::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Thursday, 7 January 2016

Soalan-soalan Yang Boleh Buat Korang Melenting

Bila tiba tahun baru je, ramai yang akan tanya korang soalan-soalan kat bawah ni.
Yang pastinya, soalan-soalan ni akan buat korang nak melenting.
Jom kita ushar soalan-soalan tu..
1. Berapa umur kau sekarang?
Soalan ni berkait rapat dengan soalan-soalan berikutnya.
Bila tahun baru je, orang sibuk nak tau berapa umur kita.
Bila dah bagi tau, de yang tak percaya pulak.
Kadang-kadang terfikir gak, tak de soalan lain ke korang nak tanya?

2. Bila nak kahwin?


Soalan ni sure akan buat korang yang bujang (macam saya).
STRESS!!
Bila pergi majlis kenduri je, makcik-makcik korang mesti sibuk nak tanya kan "Kamu bila nak kahwin? Umur dah makin meningkat."
Selalunya saya akan senyum dan jawab, " Jodoh tu rahsia Allah. Kita tak tahu siapa dan bila kita akan berkahwin. Yang pasti, segalanya telah tertulis sejak azali lagi."

3. Bila nak dapat baby?



Bagi yang dah berkahwin pulak, orang akan tanya soalan ni pulak.
Pada yang tak berkahwin lagi, mesti de orang yang akan cakap kat korang macam ni, "Kalau kau kahwin lambat, sure susah nak dapat baby nanti."

4. Kerja mana sekarang?



Kebanyakkan orang suka tanya soalan ni. Sebab dorang nak sangat tau korang dapat kerja yang setaraf tak dengan kelulusan yang korang ada.
Pada saya, tak kisahlah kerja kita setaraf atau tidak dengan kelulusan kita yang penting saya tak menganggur.

5. Berapa gaji kau sekarang?



Ni soalan terakhir yang akan buat korang panas.
Kenapa ar ada yang sibuk nak tau gaji kita berapa.
Gaji yang dia dapat tu tak cukup ke?
Sampai nak kena tanya gaji orang lain pulak.
Sebenarnya manusia jenis macam ni, ada satu sifat dengki dalam diri. Dia tak senang duduk kalau ada orang lain lebih dari dia.

So tahun baru ni, korang kena cuba elakkan bertanya soalan-soalan di atas.
Kalau tak, mungkin korang akan kena pelempang nanti.

Wednesday, 16 January 2013

::Motivasi Kerja::



Petang ni..
Eira nak kongsi motivasi pasal keje..
Bila dah petang..
Kemalasan nak wat keje pun meningkat..
Jom kita renungkan bersama..

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan gembira & ceria..
Ada yg datang dengan perasan 'biasa' je..
Ada gak yg datang dengan perasaan serba tak kena..
Teringat masalah kat rumah..
Macam2 lah..

Ada antara kita datang keje kerana tanggungjawab..
"DATANG BEKERJA" tapi hampeh..
Hasilnya macam tak datang keje

Ada kala kita rasa macam BZ giler..
Rupanya..
Kita hanya kelam kabut..

Ada kalanya kita rase macam kita ni prihatin..
Asyik tanya masalah orang..
Tapi sebenarnya..
Kita ni Busy body..

Adakalanya kita rasa kita ni openminded @ outspoken
Tapi sebenarnya..
Kita ni kurang pengajaran..

Tuesday, 16 September 2008

6 Pertanyaan Imam Ghazali

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanyakan beberapa soalan

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.


KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179.

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan. .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa