::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Saturday 30 April 2016

::Nurse Garang::



Selamat malam uolss!!
Nurse garang??
Nurse hospital mana ar agaknya tu..
Hehehe..
Sebenarnya, tu panggilan ayah padahospital.
Sejak Eira berhenti kerja jaga ayah, memang automatik jadi nurse tak bertauliah.
Tiap-tiap hari jaga waktu ayah makan ubat.
Ayah lak memang selalu makan ubat tak ikut time.
Main redah je makan.
Bila waktu gi hospital lak, Eira kena ar teman ayah gi jumpa doktor.
Tolak ayah dengan wheelchair.
Kadang-kadang kesian gak kat ayah.
Kena tadah telinga dengar Eira berleter.
Nasib baik ar Eira tak jadi nurse.
Kalau tak, mesti ramai pesakit lari dari hospital
Good night uols!!

Friday 22 April 2016

::GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK::



http://kathyrbain.blogspot.com/2016/04/giveaway-novel-by-kathy-rbain-cik-akak.html


Sila klik banner untuk join dan info lanjut
GIVEAWAY NOVEL BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Mencuba nasib..
Mana tau de rezeki Eira

Saturday 16 April 2016

::Kentut Punya Cerita::

Kisah kentut ketika mesyuarat guru.

Tiba2, terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu masing-masing memberikan komen:

Guru Maths: Hmmm ... Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi.

Guru Muzik: Wahh ... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.

Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.

Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup meneruskan kehidupannya.

Guru Agama: Ini la antara penyebab batalnya wuduk.

Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata angin.

Guru Kaunseling: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.

Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.

Guru Sejarah: Antara penyebab berlakunya perang mulut.

Guru Pjk: sesuatu yang boleh mengerakkan pungung

Pengetua : Sememangnya saya yang kentut. Besar sangat ke masalahnya?

Wednesday 13 April 2016

::Tingkatan Berapa?::

Assalamualaikum..
Agak lama tak menulis.
Kebelakangan ni agak bz ke sana sini.
Bawa ayah gi hospital, belajar business sikit-sikit.
Hopefully, dapat gak lak duit hasil jualan yang tak seberapa.

Baru-baru ni, Eira gi teman adik urut kaki.
Then, tukang urut tu boleh lak tanya.
"Belajar kat sekolah mana? Tingkatan berapa?"
Terkedu jap, tak tau nak jawab pe.
Dah ramai sangat yang tanya Eira tingkatan berapa.
Bila orang cakap berapa pun umur saya, saya mengiyakan je.

 Nampak macam tingkatan 3 ke?

Wednesday 6 April 2016

::Senangnya Menghabiskan Duit::

Assalamualaikum..
Senangnya orang menghabiskan duit.
Sehari boleh habis RM100 uols??
Kalau beli benda yang berfaedah tak pe jugak.
Ni beli benda yang bukan-bukan.
Benda yang tak boleh dimakan pi beli.
Dah tau kat rumah stok barang de banyak lagi, boleh lak pi beli lagi.
Alasan sebab murah!!
Mudahnya berbicara.
Maklumlah gaji awak RM10k sebulan!!
Saya ni, hidup menumpang.
Mengharapkan duit mak ayah yang tak bekerja.
Nak dapat 20 sen sehari pun susah.
Hampir setiap malam saya tak dapat tidur lena.
Otak ligat berfikir, macam mana cara nak cari pendapatan.
Elok-elok kerja, terpaksa berhenti sebab ayah sakit.
Sape lagi nak jaga ayah, kalau tak saya.
Dah ar gaji dulu pun tak seberapa.
Nak bayar hutang kereta ( dibeli tanpa kerelaan) Sebagai anak kita tak layak membantah.
Hutang kereta dah tertunggak, hutang PTPTN apatah lagi.
Pening kepala nak memikirkannya.
Hopefully saya akan dapat pekerjaan lain dalam masa terdekat.
Tak tahan dah rasanya hidup mengharapkan ehsan mak ayah.
Doakan saya ye sahabat-sahabat blogger.
Kepada yang sudi membeli barang yang saya jual, terima kasih banyak-banyak.
Hanya Allah dapat membalasnya.
Maaf atas segala kesulitan sepanjang berjual beli
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa