::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Thursday, 24 March 2016

:: Belajar Untuk Redha::

Assalamualaikum..
Sejak dua, tiga hari ini..
Kesihatan Eira sangat tidak memuaskan.
Batuk, selsema, sakit kepala mula menyerang.
Badan pun rasa panas je.
Semua ini gara-gara teman ayah gi hospital & berjemur jap kat tengah panas.
Batuk memang tak berkurangan langsung.
Tapi tak kisahlah, kesakitan tu kan penghapus dosa-dosa kecil.

Sejak Eira ambil keputusan untuk berhenti kerja sebab nak jaga ayah, adakalanya Eira terfikir gak betul ke tindakan yang Eira ambil ni?
Bila duit simpanan makin berkurangan, terasa macam Eira hidup menumpang dalam keluarga sendiri.
Duit nak beli makan pun Eira tak de.
Sampai terasa nak telan makanan pun tak boleh.
Rupa-rupanya memang kita akan dipandang hina ye bila tak berduit.
Sampai keluarga sendiri pun sanggup bandingkan kita dengan orang lain.

Alhamdulillah, kesihatan ayah dah semakin baik.
InsyaAllah lepas ni Eira akan berusaha untuk cari kerja lain.
Agar tak dipandang hina lagi.
Sekarang ni Eira tengah belajar untuk redha.
Kerana Eira yakin Allah tidak akan memberi dugaan pada seseorang itu jika dia tak mampu menanganinya.

Doakan Eira ye sahabat-sahabat semua.
Semoga kesihatan Eira bertambah baik dan Eira akan dapat bekerja semula.
Nak juga ucap terima kasih pada kawan-kawan yang support business Eira.
Kalau de yang nak beli blouse, boleh tengok kat FB Eira ye.

Monday, 21 March 2016

::Asal Boleh::

Assalamualaikum..
Baru berazam, hari ni tak nak marah-marah.
Tapi terpaksa gak melenting hari ni.
Dengan sikap sesetengah manusia.
Tak tau nak cakap macam mana.
Nak kata tak pergi sekolah, pandai lak drive kereta.
Sayangnya tak pandai menggunakan akal kurniaan Tuhan.
Ini dah kali kedua Eira menghadapi masalah yang sama.
Kenapalah dorang ni tak nak ikut peraturan?
Dah tahu jalan sehala, nak jugak kau masuk kan.
Pastu parking kereta ikut suka hati.
Kalau dah tak de petak parking tu, maknanya tak dibenarkan parking lah.
Itu pun susah nak faham ke?
Kita lak terpaksa tunggu owner datang ubah kereta.
Takkan kita lak nak kena reversed.
Kang tak pasal-pasal berlaga dengan kereta orang lain pulak.
Dalam 5 minit, owner kereta pun turun.

Auntie: Tak pe tak pe, saya ubah kereta.
Eira: Auntie, apasal you parking sini. Sini mana boleh parking. Lagi pun you dah masuk salah jalan.
Auntie: Takde kita mai hantar barang sat saja.
Eira: Ayoyo, kalau sat pun tetap tak boleh parking. Ni jalan orang masuk.

Auntie terus masuk dalam kereta dan reverse.
Kena ar pusing satu flat ye.
Pandai masuk, pandai ar kau cari jalan nak keluar.
Lain kali ikut petaturan ye auntie.
Maaf saya memang tak boleh tolerate.
Dah dua kali kena macam ni.
Belajar dari kesilapan ye auntie.
Jangan biar sejarah berulang lagi.
Tolong jangan ambil sikap #AsalBoleh

Sunday, 20 March 2016

::Earth Hour 2016 ~ Night Walk~::

Assalamualaikum..
Throwback cerita semalam.
Eira, Adik dan Sue melibatkan diri dengan Earth Hour 2016 kat 1st Avenue, Penang.

 Nampak tak muka kitorang yang excited!

Tapi yang tak bestnya sebab kitorang tak cukup korum.
Emah tak dapat nak join sekali.
Bila sampai je kat 1st Avenue, Eira tengok memang dah ramai orang yang berkumpul.
De dari Syarikat, Kilang, keluarga dan pelancong pun ada tau yang turut serta.
Acara dimulakan pada pukul 8.30 malam.
Pada mulanya, kami berjalan di kelompok belakang.
Tapi dorang ni asyik nak bergambar je.
So, kitorang pun terus bergerak ke kelompok hadapan.
Memang excited tau uols!!
Siap de pelancong yang ambil gambar kitorang.
Cuma yang tak bestnya, bila ada sesetengah orang yang kami jumpa masih tak tau apa itu Earth Hour.
Seronok tau berjalan di waktu malam ni.
Selain dapat menikmati keindahan malam di Pulau Mutiara, dapat gak menghirup udara segar dan cuaca pun tak de ar panas macam waktu siang.

Setelah hampir sejam berjalan, akhirnya kami pun sampai ke garisan penamat.
Dapat cop panda lagi tanda dah selamat sampai.

Seterusnya dikalungkan medal.





Ni antara peserta cilik yang terlibat dalam Night Walk.


Tomei kan baby ni?

InsyaAllah kalau diberi kesempatan, Eira nak join lagi tahun depan

#EarthHour

Nota Kaki
~De sales murah untuk blouse. Boleh tengok kat FB Eira k~

:: Apa Itu Earth Hour::


Kalau korang sayangkan bumi, korang patut tau apa itu Earth Hour.

Earth Hour is a worldwide movement for the planet organized by the World Wide Fund for Nature (WWF).
The event is held worldwide annually encouraging individuals, communities, households and businesses to turn off their non-essential lights for one hour, from 8:30 to 9:30 p.m.
It always be held at the end of March, as a symbol for their commitment to the planet.
It was famously started as a lights-off event in Sydney, Australia in 2007.
Since then it has grown to engage more than 7000 cities and towns worldwide. Today, Earth Hour engages a massive mainstream community on a broad range of environmental issues.
The one-hour event continues to remain the key driver of the now larger movement.

Untuk tahun 2016, Earth Hour 2016 akan dijalankan pada hari Sabtu, 19 Mac.
Kalau korang sayangkan bumi, mesti korang dah tutup lampu pukul 8:30 hingga 9:30 malam kan.

Nota kaki
~Esok Eira nak buat sales murah untuk blouse. Boleh tengok kat FB Eira k~

Friday, 18 March 2016

::Gunting Rambut::

Assalamualaikum..
Throwback semalam punya cerita.
Eira gi teman ayah gunting rambut.

Selalunya Eira just tinggal ayah kat depan kedai gunting rambut.
Tetapi memandangkan sekarang ayah tak berapa sihat macam dulu, Eira kena ar temankan ayah sampai dalam kedai.
Ni 1st time Eira masuk kedai gunting rambut mamak.
Mula-mula jejak kaki kat dalam kedai, nampak sangat tukang gunting rambut dan pelanggan-pelanggan kat situ terkejut.
Ye lah, tetiba de anak gadis masuk kedai.
Ramai gak ar pelanggan semalam.
Terpaksa ar menunggu.
Sambil tunggu, sambil layan citer Laksamana Do Re Mi.
Pandai kan dorang tarik pelanggan.
Pasang video-video citer P. Ramlee.
Ayah Eira ni jenis tak suka rambut panjang.
Pada hal, Eira nampak pendek je.
Baru je 3 hari lepas Eira cukur rambut ayah.
Tapi biasa ar, kalau tak de kepandaian memang nampak buruk ar.
Ayah pun apa lagi, tak berhenti asyik complain je.
Bila tengok mamak tu cukur rambut, wah memang laju uols.
Kejap je dah botak.
Keluar dari kedai gunting rambut tu, ramai gak ar yang pandang semacam.
For me, Eira langsung tak de perasaan malu.
Yang penting, ayah happy

~kalau nak tengok koleksi baju kurung & blouse yang Eira jual, jemput ar ke fb Eira ye~

::Salam Takziah::

Assalamualaikum..
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Perginya seorang lagi permata tanah air.
Seorang komposer yang melahirkan lagu-lagu yang terbaik.
Salam takziah buat keluarga Datuk Adnan Abu Hassan yang telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 2 pagi tadi di Hospital Selayang.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (icu) akibat serangan angin ahmar dan kegagalan fungsi buah pinggang.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Sumber dari Astro Awani, Era fm & @officialhlive

Thursday, 17 March 2016

::Hinakah Aku??::

Assalamualaikum..
Agak lama tidak mencoret.
Firstly, Eira nak minta maaf andai entry ini mengguris perasaan sesiapa.
Tidak terniat di hati ini untuk menyakiti hati orang.
Ini sekadar luahan hati kecil ini.

Eira terpaksa berhenti kerja.
Untuk menjaga ayah yang uzur.
Ramai yang tak faham.
Mereka fikir Eira sengaja berhenti.
Pada hal, Eira memang dah lama fikir. Daripada bekerja tapi keluarga terabai, lebih baik berhenti.
Mak Eira pun bukannya sihat sangat.
Susah untuk dia hantar ayah bila ada appointment kat hospital.
So, sebagai anak sulong, itu dah jadi tanggungjawab Eira.

Kadang-kadang terfikir gak.
Hina sangatkah Eira kalau tak bekerja?
Tak berduit?
Orang langsung tak pandang, walaupun sekadar sebelah mata.
Dulu, waktu kita berduit, ramai nak mengaku kawan, mengaku saudara.
Tapi sekarang, semuanya hilang berlalu pergi.
Rupa-rupanya duit telah membutakan mata mereka.
Sehingga keluarga sendiri pun menjauhi.
Pada Eira biar tak berduit, asal ilmu ada di dada.
Duit & harta tak boleh dibawa mati.
Hanya ilmu yang bermanfaat saja yang dapat membantu kita bila bertemu Sang Pencipta nanti.
Moga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya.
Ingat jangan pandang hina pada orang yang tak berharta kerana mungkin mereka lebih mulia daripada kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa