::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Tuesday, 3 December 2013

::Rasa Bagai Mimpi::



Selamat pagi semua..
Sedar tak sedar..
Dah sebulan Eira bertugas di tempat baru..
Banyak perkara baru yang Eira belajar..
Tapi..
Belum sempat Eira belajar banyak lagi..
Mentor Eira (Pengurus Operasi) kat tempat keje Eira ni..
Telah pergi menghadap PenciptaNya..
Pada tanggal 23 November yang lalu..
Eira rasa macam mimpi je..
Pagi tu, Allahyarham sihat je..
Tak menunjukkan sebarang tanda-tanda..
Sempat gak Allahyarham mengusik akak cleaner kat opis..
Akak tu dah ar penat mengemop, Allahyarham lak asyik jalan ulang - alik..
Mengamok gak ar akak cleaner tu..
Eira lak siap kena marah lagi..
Sebab salah taip..
Huhuhu..
Jam 1 tengahari..
Allahyarham bagi tau Eira..
Dia nak balik rumah, nak pi makan kenduri..
Eira jawab ok sambil senyum je..
Setengah jam sebelum dia balik..
Dia de pesan kat Eira..
Suruh Eira keje rajin-rajin..
Tunjukkan prestasi terbaik..
Sebab Eira belum confirm lagi..
Masa dia balik tu..
Eira terus masuk surau..
Menitis gak ar air mata..
Dah ar kena marah kaw kaw..
Huhuhu..
Jam 3 petang..
Ada seorang staff dating opis nak bagi barang..
Then..
Tetiba dia dapat call dari sorang staff lagi..
Nangis-nangis lak tu..
Eira cuak gak ar..
Pastu, baru ar dia bagi tau yang pegawai operasi kami..
Telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Perasaan Eira time tu..
Macam tak percaya je..
Kami semua sempat gi melawat jenazah..
Walaupun sesat..
Sampai juga akhirnya..
Apa-apa pun..
Eira akan ingat pesanan arwah..
Cuma sekarang ni..
Eira agak stress sikit..
Sebab nak kena handle banyak keje..
Termasuk ar keje arwah..
Doakan Eira dapat jalankan tanggungjawab yang diberi..
Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa