::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Wednesday, 9 August 2017

::Tips Kurus ~ 1. Kurangkan / Hentikan Pengambilan Gula::



Hai korang..
Sekarang ni, makin ramai yang kongsi tips-tips untuk kurus.
Eira pun tak terkecuali..
Nak berkongsi gak dengan korang..
Mungkin cara Eira tak sama dengan yang lain..
Korang boleh je pilih nak guna cara macam mana pun..
Ni tips yang Eira amalkan masa mula-mula nak diet dulu.
Bukan senang nak start diet..
Memang banyak halangan, terutama bila buka FB.
Mesti korang akan TERTENGOK pic makanan yang sedap-sedap.
Image result for cakes and pastries
Tergugat iman akak Dek Non..
Rasa macam terus nak berhenti diet.

Tips 1 untuk korang yang berangan & ada hati nak diet.
Kurangkan Pengambilan gula


Image result for kopi dan teh tarik
Sedapnya Teh Tarik.

Kalau sebelum ni, dalam sehari korang minum 3 gelas air manis (Milo, Kopi, Teh Tarik, Sirap dsb), cuba kurangkan kepada 2 gelas dulu. Then baru kurangkan sampai segelas dulu.
Bila rasa dah OK, terus jangan minum minuman manis.
Lagi satu, korang kena ar juga kurangkan pengambilan minuman bikarbonat.
Tak kisahlah yang dalam botol @ dalam tin, semua ada kandungan gula yang banyak.
So, kalau boleh tolong elakkan ye..

Mesti ada yang cakap, habistu saya nak minum air apa je sis??
Minumlah air masak. Awal-awal diet dulu, Eira minum 3liter air masak sehari. Now, dah kurangkan kepada 2 liter sehari.
Takpun, korang boleh minum air kopi @ teh @ jus buah-buahan tanpa gula.
Eira prefer minum green tea dari Ahmad Tea.
Image result for ahmad green tea
My Favorite

Kalau tak boleh jugak, cuba korang tetapkan dalam seminggu tu, sehari untuk korang minum minuman manis (cheating day).
Tapi jangan ar buat selalu ye..

Makanan yang manis macam kek (segala jenis kek, tak kira ar cupcakes ke kek hantu ke) dan pastry yang manis-manis tu, tetap korang kena kurangkan.
Eira ada gak dalam sebulan tu, makan aiskrim @ kek sebab teringin uols.

Eira berjaya kurangkan 5kg di awal diet dulu lepas kurangkan minum minuman dan makan makanan yang manis-manis.
Kalau Eira boleh, korang pun confirm boleh.
Yang penting, korang kena YAKIN pada diri sendiri ye..
Korang buat, korang dapatlah hasilnya.

Nota kaki: Nanti Eira akan kongsikan tips cara minum air masak yang Eira amalkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa