::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Thursday 26 May 2016

::Kenapa Harus Berdengki?::



Selamat tengahari uols..
Alhamdulillah kekenyangan hari ni..
Sebab kat office de buat majlis perpisahan pegawai.
So dapat ar makan free.
Jimat duit belanja akak uols..
Nak story sikit dengan korang..
Kenapalah manusia suka sangat dengki dengan orang lain?
Dan selalunya orang yang ada sifat dengki ni ialah orang MELAYU dan beragama ISLAM.
Eira sendiri pun tak faham.
Tapi ini terjadi kepada keluarga Eira sendiri.
Dulu, ayah Eira meniaga apam balik.
Tetiba satu hari, ada member tanya.
"Ayah hang tak buka kedai ke? Aku nak beli apam balik ni."
Pada hal Eira de je tolong ayah niaga masa tu.
Rupa-rupanya, ada orang dengki pada perniagaan kami dan dia kenakan sihir tak bagi orang lain nampak kami meniaga.
Sedih sangat masa tu.
Eira dapat tengok dari raut wajah ayah.
Lepas tu, ada orang ambil tapak niaga kami, dan bagi dia saudara kami.
Siap cakap ayah yang mengajar dia buat apam balik.
Pada hal ayah Eira kena tahan kat wad.
So, sampai sekarang kami dah tak niaga apam balik lagi.

Eira ingat tahun 2016 ni, dah tak de ar orang yang bersifat dengki.
Rupanya ada gak.
Dia tak puas hati Eira jual produk dan promote kat office.
Dia pun nak buat jugak.
Siap tanya kat mana Eira macam mana nak mula niaga, mana nak cari supplier, modal macam mana?
And macam-macam lagi lah dia tanya.
Mula-mula Eira nak kongsi je semua.
Tapi member kat office tak kasi.
Sebab dia cakap budak ni macam nak caras perniagaan Eira je.
Apa pendapat korang erk??
Bukan Eira tak nak berkongsi, tapi Eira pun susah payah sorang-sorang cari supplier semua.
Takkan senang-senang nak bagi tau kat orang lain.
Lagi pun rezeki di bumi Allah ni meluas.
Tinggal kita je yang perlu berusaha lebih sikit
Ye tak.

Apa-apa pun Eira tak pernah tanam sifat dengki pada sesiapa pun.
Semoga Allah jauhkan Eira dari sifat mazmumah dan dekatkan Eira dengan sifat-sifat mahmudah.

Tuesday 24 May 2016

::Terkejut Dengan Harga::

Assalamualaikum dan selamat pagi uols..
Agak lama tak mencoret.
Pagi ni nak story kat korang cerita semalam.
Semalam, Eira gi beli nasi campur kat kedai bawah office.
Ni ar lauk yang Eira ambil


Mula-mula nak ambil lauk lain, tapi rasa teringin nak makan kerang lak.
Tapi masa tauke kedai kira harga, memang Eira terkejut beruk uols!
RM8.50??
Nak makan pun rasa tersekat kat kerongkong.
Memang kerang mahal ke sekarang??
Dah ramai yang cakap kedai tu cekik darah.
Tapi Eira tak pernah kena.
Terpaksa boikot kedai ni buat sementara waktu.
Lari bajet akak uols!!
Dah ar gaji lambat gi nak dapat..
Huhuhu

~nota kaki~
Meh jamu mata kat ig & fb Eira D Shoppe

Friday 13 May 2016

::Ada Perbezaan Tak?::



Salam Jumaat..
Dah lunch ke uols??
Sebelum keluar lunch, nak gak update satu entry dulu.
Ada nampak perbezaan tak kat gambar ni..

Baju yang sama..
Tudung yang sama..
Latar belakang yang sama..
Hari yang sama..
Cuma tahun je yang berbeza..

Rasa-rasa korang, de perubahan tak?
Cer bagi komen sikit kat bawah ni..


Friday 6 May 2016

::Minta Pendapat::



Salam Jumaat..
Mesti korang dah sibuk menghitung waktu.
Maklumlah hari Jumaat, ramai yang nak balik awal.
Eira just nak minta pendapat rakan-rakan blogger.
Macam mana cara nak tegur jiran yang bela kucing.
Tapi macam tak jaga kebajikan dia.
Selalu dorang tinggalkan je kucing tu dalam rumah.
Kadang-kadang sampai seminggu.
Bila dah berminggu-minggu ditinggalkan, mula ar bau-bauan yang kurang menyenangkan merebak keluar.
Image result for kucing

Kucing memang comel.
Tapi bila tak terjaga, bau-bauan tu buat jiran lain lak yang merana.
Ayah Eira sampai penat dan muntah-muntah sebab tak tahan dengan bau busuk tu.
Eira de bagi tau kat pihak perbadanan.
Tapi masalahnya, jiran Eira ni balik rumah pukul 2 @ 3 pagi.
Tak sempat nak bersua muka.
Cuba tanya pendapat kat group whatsapp tadi.
Tapi tercetus pergaduhan pulak.
Saya tak marah kepada pecinta-pecinta kucing.
Kalau kita bela haiwan peliharaan, mesti kita anggap macam bela anak sendiri kan.
Haiwan pun perlukan perhatian dan belaian.
Kalau korang sayang pada haiwan tu, mesti korang akan jaga elok-elok kan.
Takkan korang nak tinggalkan dia dalam rumah sampai berhari-hari.
Lagi satu, bila kita hidup berjiran ni, kena ar fikirkan jiran-jiran lain gak.
Kadang-kadang malu bila saudara mara datang, boleh hidu bau busuk dari tangga lagi.
Bila dah masak sedap-sedap, nak makan pun tak de selera uols.
Baru nak suap makan, tetiba bau-bauan menjelma.
Harap korang dapat beri pendapat ye.
Dah setahun menanggung siksa ini.
Jangan ada yang kecam Eira pulak.
Hehehe.

p/s: Jemput follow ig eira_d.shoppe 
       Kalau korang nak order Perlaking, boleh pm eira kat fb k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa