::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Tuesday 8 September 2015

::Muhasabah Cintaku::

Assalamualaikum..
Eira baru je selesai baca novel kat bawah ni semalam

Novel hasil karya Qaula Safiiyyah diterbitkan oleh Penulisan2u
Berkisar tentang kehidupan seorang gadis, Hajira yang dilanda pelbagai ujian.Kerana dendam yang terpahat di hati, Hajira telah difitnah dan menjadi mangsa.Terpaksa berkahwin dalam keadaan yang amat memalukan apabila dia ditangkap basah bersama Haziq.

Dugaan demi dugaan muncul. Sikap Haziq yang panas baran dan terlalu mendengar omongan orang menyebabkan hubungan mereka semakin hambar. Kemunculan Maisarah, bekas tunang Haziq dan Sofie yang tergila-gilakan Haziq menambah sengsara buat Hajira. Keputusan berat dibuat. Dia harus pergi jauh meninggalkan keluarga dan suami yang baru dicintai.

My Review:
Eira suka cara penceritaan novel ni. Tak berbelit sangat. Yang paling penting, karya ni berbentuk Islamik. Kerana cinta persahabatan juga boleh berkubur. Kerana dendam dan fitnah sesuatu perhubungan mungkin akan berakhir. 

p/s: Dapatkan novel ni kalau korang nak baca kesudahannya


1 comment:

  1. peminat novel rupanya...
    ingatkan motivasi..hihihi

    BW daripada Bloglist Nurfuzie Dot Com #1
    Follow blog AM DISINI
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AMDISINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa