Assalamualaikum
Ada tak yang masih tercari-cari Mr. Charming korang?
Eira pun still mencari lagi..
Hehehehe
Hari ni Eira nak review novel Mr. Charming hasil karya Anna Lee.
Korang yang nak tau ciri-ciri Mr. Charming wajib baca novel ni.
Sinopsis:-
Lara Alisya aka Indah Lara merupakan seorang penulis novel cinta yang tidak popular tetapi mempunyai 'hater' yang tegar bernama Indah Water. Kehidupan Indah Lara menjadi huru hara apabila dia kerap menerima kritkan dari Indah Water hingga tahap boleh membunuh semangatnya untuk terus berkarya.
Sementara menyiapkan manuskrip terbarunya, Lara Alisya terpaksa bekerja sebagai baby sitter kepada Tania kerana Ayun, teman serumahnya bakal bernikah. Bapa Tania, Sam mula menaruh hati terhadap Lara. Pertemuan Lara dengan Fazrin Adam, Pelakon Lelaki Popular mencipta satu persahabatan. Fazrin berjaya mengubah penampilan Lara untuk memikat hati Sam.
Siapakah Prince Charming yang sebenar? Sam atau Fazrin? Lamaran siapa yang bakal diterima oleh Lara? Atau Indah Lara akan bertemu dengan Mr. Charming dan bukannya Prince Charming?
Kalau korang nak tau, kena ar baca novel ni. De juga disertakan kriteria-kriteria Prince Charming dan Mr. Charming.
Review Eira:-
Suka baca novel ni. Sebab rasa macam baca status Facebook. Penulis memang baca guna elemen Facebook dalam novel ni. Menjadikan novel ni berbeza dengan novel-novel lain. Eira bagi
macam best je novel ni :D
ReplyDeleteBlogwalking dari Blog Kak Uzu (EmasPutih) :D
Alja no 28 (www.cahayapermata.my)
memang best, cuba ar baca..
Delete