untuk Perayaan Krismas.
🌲 Frankincense
🌲 Peppermint
🌲 Orange
🌲 Lavender
🌲 Melissa
🌲 Geranium
🌲 Myrrh
🌲 Cinnamon
Jangan tak tau, korang boleh gak mix essential oil ni sampai jadi satu wangian lain.
Contohnya 10 titis orange essential oil + 6 titis peppermint essential oil + 4 titis frankincense essential oil.

Setakat ni je, perkongsian tentang gift for Christmas.
Nanti Eira akan share lagi tentang essential oil.
Korang yang nak beli essential oil, boleh jumpa Eira kat Tesco Tanjung Pinang.
Untuk pembelian secara online, korang boleh layari Cristtee

Thursday 14 December 2017

:: Australia Red Coral by Cristtee::



Dah lama nak tulis entry ni..
Tapi asyik terbantut je..
Sebab dah kering idea.
Sebelum Eira guna produk dari Cristtee ni, kulit Eira memang kusam & gelap.
Maklumlah keje outdoor.
Bak kata New Boyz..
Berpanas hujan berembun..
Tak pernah ku hiraukan..
Memang tak hirau langsung pasal kulit ni..
Sampailah mak Eira tegur..
"Kakak awat kulit hang makin gelap?"
Huwaaa 😭😭
Terus iolss sentap uolss..
Baru ar terfikir nak jaga kulit, nak cantik macam orang lain.
Tapi Eira agak takut nak guna skincare yang ada bahan kimia.
Sebab muka pernah jadi teruk lepas guna satu produk skincare ni.
Masa tengah dok survey produk, terjumpa ar dengan produk Cristtee ni.
Iolss terus jatuh cinta 😍😍

Saturday 9 December 2017

::Derma Darah::



Selamat tengahari uolss.
Pada yang bercuti, selamat bercuti.
Eira kerja hari ni.
Semalam off day.
Sempat gi jumpa officemate tempat kerja lama.
Rindu kot.
Bila turun kat ruang legar KOMTAR, baru perasan ada Kempen Derma Darah.
Eira & adik pun terus register.

Wednesday 6 December 2017

::Jom Jadi Seperti Semut::



Cuba perhatikan seekor semut.
Bila kita letak jari kita di hadapannya ketika ia sedang berjalan, kita dapati semut itu tidak berhenti dan tidak diam.
Semut itu tidak menyerah kalah meskipun lemah dan tubuhnya kecil.
Ia akan membelok ke kanan dan ke kiri mengelak jari kita atau ia akan patah balik mencari jalan lain.

Bagaimana pula dengan kita ketika menghadapi kesulitan dan ujian?

Tuesday 5 December 2017

:: Sebulan Sudah::



Selamat Tengahari uolss..
Tengah lunch ke tu..
Selamat menjamu selera 😊
Sedar tak sedar, dah sebulan guna satu produk penjagaan wajah.
Alhamdulillah muka makin ok.
Whitehead & blackhead pun makin kurang.
Nak tau produk apa??
InshaAllah nanti Eira review ye 😉
Kasi up gambar dulu..
No makeup











Nota kaki: Korang yg ada insurans, wajib baca ni <sini>

Saturday 18 November 2017

::Dugaan November::



Assalamu'alaikum..
Selamat Hari Sabtu uols..
Tengah makan nasi kenduri ke tu?
Makan, makan jugak uols..
Tapi kena la kawal gak pemakanan tu.
Nanti tak tercapai lak azam korang nak kurus.
2017 pun dah semakin hampir ke hujungnya.
Banyak betul dugaan di bulan November ni.
Bermula dengan
1. Keadaan ayah yang tak berapa sihat. Sampai tak berselera nak makan. Tapi asyik nak makan roti canai je 😂. Tambahan pula, ayah selalu cakap yang dia selalu mimpi sedara-sedara yang dah meninggal dunia.
2. Mak pula sakit kaki sampai tak boleh jalan. Mujur dah berhenti kerja time ni. Dapat gak tolong apa yang patut & berasap gak le dapur.
3. Hujan lebat sampai banjir. Bayangkan dari pukul 1 pagi Eira & adik dok bertungkus lumus susun barang kat tempat tinggi. Air masuk separas betis uols. Kata penduduk kat kawasan kuarters tu, ni kali pertama banjir teruk kat situ. Sebelum ni kalau banjir pun, air masuk kat dapur je. Ni sampai habis satu rumah uols. Seminggu gak habiskan masa bersihkan rumah balik.

Tuesday 14 November 2017

::SPM Dah Habis Ke?::



Selamat tengahari uols..
Dah lunch ke?
Eira tengah confused ni uols..
Semalam de customer tanya,
"SPM dah habis ke dik?"
Yang menjadi kemusykilan ialah sama ada dia ingat Eira tengah ambil SPM @ dia ingat ingat Eira ada anak yang menduduki peperiksaan SPM.
Eira terus tanya balik..
"Kenapa Miss?"
"Your face looks like a secondary student."
🤦
Semalam pun, bos bagi tau..
De orang tanya dia berani betul ambil budak tak habis belajar kerja.
Budak Tak Habis SP
Dah hampir 14 tahun meninggalkan sesi persekolahan.
Tak sanggup Eira nak ambil SPM lagi.
Nampak muda ke?
Kita dah 3 series uols..

Nota kaki: Wow beli 2 botol susu F&N boleh menang RM50,000. Tak percaya korang klik [sini]




Wednesday 18 October 2017

::Wordless Wednesday~18.10.2017::




Tuesday 17 October 2017

::Telur Je::



Hai uolss..
Lama betul entry ni tertunggak..
Korang dah lunch ke?
Makan apa je tu??
Menu Eira selalu sama je..
Sarapan➡️Segelas Chia Seeds
Minum Pagi ➡️ Telur Rebus
Makan Tengahari ➡️Sayur + Telur Goreng
Minum Petang ➡️Biskut Oat
Makan Malam ➡️ Biskut Kering

Telur je??
Kenyang ke??
Kenapa banyak makan telur?
Tak jemu ke??



Ni antara soalan-soalan yang kerap ditanya.
Jemu, memang jemu..
Tapi itu antara menu diet dan lauk yang mampu dibeli oleh orang yang tak bergaji tetap macam Eira.
Bersyukur je lah atas apa yang diberi.
Sekurang-kurangnya masih gak dapat menjamu selera 😊.
Jom kita tidur dulu.
Nanti baru sambung buat kerja.
Terpaksa tanggung kerja orang lagi..😖
Korang, nanti tolong klik ye Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta.
Jenuh fikir nak cari duit lagi..
Tq tau uolss yang klik tu..
Hanya Allah dapat membalas jasa baik korang 😘



Sunday 8 October 2017

:: Peruntukan Belum Masuk::



Selamat berhujung minggu.
Entri ni ditulis sekadar luahan isi hati.
Seronok tengok orang lain dah dapat gaji bulan September & tak lama lagi gaji bulan Oktober pula (Deepavali).
Tapi kami ni masih menggigit jari menanti gaji yang tak masuk-masuk (kitorang panggil elaun).
Alasan sebab tak masuk gaji, PERUNTUKAN TAK ADA.
Allahuakbar!!
Rasa macam batu menghempap bahu bila dengar dari pihak kewangan.
Sebelum ni, tak pernah berlaku masalah macam ni.
Tapi, sejak nama jabatan bertukar & ditukar ke bawah Kementerian lain, masalah begini kerap timbul.
Kami pun ada tanggungjawab masing-masing.
Nak kena bayar duit kereta, rumah, bil-bil bagai.
Kalau yang dah bekeluarga, lagilah kesian.
Nak kena beli susu anak, belanja ke sekolah.
Semua tu memerlukan DUIT.
Ni situasi yang Eira hadapi.
Mak: Kakak, beras dah habis. Nanti tolong beli tau.
Eira: Ok mak. Nanti dapat elaun, kakak beli.
Mak: La, elaun tak dapat gi ke?
Eira: Belum. Depa kata peruntukan tak masuk lagi.
Ayah: Pi cari kerja lain. Susah kerja macam ni!!
Terus air muka mak & ayah muram.
Luluh hati Eira.
Nak beli beras pun tak mampu.
Baru beli sepapan telur.
Tu pun pinjam duit adik.
Takkan nak harapkan adik je.
Dia pun nak guna duit gak.
De lak mulut-mulut puaka yang cakap.
"Eh, hang kan meniaga online. Takkan tak dak duit kot.."
Korang ingat, orang meniaga ni semua kaya ke?
Memang jual banyak produk, tapi kalau orang tak beli, tak dapat untung gak.
Duot modal niaga pun, dah habis belanja semua.
Gara-gara elaun tak masuk lagi.
Duit keuntungan lak, Eira terpaksa simpan untuk bayar duit roadtax kereta.
Kalau guna duit tu, jenuh lak nak kumpul balik.
Memandangkan peruntukan ni pun tak tau bila nak dapat.
Harapan Eira & teman senasib, cuma satu je.
Harap pihak atasan dapat mengatasi masalah ni.
Bukan tiap-tiap bulan kami terpaksa menunggu.

Sekian luahan hati 😢

Thursday 5 October 2017

::Senyum Walaupun Berduka::



Selamat pagi uols..
Senyumlah walaupun tengah bersedih.








InshaAllah akan terus tersenyum untuk menyembunyikan kedukaan.
Tapi ada kalanya hati rapuh gak dengan perangai orang sekeliling.
Walaupun serik dengan pekerjaan sekarang, tapi masih lagi bertahan kat sini.
Harap sahabat-sahabat semua dapat doakan saya agar dapat pekerjaan tetap.
Teruk gak bila tak dapat keje tetap lagi.
Terpaksa bertahan dengan duit gaji yang memang tak pernah cukup.
Bila ada cuti am, hari sabtu & ahad maka tak bergajilah saya.
Hanya orang yang senasib je faham.
Yang buat Eira sakit hati, bila orang yang dah bekerja tetap perlekehkan Eira.
Dah tau, Eira tak dapat gaji boleh pulak nak ajak tengok wayang bagai.
Kalau nak buat lawak sekali pun biar kena pada masa ar.
Tak pe lah, sekarang ni masa Eira susah.
Eira yakin Allah takkan uji hambaNya dengan apa yang tak mampu ditanggung.
Redha, Usaha & Tawakkal.
Moga Eira bertemu kebahagiaan kelak.
Doakan ye, sahabat-sahabat semua 😊

Tuesday 12 September 2017

::Hormati Orang Lain::



Betul apa yang orang cakap..
Tak Kenal, Maka Tak Cinta.
Bila kita dah lama kenal orang tu, baru kita tahu perangai dia.
Bukan nak minta diri dihormati..
Tapi at least cuba ar belajar nak hormat orang lain.
Kalau nak diri korang orang hormati, korang pun kena ar hormat orang lain gak.
Setiap orang punya cara pemikiran yang berbeza.
Semakin kita dewasa, sepatutnya fikiran kita lebih matang.
Bukannya masih bersifat kebudak-budakan.
Lepas tu, mula ar cakap orang tak faham awak.
Pening akak dik non..
Asyik nak jaga hati orang je, hati akak yang sakit ni sapa nak jaga??

Adakalanya, Eira terfikir gak..
Macam manalah kawan-kawan dia boleh bersabar bersahabat dengan orang macam ni?
Cara saya kerja memang tak kan sama dengan orang lain.
Tak perlulah nak bandingkan saya dengan awak kot.
Saya memang tak setaraf pun.

Mood dah ke laut uols..
Otak pun dah malas nak fikir lagi..
Tak tahu sampai bila nak bersabar lagi.
Kalau orang tak nak, kita pun tak hingin uols.
Lain kali, awak buat je lah keje sorang-sorang ye.

SEKIAN

::Kemangkatan Sultan Kedah::



Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. 
Al Fatihah...
Sembah Takziah
Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah jam 2:30 petang tadi di Istana Anak Bukit.

Semoga roh Baginda dicucuri rahmat

Wednesday 9 August 2017

::Tips Kurus ~ 1. Kurangkan / Hentikan Pengambilan Gula::



Hai korang..
Sekarang ni, makin ramai yang kongsi tips-tips untuk kurus.
Eira pun tak terkecuali..
Nak berkongsi gak dengan korang..
Mungkin cara Eira tak sama dengan yang lain..
Korang boleh je pilih nak guna cara macam mana pun..
Ni tips yang Eira amalkan masa mula-mula nak diet dulu.
Bukan senang nak start diet..
Memang banyak halangan, terutama bila buka FB.
Mesti korang akan TERTENGOK pic makanan yang sedap-sedap.
Image result for cakes and pastries
Tergugat iman akak Dek Non..
Rasa macam terus nak berhenti diet.

Tips 1 untuk korang yang berangan & ada hati nak diet.
Kurangkan Pengambilan gula


Image result for kopi dan teh tarik
Sedapnya Teh Tarik.

Kalau sebelum ni, dalam sehari korang minum 3 gelas air manis (Milo, Kopi, Teh Tarik, Sirap dsb), cuba kurangkan kepada 2 gelas dulu. Then baru kurangkan sampai segelas dulu.
Bila rasa dah OK, terus jangan minum minuman manis.
Lagi satu, korang kena ar juga kurangkan pengambilan minuman bikarbonat.
Tak kisahlah yang dalam botol @ dalam tin, semua ada kandungan gula yang banyak.
So, kalau boleh tolong elakkan ye..

Mesti ada yang cakap, habistu saya nak minum air apa je sis??
Minumlah air masak. Awal-awal diet dulu, Eira minum 3liter air masak sehari. Now, dah kurangkan kepada 2 liter sehari.
Takpun, korang boleh minum air kopi @ teh @ jus buah-buahan tanpa gula.
Eira prefer minum green tea dari Ahmad Tea.
Image result for ahmad green tea
My Favorite

Kalau tak boleh jugak, cuba korang tetapkan dalam seminggu tu, sehari untuk korang minum minuman manis (cheating day).
Tapi jangan ar buat selalu ye..

Makanan yang manis macam kek (segala jenis kek, tak kira ar cupcakes ke kek hantu ke) dan pastry yang manis-manis tu, tetap korang kena kurangkan.
Eira ada gak dalam sebulan tu, makan aiskrim @ kek sebab teringin uols.

Eira berjaya kurangkan 5kg di awal diet dulu lepas kurangkan minum minuman dan makan makanan yang manis-manis.
Kalau Eira boleh, korang pun confirm boleh.
Yang penting, korang kena YAKIN pada diri sendiri ye..
Korang buat, korang dapatlah hasilnya.

Nota kaki: Nanti Eira akan kongsikan tips cara minum air masak yang Eira amalkan.

Tuesday 25 July 2017

::Happy Born Day::



First of all, Eira nak ucap terima kasih buat semua saudara dan rakan yang sudi wish & doa yang baik-baik sempena birthday Eira.
Tak terasa makin meningkat umur Eira.
Masih banyak perkara yang belum Eira kecapi walaupun umur dah mencecah 3 series.

Terima kasih gak buat Pegawai Eira, Puan Yatt yang sudi bagi hadiah kat Eira.

Friday 21 July 2017

::Tips Menghadiri Rumah Terbuka::



Morning uolss..
Salam Jumaat..
Masih dalam mood raya lagi ke tu?
Semakin Syawal menghampiri penghujungnya, makin ramai yang buat rumah terbuka dan jamuan raya.
Eira pun semalam de jamuan raya kat office lama.
Hari ni pulak nak pi jamuan raya APM kat Seremban.
Hari ni Eira nak share dengan korang tips yang Eira guna bila nak pi rumah terbuka..
Jom kita menelaah.

Tips Ke Rumah Terbuka
Jom gi beraya

1. Bawa air masak sendiri

Kalau korang nak kurus, kena ar minum air masak banyak-banyak. Masa awal-awal dulu, ramai yang mencebik sebab Eira bawa air.

Monday 17 July 2017

::Raya 2016 vs Raya 2017::



Morning uolss..
Syawal dah semakin menghampiri penghujungnya.
Masih banyak lagi panggilan rumah terbuka untuk dikunjungi.
Berat badan korang macam mana?
Berkurang ke bertambah?
Eira Alhamdulillah maintain..
Kalau tak percaya, cuba korang tengok perbezaan gambar tahun lepas dan tahun ni.
Ada beza tak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa