::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Tuesday 25 July 2017

::Happy Born Day::



First of all, Eira nak ucap terima kasih buat semua saudara dan rakan yang sudi wish & doa yang baik-baik sempena birthday Eira.
Tak terasa makin meningkat umur Eira.
Masih banyak perkara yang belum Eira kecapi walaupun umur dah mencecah 3 series.

Terima kasih gak buat Pegawai Eira, Puan Yatt yang sudi bagi hadiah kat Eira.

Friday 21 July 2017

::Tips Menghadiri Rumah Terbuka::



Morning uolss..
Salam Jumaat..
Masih dalam mood raya lagi ke tu?
Semakin Syawal menghampiri penghujungnya, makin ramai yang buat rumah terbuka dan jamuan raya.
Eira pun semalam de jamuan raya kat office lama.
Hari ni pulak nak pi jamuan raya APM kat Seremban.
Hari ni Eira nak share dengan korang tips yang Eira guna bila nak pi rumah terbuka..
Jom kita menelaah.

Tips Ke Rumah Terbuka
Jom gi beraya

1. Bawa air masak sendiri

Kalau korang nak kurus, kena ar minum air masak banyak-banyak. Masa awal-awal dulu, ramai yang mencebik sebab Eira bawa air.

Monday 17 July 2017

::Raya 2016 vs Raya 2017::



Morning uolss..
Syawal dah semakin menghampiri penghujungnya.
Masih banyak lagi panggilan rumah terbuka untuk dikunjungi.
Berat badan korang macam mana?
Berkurang ke bertambah?
Eira Alhamdulillah maintain..
Kalau tak percaya, cuba korang tengok perbezaan gambar tahun lepas dan tahun ni.
Ada beza tak??

Thursday 13 July 2017

::Menu Of The Day ~ 13.7.2017::



Korang dah lunch ke tu..
Macam mana berat korang lepas raya?
Naik ke turun?
Alhamdulillah, berat Eira masih maintain.
Now, dalam usaha nak kurangkan berat lagi 😉
Apa menu lunch korang hari ni?
Ni menu Eira untuk hari ni..
tadaa.. comeikan set sudu & garpu tu
Untuk sarapan, selalunya Eira amalkan minum segelas air masak yang dah direndam semalaman dengan satu camca chia seeds.
Tadi pagi sebelum gi keje, sempat gak bersenam sikit kat rumah.

Wednesday 12 July 2017

::Wordless Wednesday ~ 12.7.2017::



Morning uolss..
Burung pun sayangkan anak.
Manusia pulak yang tak tahu nak hargai pemberian Tuhan Yang Esa.

Tuesday 11 July 2017

:: Temuduga & Ujian Kawad Kaki::



Selamat pagi uolss..
Korang sihat ke?
Masih dalam mood raya gi ke tu?
Mesti kat office korang de buat jamuan raya kan??
Eira minggu kedua raya dah kalut dengan temuduga dan ujian kawad.
Time raya hari tu pun, otak dok ingat hukuman kawad je.

Teruk tol kan..
Selepas 2 tahun tak aktif dengan pertahanan awam, memang cheq lupa habis uols.
Jenuh menghafal balik.
Alhamdulillah, dapat gak ar buat.
Walaupun tak berapa nak kemas.
Janji terlepas siksa.
Hehehe

Monday 10 July 2017

::Throwback ~ Beraya Kat Kampung Orang::



Morning uolss..
De yang Monday Blues ke pagi ni??
Almaklumlah masih dalam mood open house.
Seronoknya tengok orang yang ada kampung.
Bila de cuti, mesti kalut nak balik kampung.
Especially time hari raya.
Eira tak dapat merasai nikmatnya beraya di kampung.
Sebab cheq tak dak kampung uols.
Ada pun, kat Penang gak.
Jarak dekat lak tu..
Memang tak rasa balik kampung pun.

So, tahun ni kami sekeluarga tekad nak pi beraya luar dari Penang (tak balik KL tahun ni 😭)
Menuju ke rumah Cik Anem di Bagan Datuk.
Maka, pada tanggal 1.7.17 (cantikkan tarikh ni) berangkatlah kami sekeluarga ke teratak beliau.

Dapat gak le merasa suasana balik kampung.
Tengok sawah padi, ladang getah & ladang kelapa sawit.

Tengok kemeriahan orang yang berhenti rehat kat R&R.
Macam-macam ragam manusia.

Saturday 8 July 2017

::Adab Kat Mana::




Korang masih dalam mood raya ke?
Sempat gi nak Eira nak ucap Selamat Hari Raya kat pembaca blog saya (tu pun kalau ada 😉)

Dah lama Eira tak mencoret kat dalam  blog ni.
Malam ni nak story sikit kat korang pasal adab.
Apa yang Eira perhatikan, orang kita dah semakin tak beradab.
Kalau dulu, zaman kanak-kanak, mak Wira selalu pesan.
Bila jumpa orang yang lebih tua, kita kena hormat.
Tapi budak-budak sekarang, kalau jumpa orang tua siap berlaga bahu, langsung tak minta maaf.
Siap cakap "Oi! Buta ke??"
Bukan setakat budak, bapak budak & mak budak pun sama.
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi kan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa