::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Tuesday, 23 September 2008

~Suasana Hari Raya~Anuar Zain & Ellina


Anuar Zain:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Ellina:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa


( korus 1 )

Anuar Zain:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Ellina:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )

Anuar Zain:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Ellina:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

Anuar Zain& Ellina:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )

Monday, 22 September 2008

Pengalaman berpuasa

Salam...
Entah kenapa tiba2 je ari ni eira teringat kenangan lalu..
Kenangan berbuka puasa bersama-sama teman serumah..
Masa tu eira still study kt klj kt KL

Tahun pertama berpuasa tanpa keluarga..Agak sedey gak..
Tapi memandangkan eira ada 13 org tmn serumah..
So x terasa sgt..
Tp ade gak ar antara teman2 eira yg sedey..
Tiap2 ari kitorang mesti gi bazar Ramadhan..
Siap share2 duit coz nk jimat (hehehe)

Tahun kedua..
Berpuasa kt umah sewa..
Yg ni plg best..
Coz bdk2 kt umah ni rajin masak..
Pas2 bile mlm gi terawih jln kaki ramai2..
Abis je terawih...
Sume kalut nk blk..
Coz nk tgk cite "Seputih Qaseh Ramadhan"..
Kelakar tol bile ingat time 2..

Tahun Ketiga..
Tahun terakhir kami berbuka bersama..
Ramai yg dh nk habis belajar..
Walaupun skrg kite x lagi berbuka bersama..
Namun..
Eira tetap ingat kenangan terindah kite bersama..
Rindu kt korang sume..
(kak lisa, kak nik, asra, cik pah, amy, dila , 3eka, yuni, kak nik ellia, kak yana, dik dila, dik ain n dik wani

Aidilfitri..

Eira sj je try wat comment ni..
juz suka2 je..
tp x ar cantik sgt..

Photobucket

selamat hari raya...
maaf zahir & batin

Saturday, 20 September 2008

Keistimewaan Lailatul Qadar

  1. Lebih baik dari 1000 bulan
  2. Diturunkan Kitab Suci Al-Quran
  3. Malam yang penuh berkat
  4. 70,000 malaikat turun dari Sidratul-Muntaha ke bumi
  5. Sepanjang malam diliputi suasana damai & bahagia
  6. Allah memperkenankan doa orang mukmin pada setiap saat malam Lailatul Qadar

Hadis Lailatul Qadar

"Barangsiapa beribadat di malam Lailatul Qadar kerana keimanan & mengharapkan keredhaan Allah semata-mata,

maka diampuni dosa-dosanya yg telah lalu."
[Hadis Riwayat Bukhari & Abu Hurairah]

Sejarah Lailatul-Qadar

Mengikut kitab Duratun Nasihin oleh Usman Alkhaibawi, Lailatul Qadar dinamakan dengan Qadar yang ertinya ketentuan kerana pada malam itu ditentukan semua urusan, hukum, ketentuan rezeki dan waktu kematian serta apa-apa juga yang terjadi pada tahun itu sampai tahun yang akan datang.

Menurut Riwayat Ibnu Abbas r.a..
Pada suatu ketika Malaikat Jibril menceritakan kpd Nabi Muhammad S.A.W. kisah seorang lelaki pd Zaman Bani Israil yg berjuang fisabilillah terus menerus selama 1000 bulan atau lebih kurang 84 tahun.Pada malam hari lelaki itu akan mengerjakan ibadah dgn tekun & pd siang hari dia berjuang melawan musuh yg merosakkan agamanya.

Nabi sendiri kagum mendengar kisah itu, dan terus menceritakan pula kisah itu kpd para Sahabatnya. Mereka semua merasa kagum & terharu memikirkan betapa besarnya amal pahala yg diperolehi lelaki itu di sisi Allah S.W.T.
Didorong oleh hasrat & keinginan agar Umatnya dpt pula memiliki nilai yg demikian tingginya itu, maka Baginda berdoa kpd allah S.W.T.
" Ya Tuhanku! Telah Engkau ciptakan umatku pendek2 umurnya & sedikit amalnya."
Sebagai jawapan atas munajat Rasulullah itu, maka Malaikat Jibril diperintahkan Allah menyampaikan Wahyu yg tersimpul dlm Surah Al-Qadr ayat 1-5 yang bermaksud: 

 “Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr. Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah). sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing“.

Pada ayat tersebut diterangkan bahawa Allah S.W.T. mengurniakan kpd Umat Muhammad 1 malam yg istimewa, yg penuh keberkatan. Keistimewaan itu ialah, apabila umat Muhammad mengerjakan ibadah pd malam itu, maka pahalanya serupa dgn pahala beribadah selama 1000 bulan atau lebih kurang 84 tahun.

Friday, 19 September 2008

Rahsia 7 Perkara Di Sisi Allah S.W.T.

Maha Suci Allah yg menjadikan langit & bumi penuh dengan rahsia & ilmu yg boleh dijadikan sebagai panduan bagi orang2 yg mahu berfikir.Ketahuilah Zat Pencipta Yang Maha Besar yg telah menghias 7 Perkara & menghiasi 7 perkara dgn 7 perkara yg lain..
Renungilah Pantun Berikut...

Dalam Seminggu 7 hari
Berbagai nikmat telah diberi
Cubalah lihat, renung & kaji
Agar faham & tahu mensyukuri

Hari Ahad yg kita cuti
Hari dicipta Bintang & Bumi
7 Lautan & 7 Api
7 Neraka yg telah Pasti

Hari Isnin juga diseri
Lahir Rasulullah S.A.W. Penghulu Nabi
Hari JIbrail turun menemui
Membawa Wahyu Rabbul Izzati

Betapa pula di hari Selasa
Wafatnya Nabi Zakaria & Nabi Yahya
Meninggal Habil Putera aadam A.S. tercinta
Juga Asiah isteri Fir'aun Durjana

Hari Rabu hari kehancuran
Qarun, Fir'aun & Namruz bin Kan'an
Kaum Hud, Kaum Salleh A.S. sekalian
Sebagai Tanda murkaNya Tuhan

Hari Khamis ramai berhijrah
Masuk Rasulullah S.A.W. ke Kota Makkah
Nabi Ya'akub A.S. juga Musa Nabi Allah
Datang ke Mesir menyambung dakwah

Hari Jumaat pernikahan Adam & Hawa
Nabi Yusuf A.S. ddengan Zulaikha
Saiyidina Ali dgn Fatimah wanita mulia
Juga Nabi Sulaiman dgn Ratu Balqis yg kaya

Hari Sabtu berlakunya tipu daya
Kaum Nuh kepada Nabinya
Tipu dya Fir'aun kpd Musa
Juga Yahudi kepada Isa
Mungkin peringatan kpd kita
Agar lebih waspada urusan dunia

Thursday, 18 September 2008

Angka Peribadi

Angka Dengan Kehidupan dan Personaliti

Aisey! Siapa cakap ‘penujuman’ macam nie tak
syok?
Bukan mudah nak kenali personaliti seseorang tu.
Kadangkala orang boleh hipokrit dari segi luarannya kan ?
Ha..untuk meneruskan lagi acara penujuman kita,kali ini jom kita sama-sama menyelidik personaliti seseorang menerusi satu amalan orang Jepun pula yang dikenali sebagai
‘Meisu’ yang bermaksud angka kehidupan!
Meh la!!!

Senang saja...

Lebih kurang sama dengan cara kita mengenali personaliti menerusi abjad nama kita.
Kamu perlu jumlahkan angka tahun,bulan,dan hari kelahiran kamu.
Setelah itu,jumlahnya perlu dijadikan antara angka 1 hingga 9.
Tapi ingat,jika nombor itu 10 anggap ia sebagai no 1.
Contoh:
Tarikh kelahiran kamu ialah: 24hb Februari 1975
Jumlah angka tahun kelahiran 1975
= 1 + 9 + 7 + 5

= 22

= 2 + 2

= 4

Jumlah angka hari dan bulan
= 24 + 2

= 2 + 4 + 2

= 6 + 2

= 8

Jadi
= 4 + 8

= 12

= 1 + 2

= 3

@

24hb Februari 1975:
= 2 + 4 + 2 + 1 + 9 + 7 + 5

= 30

= 3 + 0

= 3

BERMAKNA KAMU HARUS MERUJUK ANGKA KEHIDUPAN NO. 3
SELAMAT MENCUBA!!!

ANGKA KEHIDUPAN 1

Kamu seorang yang tidak suka terikat dengan sebarang komitmen yang membuatkan kamu rasa tertekan dan terkongkong. Kamu juga tidak suka bergantung kepada orang lain dan yakin dengan kebolehan diri sendiri selain memiliki prinsip diri yang tinggi. Sifat ramah membuatkan kamu mudah meraih ramai kenalan tapi seingkali juga kamu kehilangan mereka dek kerana
sikap kamu yang suka mangongkong.

Kelemahan diri:
Wah! Rupanya kamu ini seorang yang suka mengawal orang lain. Tak elok tu. Sifat kamu yang ‘terlalu prihatin’ kadangkala merimaskan bahkan seolah-olah ‘mak cik senduk’ pula. Sifat kamu yang suka mengkritik orang lain membuatkan kamu menyakiti atau mengecilkan hati orang lain tanpa kamu sendiri sedari. Selain itu, kamu juga terlalu bangga dengan kelebihan diri sendiri
sehingga terlupa bahawa kamu juga mempunyai kelemahan!

ANGKA KEHIDUPAN 2
Ia melambangkan kamu ini seorang yang setia dan taat tidak kira kepada orang atasan ataupun pasangan hidup. Kamu juga seorang yang ringan tulang dan suka membantu orang yang memerlukan pertolongan dari kamu tanpa banyak soal. Oleh sebab itu kamu sesuai bekerjasama dan bekerja secara berkumpulan. Sifat kamu yang pandai bergaul membuatkan kamu ramai teman. Namun biasanya kamu akan mencapai kejayaan dengan bimbingan orang
lain seperti orang atasan. Sifat kamu yang sederhana membuatkan hidup kamu lebih bahagia.

Kelemahan diri:
Sebenarnya kamu ini tidak mempunyai citi-cita yang tinggi. Kamu cepat berpuas hati dengan sedikit kejayaan yang kamu raih. Bahkan kamu juga terlalu serius memikirkan soal masa depan. Kadangkala kamu cepat membuat keputusan sehingga kamu sendiri sesali nanti bila kamu sedar ia kurang tepat. Kamu juga kurang tabah untuk menghadapi rancangan dan rintangan hidup.

ANGKA KEHIDUPAN 3

Nampaknya kamu ini seorang yang ‘happy go lucky’ orangnya dan optimistik. Sifat sebegitu membuatkan kamu disenangi ramai apatah lagi kamu bijak mengambil hati teman-teman. Kamu juga tidak kekok untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendak tahu apa yang tersirat dihati mereka? Lihat saja air muka mereka. Pasti ia tergambar dengan jelas dan nyata kerana mereka tidak pandai menyembunnyikan perasaan. Jika mereka dapat mengatasi sifat ragu-ragu,pasti kejayaan dapat dicapai!

Kelemahan Diri:
Sah! Kamu ini kurang tabah untuk manghadapi cabaran hidup. Selalu saja keraguan bersarang di hati. Cuba atasi kelemahan itu erk! Anggaplah cabaran itu sebagai bunga-bunga hidup!

ANGKA KEHIDUPAN 4
Selalunya orang yang terletak di bawah angka kehidupan ini agak senang kehidupan mereka. Mereka jarang menghadapi kesulitan dari segi material. Tapi tidak hairanlah mereka mampu hidup senang kerana sikap mereka yang rajin berusaha. Selain itu, sifat patuh membuatkan mereka disayangi oleh orang atasan dan si dia. Mereka juga jenis yang suka menghabiskan masa di rumah bersama keluarga.

Kelemahan Diri:
Kamu ini seorang yang selalu berpegang teguh kepada adat hinggakan kadangkala menjatuhkan maruah dan air muka orang lain. Kamu juga seorang yang keras kepala. Putih kata kamu putihlah jawabnya. Satu lagi sifat negatif kamu, sukar untuk mempercayai orang lain!

ANGKA KEHIDUPAN 5
Bagi kamu, hidup ini hanya sekali saja. Tidak ada faedah memikirkan perkara lepas yang mengguris hati. Kamu lebih suka memandang ke depan dan bersemangat
tinggi. Kamu juga suka mencari perubahan dan pembaharuan. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah tugasan luar pejabat yang tidak mengongkong kebebasan kamu. Namun kamu sukakan kehidupan yang damai dan privacy. Satu lagi sikap kamu, tak suka cari pasal dengan orang lain!

Kelemahan Diri:
Oleh kerana kamu suka membuat pembaharuan, kadangkala terlalu ‘excited’ mengejar sesuatu yang baru sedangkan rancangan lama masih belum siap lagi! Kamu juga agak boros apabila menyentuh soal duit. Selain itu, kamu cepatbosan dan suka bertukar kerja. Awas! Kadangkala
mereka ini juga suka menukar pasangan!

ANGKA KEHIDUPAN 6
Mereka yang bernaung di bawah angka kehidupan ini seorang yang bertanggungjawab dan pandai menjaga perhubungannya dengan orang lain. Mereka juga berjiwa patriotik dan suka bersederhana dalam serba serbi. Mereka juga sukakan kehidupan yang damai dan bencikan
pergaduhan. Sebab tu bila ada teman yang bertekak, mereka buat tak reti. Nanti memburukkan lagi keadaan. Tapi dalam masa yang sama, mereka ini sesuai dijadikan orang tengah kerana mereka ini takkan berat sebelah.

Kelemahan Diri:
Hai..gila kuasa nampak? Tanpa sedar, kadangkala mereka ini akan ambil tugas orang lain. Mereka juga selalu gelisah bila ditimpa masalah walaupun remeh. Dalam soal cinta, mereka ini juga agak keterlaluan. Asyik nak berkepit aje!

ANGKA KEHIDUPAN 7
Biasanya mereka yang berada di bawah angka ini mempunyai pemikiran yang tinggi dan suka berfikir secara logik. Mereka juga pandai memulakan komunikasi walaupun dengan orang yang pertama kali bersua. Sebab tu mereka ini mudah jalinkan persahabatan dengan orang
lain. Selain itu, kebiasaannya keputusan yang mereka buat pasti tepat dan tidak akan disesali di kemudian hari.

Kelemahan Diri:
Mereka ini sering berasa gelisah dan curiga. Boleh jadi pengkritik yang baik kerana sifat mereka yang suka mengkritik. Jangan macam tu kamu pun bukannya ‘perfect’ sangat! Sifat kamu yang pentingkan kesempurnaan membuatkan diri kamu sering dipermainkan teman-teman. Padan muka!

ANGKA KEHIDUPAN 8
Wah! materialistik rupanya kamu ni! Tak nak mengaku lagi tu? Tapi biasanya kamu sentiasa memperolehi apa yang kamu inginkan. Selain itu, kamu juga pandai mengaturkan soal kewangan. Kamu juga mempunyai pandangan yang luas dan rajin bekerja. Dalam perhubungan, kamu memang jenis yang setia habis!

Kelemahan Diri:
Eh! Dahlah materialistik, boros pulak tu. Selain itu, kamu ini agak sombong orangnya lebih-lebih lagi dengan orang yang tak dikenali.

ANGKA KEHIDUPAN 9
Syabas! Kamu bersifat dermawan dan berperikemanusiaan. Kamu juga prihatin terhadap pemasalahan orang lain terutamanya yang rapat dengan kamu. Dari segi penampilan, kamu sentiasa pastikan diri kamu kemas dan bergaya. Pergaulan pula, kamu pandai membawa diri dan sering mengalah. Malas nak cari gaduh!

Kelemahan Diri:
Kelemahan kamu, hidup yang tidak terurus! Kamu juga sensitif yang tidak bertempat dan berjiwa pemberontak. Satu lagi, berhati-hati dengan mereka ini kerana mereka ini suka bertukar pasangan seperti mereka suka tukar kerja! Selagi tak puas hati, selagi itulah mereka akan mencari! Satu lagi sifat mereka, suka menyendiri dan tak suka diganggu lebih-lebih lagi time mood tak betul!

Selamat Mencuba!!

Andai Ku Tahu ~Ungu~

Lirik lagu andai ku tahu dari Ungu...
Salah satu lagu favourite Eira

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

*Instrumental*

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Haaa... Haaaa... Haaa... Haaaa... [2x]

Wednesday, 17 September 2008

Pengalaman Seram

Assalamualaikum...
Juz nak kongsi pengalaman seram lagi menyeramkan...
Kejadian ni berlaku bln lps..
Eira, mak n ayah dlm perjalanan nk gi amik adik kt tmpt keje dia
Jln ke tmpt keje dia ni sunyi ckit...
Time 2 dh nk dkt kol 11 mlm
Tiba2 je terperasan ade satu makhluk ddk kt tepi pokok bunga..
Mula2 eira ingat org... Tapi....

Rupanye bkn..
Terkejut gak ar...
Tapi malas nk ingat
Lps sepuluh minit tunggu...
Barulah adik eira turun.. (lambat tol minah ni..)
Masa dlm keta adik lak buka cite hantu kt opis dia..
Apa lagi...
Eira ni mmg pantang ckit kalu cite hantu ni...
Apa lagi eira pon bg tau ar menda yg eira nmpk 2...
Terkedu kejap diorang dengar..
Pastu kitorang singgah mkn jap coz adik lapar..
Masa nk turun keta tu ar eira rase len..
Blkg ni rase berat je n cam nk pengsan..
Baru ar eira sedar yg menda 2 dh ikut kitorang blk sekali n ade kt dlm kereta
Eira pon terus baca ayat kursi n selawat byk2..
Alhamdulilllah x de perkara buruk yg berlaku..
Ni kira 1st time menda 2 ikut skali...
Serik ckit nk gi mlm amik adik
Takut perkara sama berulang lagi....
Mak pon dh siap bagi warning..
Kalau malam2 tu..
mata jgn asyik meliar..
Alhamdulillah..
Tak de apa yg berlaku..
N lps kejadian ni..
Eira byk kali gak ar teman mak n ayah gi amik adik

Hadis 1

  • [Bersabda Rasulullah S.A.W]
    "Berbahagialah hidup di dunia bagi
    orang yang mengumpulkan kebajikan untuk
    bekalan Hari Akhiratnya,

    Sehingga ia memperoleh Redha Tuhannya.
    Dan celakalah hidup di dunia bagi
    orang yang dipengaruhi
    Oleh Dunia,
    sehingga ia terhalang dari amalan
    Untuk Akhiratnya,
    dan lalai untuk memperoleh
    Redha Tuhannya"
    [Riwayat Al-Hakim]


Tuesday, 16 September 2008

6 Pertanyaan Imam Ghazali

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanyakan beberapa soalan

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.


KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179.

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan. .

Salam Perkenalan...

Assalamualaikum...
Firstly, Eira ucapkan terima kerana sudi melawat laman blog Eira yg x seberapa ni..


Eira harap kita dapat berkongsi pengalaman & pendapat di laman ini..
Sekian dulu dari Eira..
:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa