::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Thursday, 26 December 2013

::Segmen : Jom Blogwalking ::



Selamat pagi..
Masih ada yg bercuti ke ari ni??
Eira dah kena keje..
Before mula keje..
Eira nak join segmen dari Deeno
Pada yg nak join tu..
Boleh klik banner kat bawah..
http://deenos.blogspot.com/2013/12/segmen-jom-blogwalking.html
Eira suke blogwalking kt blog DayangDeno..
Sebab doodle dia comey sangat..

Tuesday, 24 December 2013

::Masih Mampu Tersenyum::



Selamat hari Selasa..
Masih wujud ke org yg tak pandai nak senyum??
Mungkin kita ni yg salah sangka..
Kadang2 muka seseorang tu memang nampak cam sombong or kerek..
So, macam mana kita nak tengok dia senyum kan..
Kena ar cuba berkomunikasi dengan orang tu..
Baru ar kita tau dia sombong ke tak..
Korang tau tak??
Orang yg sentiasa tersenyum ni..
Akan nampak lebih muda dari usia sebenar..
Macam Eira ar (ops terperasan jap)
Sebab selalu senyum ar..
Orang ingat umur kita 21..
Pada hal..
Maklumlah kita ni kecik je orangnya..
Macam budak2 sekolah gi..
Masih tersenyum..
Walaupun duit cuma tinggal RM 20 je..
Ye RM 20...
Harap beg tangan je besar..
Tapi duit ciput je..

Harap2 mampu ar bertahan before dapat gaji..
Kering bebenor bulan ni..
Next year kena kumpul duit lebih sikit..
Takut tak terbayar lak duit kereta..
Hehehe

Tuesday, 17 December 2013

::OST Ku Cinta Kau Seorang ~ Afgan - Jodoh Pasti Bertemu::



Sebelum start drama Ku Cinta Kau Seorang..

Meh kita layan OST Drama ni..
Jodoh Pasti Bertemu..
Dari Afgan..
Comel tol Afgan ni coz dia ada lesung pipit..
Jom kita layan..

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu
Isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku
Takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
Jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Ku pasrahkan hatiku
Takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
Jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu

(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
Jodoh pasti bertemu

Sedinya video klip lagu ni..
Huhuhu (sediakan tisu yer)
Kalau korang nak dowload lagu ni..
Sila klik kat [sini]

Monday, 16 December 2013

::OST Playboy Itu Suami Aku::



Agak lama tak share lagu-lagu fav Eira..
Hari ni, Eira nak share lagu dari Encik Mimpi
Pada korang yang suka menonton drama kat slot Akasia TV3
Mesti tau lagu ni kan..
OST Playboy Itu Suami Aku..


(Eira baru nak share, pada hal lagu ni dah pemes..)
Jom kita layan sama-sama..

Ku benar-benar sayang
Pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu
Pada diriku

Daku berkelana mencari
Harapan yang kita impikan..
Dari terbitnya sang suria...
Hingga tenggelam..

Daku ingin cinta sejatimu
Daku ingin harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas-ikhlaskanlah..
Hatimu

Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku
Ku adalah milikmu
Sayangku ku adalah
Milikmu yang kau rindu..

Doa-doakanlah diriku di dalam hatimu
Di dalam nafasmu
Sepanjang hari-harimu..

Ku benar-benar sayang
Pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu
Pada diriku

Daku ingin cinta sejatimu
Daku ingin harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas-ikhlaskanlah..
Hatimu

Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku
Ku adalah milikmu

Daku ingin cinta sejatimu
Daku ingin harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas-ikhlaskanlah..
Hatimu

Daku ingin cinta sejatimu
Daku ingin harapan hatimu
Oh Janganlah engkau bersedih
Oh jangan-janganlah kau
Bersedihkan hatimu kekasih..

Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku
Ku adalah milikmu


Kalau korang nak download lagu ni..
Boleh klik [sini]

Sunday, 15 December 2013

::Segmen Hidup Aku Indah::



Agak lama Eira tak join segmen..
So..
Malam ni Eira nak join segmen dari Farah Effa
Pada yang nak join tu..
Jangan lupa klik banner kat bawah ni k..


Eira nak coretkan sedikit perkara-perkara yang korang patut tau pasal Eira..
Nama pena di alam maya = Eira Aikawa
Mesti ramai yang nak tau kan..
Kenapa Eira letak nama Aikawa tu kan??
Ada gak yang ingat Eira ni minat KPop..
Sebenarnya..
Nama Aikawa ni Eira amik dari watak animasi Jepun iaitu Dear Boys..
Kazuhiko Aikawa

Comei kan dia..
Orangnya kecik & cute je macam Eira gak (terperasan lak)
Tapi bersemangat waja & kuat berusaha..
So..
Ni lah sebab nape Eira letak nama Aikawa tu..

Hidup aku indah bila...
Bersama dengan keluarga..
Tanpa family tercinta..
Tak lengkaplah hidupku..
Sungguhpun begitu..
Eira masih menanti pemilik tulang rusuk Eira..
Yang bakal melengkapkan lagi Hidup Eira..
Insyaallah..
Doa-doakan ye..

Friday, 13 December 2013

::Untukmu Hawa::



Selamat Hari Jumaat..
Penghulu segala hari..
Pagi ni..
Eira nak kongsi sesuatu untuk kaum Hawa..
Ingatlah hawa..
Bila ada kaum Adam yang nak menorat korang..
Katakan ni pada dia..

"Maaf.. Saya harap awak faham.. Saya tak boleh terima pelawaan awak. Saya tak nak kita jadi macam orang lain. Saya nak dapatkan keberkatan dan keredhaan Allah. Biarlah awak fikir saya sombong, sebab saya tak nak layan awak.. Cuma kalau satu hari nanti awak rasa saya layak untuk menjadi ibu kepada zuriat-zuriat awak, datanglah jumpa mak dan ayah saya. Kita bercinta lepas nikah.."

Eira selalu cakap macam ni dengan lelaki yang nak berkawan dengan Eira..
Tapi..
Bila dorang dengar je..
Dorang terus diam menyepi dan menjauhkan diri..
Nampaknya..
Dorang tak berapa ikhlas lagi..
Tak pe lah..
Eira yakin jodoh itu rahsia Allah..
Redha dan berdoa saja..
Moga dipertemukan dengan pemilik tulan rusukku..
Amin..

Monday, 9 December 2013

::Segmen Ole - Ole Dari New York ::



Selamat Hari Isnin..
Agak lama Eira tak join segmen..
So pagi ni..
Eira nak join segmen dari Mas..
Syarat2 penyertaan dia mudah je..
Pada yg nak join tu..
Boleh klik banner kat bawah ni..

Eira pun nak gak ole-ole dari NY

Tuesday, 3 December 2013

::Rasa Bagai Mimpi::



Selamat pagi semua..
Sedar tak sedar..
Dah sebulan Eira bertugas di tempat baru..
Banyak perkara baru yang Eira belajar..
Tapi..
Belum sempat Eira belajar banyak lagi..
Mentor Eira (Pengurus Operasi) kat tempat keje Eira ni..
Telah pergi menghadap PenciptaNya..
Pada tanggal 23 November yang lalu..
Eira rasa macam mimpi je..
Pagi tu, Allahyarham sihat je..
Tak menunjukkan sebarang tanda-tanda..
Sempat gak Allahyarham mengusik akak cleaner kat opis..
Akak tu dah ar penat mengemop, Allahyarham lak asyik jalan ulang - alik..
Mengamok gak ar akak cleaner tu..
Eira lak siap kena marah lagi..
Sebab salah taip..
Huhuhu..
Jam 1 tengahari..
Allahyarham bagi tau Eira..
Dia nak balik rumah, nak pi makan kenduri..
Eira jawab ok sambil senyum je..
Setengah jam sebelum dia balik..
Dia de pesan kat Eira..
Suruh Eira keje rajin-rajin..
Tunjukkan prestasi terbaik..
Sebab Eira belum confirm lagi..
Masa dia balik tu..
Eira terus masuk surau..
Menitis gak ar air mata..
Dah ar kena marah kaw kaw..
Huhuhu..
Jam 3 petang..
Ada seorang staff dating opis nak bagi barang..
Then..
Tetiba dia dapat call dari sorang staff lagi..
Nangis-nangis lak tu..
Eira cuak gak ar..
Pastu, baru ar dia bagi tau yang pegawai operasi kami..
Telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Perasaan Eira time tu..
Macam tak percaya je..
Kami semua sempat gi melawat jenazah..
Walaupun sesat..
Sampai juga akhirnya..
Apa-apa pun..
Eira akan ingat pesanan arwah..
Cuma sekarang ni..
Eira agak stress sikit..
Sebab nak kena handle banyak keje..
Termasuk ar keje arwah..
Doakan Eira dapat jalankan tanggungjawab yang diberi..
Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Al-Fatihah..

Thursday, 21 November 2013

::Produk Kosmetik Yang Dibatalkan Notifikasi::



Selamat malam semua..
Hujan tengah turun membasahi bumi Pulau Mutiara..
Malam ni..
Eira nak kongsi dengan korang semua..
Mengenai produk kosmetik..
Biasalah perempuan mesti nak cuba kosmetik baru kan..
Kat sini, Eira nak senaraikan produk yang dibatalkan notifikasi di Malaysia..
Jom kita tengok sama2..


Ni antara produk yang disenaraikan pada tahun 2013
Produk2 ni mengandungi bahan kimia yang merbahaya..
Boleh memberi kesan kepada kulit..
Nasihat Eira, kalau ada yang guna produk2 kat atas ni..
Tolong hentikan penggunaan..
Takut nanti rosak lak kulit kita yang halus mulus tu..


::Rindu Nak Menulis::



Apa khabar blogger semua..
First of all..
Eira nak minta maaf..
Sebab blog ni dah lama sangat berabuk..
Sejak kebelakangan ni..
Eira agak bz dengan keje..
Insyaallah..
Banyak benda sebenarnya yang Eira nak kongsikan dengan korang semua..
So..
Tunggu ye old entry dari Eira..
Eira akan mula menulis kembali..

Wednesday, 6 November 2013

::Khas Untuk Yang Amik SPM::



Pesanan buat adik2 yg akan menduduki peperiksaan SPM..

1. Sebelum pergi sekolah, jangan lupa salam & cium ibu bapa, dapatkan restu dan nasihat
2. Bersalaman dengan guru2 kat sekolah. Minta dihalalkan segala ilmu yg dipelajari
3. Bermaaf-maafan dengan semua orang (saling memaafkan)
4. Sebelum mula exam, baca bismillah dan berdoa
5. Baca soalan betul2
6. Fikir dulu sebelum menjawab
7. Jangan gelabah
8. Kalau boleh, datang awal ke sekolah
9. Buat persediaan awal (alat tulis kena cukup)
10. Bila dah habis satu ujian, jangan bincang jawapan dengan kawan2 (lebih elok buat persediaan untuk ujian seterusnya, dari bincang jawapan)
11. Akhir sekali, Doa dan tawakkal.. (adik2 dah berusaha, yang lain tu, kita serahkan pada yang Maha Kuasa)

InsyaAllah..
Kejayaan pasti akan bersama adik2..
 
 

Monday, 4 November 2013

::SEGMEN FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST::



Selamat Hari Isnin..
Ada yang bercuti ke hari ni??
Eira kena keje..
Huhuhu
Sebelum start buat keje..
(memandangkan jam belum pun pukul 9 pagi)
Eira nak join segmen dari icumm
Korang yang nak join tu..
Boleh klik banner kat bawah ni erk..
http://1.bp.blogspot.com/-OK_SEscMv7Q/Um8H9tBKlSI/AAAAAAAABBg/-IgXCMu3414/s400/segmen+follow+mengfollow+&+Bloglist.jpg
Comel je tengok banner dia..
Eira suke..

Monday, 28 October 2013

::Segmen: Pencarian Boglist Bulan November::



Selamat malam semua..
Malam ni..
Eira nak join segmen bloglist by Kinah
Pada yang nak join tu..
Boleh klik banner kat bawah ni k..

Jom kita join ramai-ramai..

::CPUV Terbaru Nuffnang::



Dekat sebulan gak ar Eira tak buka Nuffnang..
Malam ni..
Bila buka je..
Eira tengok banyak CPUV terbaru dari Nuffnang..
So..
Eira nak ucap jutaan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung..
Yang sudi jengah blog Eira..
Ni lah CPUV terbaru kat blog Eira..
Tq gak pada en. nuffnang yang sudi bagi CPUV-CPUV ni..
Tetiba lak perasan ada CPUV biskut kegemaran Eira..
Chipsmore..
Suke betul makan biskut ni..
Tapi yang less sugar je lah..
Sebab Eira tak berapa suka makan benda manis..
Apa-apa pun..
TQ ye En Nuffnang..
Ni yang wat Eira sayang lebih kat en nuffnang ni...

Thursday, 24 October 2013

::Easy Peasy Giveaway by FD Part 2::




Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Set Shawl Cinta Jannah x 2, Dress x 2, Inner Magic + shawl x 3, Topup RM30 x 1, Topup RM10 x 1, Topup RM5 x 1, Novel Love You Mr. Arrogant x 1, Button Badge Blogger x 6, Inner Bawal x 3, Miniature Watch x 1, Doodle x 1, dan Coklat Oreo x 1.

Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Fatin Diana, Liliy Scarf, Blog Ieta, Daily Dress, Rubiey Scarf, LAC Touch Boutique, Miniature watch Malaysian Seller, Afifah Anuar, KAMI Banner Design, dan Chocolate A M.

Tamat 8 Nov 13, 10 malam

Hadiah pilihan Eira..
=> Novel Love You Mr. Arrogant
=> Set Shawl Cinta Jannah
=> Topup RM30

::Rumah Saya Dah Ada Internet::



Alhamdulillah..
Setelah agak lama menanti..
Akhirnya berjaya gak pasang internet kat rumah baru..
Terima kasih Eira ucapkan buat ayah tercinta..
Yang bertungkus-lumus gi beli wayar untuk pasang internet..
Tak lupa gak, buat kawan ayah yang sudi buat wiring..
Hasil duit simpanan Eira..
Dapat gak beli meja komputer baru..
Selesa sikit bila nak guna PC pas ni..
Maklumlah, kita cuma mampu beli PC je..
Time belajar dulu, guna PC kat lab @ CC je bila wat assingment..
Tak mampu lagi nak beli laptop..
Sampailah sekarang...
PC pun kira ok..
Janji bole guna..
Ye tak...

Ada yang rindu ke dengan blog Eira??
(Opss.. terperasanlah pulak)..
Insyaallah..
Lepas ni Eira akan kembali menulis..
Share benda-benda menarik dengan korang sume..
Sambil join segmen-segmen dan GA..
Saja letak gambar bunga-bunga..
Sebab hati tengah berbunga riang..
Lalalalala..

Thursday, 17 October 2013

::Operator Punya Pasal::



Sekarang ni makin susah nak update blog..
Kat opis dah tak leh buka blog langsung..
Semua dah kena block..
Huhuhu..

Eira memang bengang sangat hari ni..
Dah le sekarang ni kelam kabut dengan 5S..
Ada pulak yang sibuk nak cari surat lah..
Tak dapat surat lah..
Macam-macam..
Pada hal, Eira dah fax dan emel semua surat tu..
Mungkin dorang ni yang tak baca gamaknya..
Wallhualam..

Itu dah satu hal..
Tengah-tengah Eira sibuk menggunting..
Ada lak call masuk..
Bila kita jawab..
Dengar operator dok gelak-gelak pulak..
Sakit ati tol..

Gambar sekadar hiasan

Dah ar call tu bukan untuk Eira..
Tapi dorang boleh lak pass line kat Eira..
Bila kita transfer kat empunya diri..
Boleh lak dia transfer kat kita balik..
Memang angin tol..
Dah buat kesalahan, tapi boleh gelak-gelak lagi..
Kalau sekali dua tak pe gak..
Ni sampai 3, 4 kali..
Asyik buat kesalahan yang sama..

Pesanan Eira..
Pada yang bergelar operator tu..

Gambar sekadar hiasan

Tolonglah alert dengan setiap panggilan..
Dengar betul-betul apa yang nak disampaikan..
Dan bila orang tegur pasal kesalahan korang..
Tolonglah perbaiki diri anda..
Memang tak de yang sempurna kat dunia ni..
Tapi at least belajarlah untuk jadi sempurna..
Takkan selamanya korang nak berada kat takuk lama..

Renung-renungkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa