::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Friday, 30 September 2016

::Cucur Ikan Bilis Atkins::




Hai korang!!
Salam Jumaat terakhir di tahun 1437H.
Eira buat entry ni sebab de akak kat office request.
Dia try rasa cucur yang Eira buat.
Eira kongsi dengan korang ye resipi cucur yang tak guna tepung.
Sesuai untuk yang mengamalkan diet atkins.
Nama resipi ni cucur ikan bilis

Bahan-bahan yang korang perlukan:
Segenggam ikan bilis (boleh ganti dengan ayam @ isi ikan
bawang besar
telur
cili kering (kalau nak pedas)
*bahan-bahan kat atas ni korang blend sekali k
bunga kobis (eira parut halus)

Cara-cara:
1. Campur je semua bahan kisar tu kat dalam bekas yang ada bunga kobis.
2. Then, kacau sebati.
3. Goreng macam korang goreng cucur tu ye

Selamat mencuba uols!!

Friday, 23 September 2016

::Nasi Goreng Atkins::




Selamat pagi uols!!
Dah sarapan ke?
Hari ni kat office de Majlis Bacaan Yassin.
So, dapat ar mkn free.
Nasi daging lagi uols.
Ok nak share dengan korang sume.
Menu kegemaran Eira "Nasi Goreng Atkins".
Nama je nasi goreng uols. Tapi tak letak nasi pun.

Bahan-bahan yang korang perlukan:
Bunga kobis (eira parut, jadi macam nasi gitu)
Bawang putih + bawang merah (tumbuk)
Isi ayam / ikan bilis
Cili kering (dikisar)
Sayur-sayuran
Telur
Sedikit minyak untuk tumis


Then, korang goreng macam buat nasi goreng tu.
Dah siap untuk dimakan.
Kalau boleh, tiap-tiap hari nak makan..
Hehehe

Monday, 19 September 2016

::Mengapa Kita Menguap?::



Image result for menguap
Betul ke kita menguap bila mengantuk?
Menguap juga dikaitkan sebagai tindak balas untuk meningkatkan kadar pengambilan Oksigen dalam tubuh.
Berdasarkan kajian yang diketuai oleh Jorg Massen dari Universiti Vienna, menguap merupakan tindakan untuk mendinginkan  otak yang 'panas'.
Saat udara di persekitaran lebih panas daripada suhu tubuh, kita cenderung untuk banyak menguap bagi 'mendinginkan' otak
Jom kita tengok Fakta mengenai Menguap:

Sumber: i Sihat Februari 2016

::Review Produk ~ Lipbalm by Amoyylinn::



Morning uolss..
Selamat hari Isnin.
Pagi ni Eira nak buat review sikit pasal Lipbalm by Amoyylinn.
Korang mesti pernah dengar pasal madu kelulut kan?
Tapi korang pernah dengar tak lipbalm madu kelulut?
Eira pun baru je tau uolss..
Ha...
Jangan tak tau..
Lipbalm by Amoyylinn ni merupakan lipbalm madu kelulut yang pertama di Malaysia tau!!
Terdapat 6 jenis warna yang ditawarkan.
Korang boleh ar pilih yang mana korang suka..


=> Pink Cute
=> Red Hot 
 => Sexy Lipmoist 
=> Ruby Violet 
=> Dive Maroon 
=> Juicy Orange 


Nak tahu apa kelebihan menggunakan lipbalm ni?
• melembabkan bibir
• merawat bibir yg kering dan pecah
• menghilangkan bibir hitam akibat pemakaian lipstik
• memerahkan bibir
• penggunaan berterusan menjadikan bibir pink secara semulajadi 
• 1 Bekas tahan setahun lebih 
• tak luntur makan atau minum
• halal dan boleh di bawa solat

Eira dah try Lipbalm by Amoyylinn ni.
Memang best sangat uols..
Pilihan Eira Pink Cute
Rasa macam nak jilat pun ada.
Korang yang duduk area Penang tu, leh dapatkan lipbalm ni kat Hawa Casolare Komtar

Hawa Casolare Komtar
Pilih yang mana berkenan di hati
Kelebihan pakai lipbam kelulut by Amoyylinn
Sebelum pakai lipbalm (abaikan muka tembam itu)
Selepas pakai.. (mungil kan bibir iolss)

Pink Cute pilihan iolss
Leh jadi model tak
Korang yang nak tau lebih lanjut pasal lipbalm kelulut ni, boleh gi IG Amoyylinn tak pun korang boeh terjah FB Amoyylinn

Eira bagi 5 bintang untuk lipbalm madu kelulut by Amoyylinn.
I like..


Saturday, 17 September 2016

::Breakfast 17 September 2016::




Hello uols..
Dah nak masuk waktu lunch, baru berkesempatan nak taip entry.
Hari ni, Eira bangun awal uols.
Sebab nak pi servis kereta.
So, sempat ar buat breakfast awal.
Scramble egg + sosej + daging kebab + 500 ml air


Nampak sedap tak?
Sambil siapkan sarapan tu, sempat gak ar bersenam.
20 squat + 30 jump jack + 10 crunches
Pergh...
Penat uols..
Tapi tetap ku gagahkan..
#misi10kg

::Indahnya Ciptaan Yang Maha Esa::




Selamat pagi uols.
Throwback jap..
Pic ni diambil hari khamis lepas.
Cantikkan pemandangan waktu senja?
Gambar ni boleh menghilangkan stress



Thursday, 15 September 2016

::Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016::



Dah lama tak join Segmen dan GA.
Eira kasi support Aisya Azman

Pesanan Penaja!

Tiada syarat yang susah untuk bloglist kali ini. Cuma
  1. Buat entry bertajuk Pencarian Bloglist AisyaAzman Sept & Oct 2016
  2. Copy coding yang disediakan di bawah & pastekan di ruangan entry sebagai HTML
  3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entry asal iaitu entri di blog aku. Sekiranya tidak, entry kalian di anggap tidak valid.
  4. Publish dan tinggalkan link entry kalian di ruangan komen di bawah
  5. Tarikh tutup adalah adalah 18 October 2016 jam 12.00am.

::Entry Istimewa Untuk Yaya Cendana::



Selamat tengahari uolss..
Ada yang dah start bercuti ke?
Eira masih berkeja hari ni.
Kepada yang nak balik kampung tu, hati-hati k.
Tak kira ar korang naik kenderaan sendiri or kenderaan awam.
Yang penting kena jaga keselamatan diri.

Entry ni Eira buat khas untuk Yaya Cendana
Sebelum ni Eira ada gosip mosip dengan Yaya Cendana pasal pic dia de kat satu kedai kat Komtar.
Tapi, bila Eira gi tengok, tak de ar pulak.
Mungkin owner dah ganti dengan yang lain.
Nak dijadikan cerita, tadi masa waktu rehat Eira gi tengok ada pulak.
So, sempat ar snap pic.
Orang Penang yang nak beli produk-produk kosmetik yang original, boleh singgah kat kedai ni.

Kedai ni terletak kat Bangunan KOMTAR je.
Kecil comel je kedai ni, tapi owner pandai susun barang.
Nampak kemas je.

Ini dia gambar yang dinanti-nantikan..

Korang pun boleh cuba lipstick aloe vera ni.
Memang terbaek uols!!
Hope Yaya Cendana suka ar dengan entry ni.


Wednesday, 14 September 2016

::Wordless Wednesday ~ 14.09.16::




Motivasi untuk diri sendiri


Thursday, 8 September 2016

::Baju Dah Tak Muat::



Morning uolss..
Sedihnya..
Banyak baju Eira yang cantik-cantik dah tak muat..
Ingat nak pakai masa raya hari tu..
Tapi dah tak muat..
Huhuhu..
Maka, bermulalah misi untuk menurunkan berat badan..
Misi 10kg..
Sedar tak sedar, rupanya dah sebulan Eira amalkan gaya pemakanan sihat..
Kurangkan manis, garam..
Sebulan gak la tak sentuh nasi sebab nak cuba diet atkin.
Sepupu Eira dah pernah cuba, Alhamdullillah sekarang tengah menanti kelahiran cahaya mata kedua..
Eira pun teruja gak ar nak try, mana tau leh slim uolss..
Dapat ar pakai baju lama balik..
Last week, de ramai gak ar yang tegur cakap dah nampak kecik je badan..
Tapi Eira tak berani nak timbang gi.
Cuma de gak ar rasa perubahan..
Bila pakai baju, rasa macam longgar sikit.
Kira de gak turun kot..
Eira pernah tersentap tau uolss..
Bila de budak office cakap Eira gemuk macam panda..
Sedih tau uolss..
Terus tanam tekad nak kurus..

Pic terbaru uols..
Sekarang ni sambil diet, Eira buat gak zumba, aerobik, jogging dan tai chi.
Harap-harap dapat maintain.
Seronok gak bila dah start bersenam, rasa sayang lak kalau tinggal..
Lisa Surihani pun boleh kurus, Eira pun mesti boleh maa..
Chaiyok chaiyok


Thursday, 1 September 2016

::Menu Sarapan ~ 1.9.2016::



Korang sarapan pe pagi ni?
Eira sarapan sebiji telur separuh masak je..

Tergugat gak iman tengok staf-staf kat office makan nasi goreng, nasi lemak..
Tapi demi nak kurus..
Ku gagahkan juga..

::Botol Air Baru::



Salam Kemerdekaan uols..
De yang bercuti lagi ke hari ni?
Rugi kalau cuti lama-lama..
Coz PSH macam Eira ni dapat gaji hari..
Kalau banyak amik cuti, bila hujung bulan, gaji ciput je uols..

Besar tak botol air Eira




















Ayah Eira selalu tanya, "Orang tak gelak ke kakak? Botol air besar sangat."
Eira selalu jawab, "La ni semua orang jaga kesihatan. Banyak minum air masak."

Besar sangat ke botol air Eira tu?
Tapi Eira tak de lah isi air sampai penuh.
Paling banyak pun 2.5 liter je..
Jom kita ramai kurangkan minuman manis dan banyakkan minum air masak.
Baru ar sihat uols!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa