::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Saturday, 27 June 2009

You Raise Me Up

Assalamualaikum...
agak lama jugak x post something kat blog..
ni pon..
baru je baik dari demam..
dah lama nak tulis..
tapi x berkesempatan..
agak lewat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Bapa..
tapi nak ucap gak...
hehehe
Selamat Hari Bapa Buat Ayahdaku..
Rahim Bin Salleh..
Semoga cepat sembuh dari demam..

Abah.. Ayah.. Abuya.. Walid.. Baba.. Bapak..
antara nama-nama panggilan kita untuk insan yang bergelar bapa..

Eira plak panggil bapa eira..
ayah..
Ayah eira ni seorang yg tegas..
Benda yg selalu dia akan cakap ialah..

DISIPLIN!!

Kekadang eira pon x paham gak..
ramai org ingat ayah ni bekas askar..
hehehe
pada hal ayah cuma seorang bekas buruh ukur je..

Eira memang rapat dgn ayah sejak kecil lagi..
Tapi..
Lepas ayah terlibat dalam kemalangan pada thn 2003...
hubungan kami agak renggang..
ayah pulak dah jadi makin tegas..
hehehe
Ayah selalu cakap..
Nak jaga anak perempuan ni mmg susah..
Tambah lak 2 orang anak perempuan kan..
Yang memang berbeza karektor..
Eira plak memang jenis berdikari n agak nakal..

Dulu..
time belajar..
bila balik cuti sem je..
ayah mesti check handphone..
memang asyik kena marah je..
mana taknya..
kalu dlm phonebook pnh nama bdk laki je..
hehehe

Walau apa pun..
ayah tetap ayah terbaik kat dunia..
Insyaallah..
segala pesanan ayah akan eira ingat selalu..

~You Raise Me Up~
When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

Sunday, 7 June 2009

~Kem Motivasi~

Hari yang dinanti-nanti telah pun tiba. Awal pagi lagi, kelihatan bas sekolah telah menanti peserta-peserta kem. Azreen melangkah longlai ke arah kawan-kawannya. “Hai. Wassup Girls!” Tangan dihulur disambut mesra rakan-rakannya. Sape yang tak kenal dengan 4 orang sahabat yang gile-gile di dalam kelas, tapi cemerlang dalam peperiksaan. Atas kecemerlangan itu juga mereka semua terpilih untuk mengikuti kem ini. Tambahan pula, ini satu-satunya peluang mereka untuk mengenali lebih dekat dengan senior-senior pelajar tingkatan lima.

“Wei, apasal aku rasa macam semua pelajar perempuan pandang aku semacam je..” Azreen mula melahirkan rasa ketidakpuashatinya sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah Ika.

“Ni semua pasal kes Sir Hakim ar. Dorang tu kan peminat setia dia. Aku rasa dorang semua tu tak puas hati dengan ko le Reen sebab sir kan rapat dengan ko.” Kata-kata Misya itu di sokong oleh teman-temannya yang lain.

Melangkah masuk ke dalam bas seperti melangkah kaki ke jurang yang dalam. Semua mata pelajar wanita tertumpu ke arah Azreen. Bahang kepanasan terasa menerpa ke pipi. Azreen masih berlagak biasa. Hati kecilnya berbisik, ‘Lantaklah apa diorang nak cakap. Yang penting aku tak de hati langsung dengan Sir Hakim tu.’

Setelah hampir 45 minit perjalanan, akhirnya sampai juga mereka ke tempat yang dituju. Teluk Resort, sebuah resort yang agak jauh dari Bandar, dikelilingi pantai yang indah dan hutan yang menghijau. Memang sesuai untuk melepaskan tension setelah penat belajar.

“Para peserta dikehendaki mendaftar di meja urusetia sekarang bagi mendapatkan kunci bilik masing-masing.” Kedengaran suara Puan Jamilah memecah hening suasana.

Azreen and the gang pantas berjalan ke arah meja urusetia. Tetiba je..
“Ops! Sori. Saya tak sengaja.” Terasa bahang panas menerpa ke pipi Azreen. Hatinya mengutuk, ‘Mamat ni memang nak kena ar. Sesuka hati dia je ambil gambar sampai terlanggar orang lak tu.’

“Awak ni jalan mata letak kat mana hah? Itu ar, asyik busy ambil gambar sampai orang pon awak langgar.” Azreen mula menempelak. Geram betul dia dengan mamat photographer yang tecegat di hadapannya sekarang.

Khairul Ikhwan hanya tersengih memandang gelagat Azreen. Sudah lama tak bertemu dengan orang yang paling dirinduinya itu, tetapi hasrat untuk bertegur sapa terpaksa dibatalkan. Dia ingin melihat sendiri bagaimana rupa Azreen setelah hampir 8 tahun tidak bertemu.

“Hello! Awak ni dah sampai London ke?” Azreen pantas menepuk tangannya dan terus berlalu meninggallkan Ikhwan.

“Bang, saya nak minta maaf bagi pihak adik saya tadi. Dia memang macam tu. Suka cakap lepas.” Azril pantas bersalaman dengan Ikhwan.

“Tak pe, bukan salah adik awak pun. Saya yang terlanggar dia tadi. Anyway, saya Ikhwan. Awak ni Azril kan?” Tangan mereka bertaut.

“Macam mana awak tahu nama saya?” Azril bertanya dengan nada pelik.

“Awak akan tahu juga nanti. Ok lah saya masuk bilik dulu.” Ikhwan terus berlalu meninggalkan Azril yang terpinga-pinga.

Hati Ikhwan berbunga riang. Permainan ini berjalan semakin lancer. Dia yakin akan dapat menakluki hati Azreen tidak lama lagi.

Di bilik, Azreen dan sahabat-sahabatnya meneliti jadual sepanjang kursus yang diberikan dalam fail masing-masing.

“Reen, kau rasa kita kena pecah dalam kumpulan ke?” Ika menepuk perlahan bahu Azreen yang sedang asyik mendengar lagu dari MP3.

“Entah le Ika. Mana ar aku tau. Bukan aku yang anjurkan Kursus Motivasi ni. Apa ark au ni. Aduyai…” Sengaja Azreen mengusik Ika. Sahabatnya yang sorang ni kadang-kadang memang lurus bendul sikit.

Usikan Azreen itu di sambut oleh deraian ketawa rakan-rakannya.

“Wei jom ar turun makan. Perut aku ni dah nyanyi lagu rock tau.” Misya mula mengeluh sambil memegang perutnya.

Serentak dengan itu, keempat-empat sahabat itu bergegas turun ke dewan makan.

“Hai sweetheart..” Azril menepuk lembut bahu adik kembar kesayangannya.

“Hai Ril. Dah lama ke ko turun?” Azreen pantas memaut lengan abangnya.
Tanpa disedari kelakuan mereka itu disaksikan oleh Ikhwan yang sememangya berdendam dengan Azril. Walaupun pada hakikatnya dia sedar akan hubungan mereka berdua itu.

~Syurga Cinta~

Assalamualaikum..
Lama tol menyepi..
Bukannya pe..
X de masa nak on9..
Maklumlah sejak bergelar penganggur..
Hehehe
Bz tlg mak n ayah niaga..
Bila blk umah..
Dah letih..
Huhuhu
Tapi dalam pada tu..
Sempat gak ar gi tengok wayang..
Cite Syurga Cinta..

Filem ni gandingan hebat Awal Ashaari (Pelakon kesukaan mak),Heliza AF 5 n Hadziq..

Memang bez ar citer ni..
Ada unsur keagamaan selain pd unsur cinta..
X rugi ar tgk cite ni..
Jalan citer dia pon menarik..
Ada gak unsur kelakar
Yang x beznya..
Sambutan x begitu menggalakkan..
Ade berapa kerat je org yg tgk..
Huhuhu
Tapi bagi eira..
Cite ni mmg lain dr yg len..
Sesuai ditonton utk pasangan bercinta..
Hehehe
Thanx 2 Abg Mas yg dok promote filem ni kt Eira..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa