::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Thursday, 23 April 2015

::Review Novel ~ Halusinasi::



Selamat pagi sahabat..
Pagi ni..
Eira nak review sikit..
Sebuah novel seram..
Karya Jessy Mojuru..
Tajuknya "Halusinasi"















Novel antara pertembungan dua alam..
Alam nyata dan alam halus..
Novel ini mengisahkan tentang Maya..
Seorang penulis novel yang teruja untuk menulis karya mistik..
Kisah misteri mengenai kemalangan ngeri yang melibatkan tiga buah kereta..
Bab demi bab dikarang dengan penuh penghayatan..
Tanpa disedari..
Maya telah disapa oleh roh mangsa-mangsa kemalangan tersebut..
Dia berfikir itu hanyalah halusinasinya sahaja..
Yang melibatkan watak-watak dalam karyanya..
Tanpa diduga..
Segala yang tercoret dalam karyanya benar-benar terjadi..
Roh salah seorang mangsa, Mohd Zakrul Hakimi..
Hadir untuk meminta Maya merungkaikan..
Misteri kemalangan yang berlaku..
Dapatkah Maya membantu Zakri??
Sedangkan rakannya seorang demi seorang terkorban..
Malapetaka apakah yang sebenarnya berlaku??
Bagaimana kemalangan ngeri itu boleh berlaku??
Atau Maya sekadar berhalusinasi dalam dunianya sahaja??

Kalau korang nak tau..
Silalah dapatkan novel ni yer..
Eira just pijam kat library je..
Hehehe..

Eira suka baca novel ni..
Walaupun pada mulanya tak berapa nak faham..
Penggunaan bahasa dalam novel ni agak kasar..
Tapi mungkin sebab novel ni..
Berlatar belakangkan negeri Sabah..
So, I still can accept it..
Terlampau khusyuk sangat membaca..
Sampai Eira pun boleh berhalusinasi gak..
Tahniah Jessy Mojuru..

**Eira suka baca karya penulis kat Ilham Karangkraf. Cerita ni ada kat Ilham Karangkraf. Cuma tajuknya berbeza bila dinovelkan**

Wednesday, 22 April 2015

::Kuey Teow Kerang::



Morning uolss...
Pagi ni.
Eira bukan nak citer macam mana nak masak kuey teow kerang..
Tapi..
Penangan dari kuey teow kerang..
Storynye macam ni..
Pagi semalam Eira beli kuey teow yang jual kat bawah office..
Dah siap dibungkus..
Panas-panas lagi..
Murah lak tu..
RM2 je..
Eira pun agak teruja gak ler..
Ingat mahal (penangan GST)..
Sarapan Eira just makan kuih je..
Karipap, Dangai dan Donut ( My Fav)..
Pukul 12 baru ar makan kuey teow kerang tu..
Kira ni menu untuk lunch..
Teruja tengok kerang yang banyak..
Kuey teow dia memang sedap..
Jam 2.15 petang..
Lepas Solat Zohor..
Perut mula rasa memulas..
Kaki dah rasa kebas..
Lutut rasa lembik (kalau berdiri sure jatuh)
Badan pun dah rasa lenguh-lenguh..
Kepala pun dah start pening..
Mujur ada bawa balm..
Dapat gak membantu..
Mujur tak pitam waktu Solat Asar..
Muka dah memang pucat masa tu..
Alhamdulillah..
Dapat gak drive sampai kat tempat keje adik..
Then, terus suruh adik drive pulak..
Ingat lepas makan malam..
Perut dah ok..
Tapi rupanya tidak..
Rasa nak muntah pulak..
Tapi tak keluar apa-apa..
Bila bangun pagi ni..
Alhamdulillah..
Feel much more better..
Lepas ni..
Takkan makan kuey teow kerang kat kedai tu lagi..
Maybe kerang dia tak betul-betul masak..
Habis setakat ni..
Jom kita start buat kerja..

Friday, 17 April 2015

::Sweet Like Sugar::



Ni sebenarnya citer last week..
Tapi saja je Eira throwback..
Al-kisahnya..
Eira tengah beratur nak beli waffle..
Tetiba de lah 2 orang aunties ni..
Dia tanya Eira..
Tak mani ke makan waffle ni..
Eira cakap ar..
Eira just makan waffle once a time in 2 weeks..
Dorang pun senyum2..
Then..
Aunty tu cakap..
"No wonderlah, you are so sweet like sugar.."
Kembang jap bila dengar..
Tq aunty atas pujian itu..

Keesokannya pulak..
Eira gi beli air kat tepi jalan..
Kakak jual air tu tanya Eira..
"Adik tak sekolah ke ari ni?"
Eira pun pandang ar mak cik tu dengan muka agak pelik..
Eira : "Kak, saya dah keje ar"
Kakak: "Oh, yang mak selalu pi amik tu kat tempat keje ar. Kak ingat mak adik amik adik dari sekolah. Umur berapa ni? Nampak kecik je.."
Eira : "Nampak je kecik kak, tapi dah tua sebenarnya.."

Aduyai..
Terima kasih lah pada semua yang memuji..
Hehehehe
Alhamdulillah..
Umur dah tua..
Tapi jiwa masih muda..
Baru balik kenduri





::JINDRISSKA Blog Anniversary Giveaway::



Selamat tengahari uolss..
Hari ni Eira nak join GA dari Aisya..
Pada korang yang nak join tu..
Kena ar ikut syarat2 yang telah ditetapkan..
Nak tahu syarat2nya??
Mudah je..
Klik je banner kat bawah ni..


Eira dah lama sebenarnya follow blog Aisya..
Sejak dari segmen Giveaway Note Cards From Jasper
Tapi Eira tak menang pun..
Tahniah sebab Aisya menang..
Harap2..
Eira bertuah untuk kali ni..
Hehehe..
"Saya nak menang giveaway ni sebab Eira memang teringin nak melancong ke luar negara. Tapi tak pernah kesampaian. So, kalau dapat cenderahati dari luar negara pun dah kira memadai. Lagi satu, sebab Eira memang suka kumpul fridge magnet & poskad"

Friday, 10 April 2015

::Counting 4 Ramadhan::





Terasa begitu pantas masa berlalu..
Tinggal lebih kurang 2 bulan lebih je lagi..
Sebelum kita bertemu Ramadhan 2015..
Masih bernafaskah kita tika itu??
Kepada yang masih belum ganti puasa tu..
Cepat-cepat lah ganti sebelum Ramadhan tiba..

Thursday, 9 April 2015

::Alhamdulillah Gaji Dah Masuk::



Agak lama tak mencoret..
Mampu tersenyum hari ni..
Sebab Encik gaji dah masuk..
Gaji pertama di tempat baru..
Walaupun memang lewat sangat..
Sampai loan kereta & bil banyak tertunggak..
Alhamdulillah..
Eira tetap bersyukur..
Sekurang-kurangnya dapat gak ringankan beban keluarga..
Harap-harap bulan depan gaji tak masuk lewat sangat..


Wednesday, 1 April 2015

::Stress::



Salam 1April...
Hari ni hari paling stress buat Eira..
Eira bangun awal-awal pagi..
Ingat dapat sampai office awal..
Tapi lain pulak yang jadi..
Gara-gara orang tu..
Eira lewat 10 minit..
Orang tu pulak boleh buat bodoh je..
Maklumlah ada orang bela..
Buat salah apa pun..
Tak de orang nak marah..
Dah sampai tempat keje..
System pulak tak boleh masuk..
Memang stress betul..
Due date dah dekat..
Tapi banyak data tak siap lagi..
Yang buat Eira makin stress...
Bila duit dalam purse..
Cuma tinggal RM17..
Minyak kereta pulak dah nak habis..
Mak Eira dah mula bising-bising..
Ayah pulak risau tak dapat bayar road tax kereta dia..
Macam mana Eira tak stress..
Gaji belum masuk lagi..
Huhuhuhu..
De sape-sape tau tak..
Kalau kebas kepala tu..
Tanda-tanda stress ke??
Hopefully Eira dapat langsaikan semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa