::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Tuesday, 24 November 2015

::Masih Berfikir::

Assalamualaikum.
Agak berhabuk blog ni.
Dah lama Eira tak update entry baru.
Lately ni busy sangat dengan kerja.
Maklumlah bekerja di tempat baru.
Terpaksa menggalas tanggungjawab lain.
Kerja ni pula lain dari kerja yang Eira pernah buat.
For me, Eira tak kisah sangat kalau kerja banyak.
I will do it as much as I can.
Tapi..
Suasana dan rakan sekerja yang buat Eira tak tahan.
Ada je kesalahan Eira pada mata dorang.
Mula-mula, Eira buat tak tahu je.
Dengar je bila orang asyik hentam kita.
Tapi lama kelamaan, it's really hurt me.
Rasa tak sanggup nak kerja kat sini lama-lama.
Memandangkan sekarang ni susah sangat nak dapat kerja, terpaksa ar Eira bertahan.
Takkan nak bergantung hidup dengan mak dan ayah pulak kan.
Hopefully Eira akan dapat cari kerja lain.
Uolss doakan Eira ye..

Tuesday, 3 November 2015

::Manusia Semakin Kejam::

Assalamualaikum.



Kejadian ini berlaku di Oman.
Seorang manusia yang bertopengkan syaitan telah membuang bayi yang baru lahir dengan tali pusat yang masih tergantung di tempat pembuangan sampah.
Alhamdulillah, dengan ketentuan Illahi, seekor anjing yang sesat telah megonggong bayi itu lalu diletakkan di hadapan rumah salah seorang penduduk. Kejadian ini disedari penduduk, lalu bayi malang itu diserahkan kepada hospital yang berhampiran.
Dan bayi itu masih hidup

Hakikatnya"manusia adalah haiwan, haiwan lebih mulia daripada manusia"

Sekadar renungan bersama.
Tak mustahil kejadian ini akan berlaku di bumi Malaysia.
Jagalah diri, hiasi peribadi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa