::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Wednesday, 10 June 2015

::Aku Stress!!!::

Assalamualaikum..
Eira tengah STRESS sangat sekarang ni..
Saat entry ni ditaip,
Eira masih tak dapat duit gaji.
Untuk bulan lepas..
Duit dalam dompet pun..
Cuma tinggal RM8 je..
Memang terpaksa tebalkan muka..
Pinjam duit kat orang..
Ayah & mak asyik tanya..
"Kakak, bila gaji nak masuk? Hutang kereta & PTPTN dah bayar ke?"
Kelu rasa lidah nak berkata-kata..
Terasa Eira dah buat satu keputusan yg salah..
Dulu, masa keje kat tempat lama..
Paling lewat Eira dapat gaji pun dalam 8hb je..
Ni dah masuk 10hb tau..
Eira sedar, Eira ni cuma pekerja sambilan harian (PSH) je..
Tapi..
Apa org macam Eira ni, tak de komitmen ke?
Tak de tanggungan ke?
Tak perlu makan? Minum?
Eira memang tak boleh terima alasan yg diberi..
Pegawai tak de, so tak de orang nak sign utk gaji korang...
WHAT?????
Eira pun pernah gak keje dgn bahagian kewangan..
Pernah hadapi situasi yg sama..
Eira buat je muka tak malu..
Call pegawai..
Tanya, boleh tak saya proceed..
Kalau pegawai tu seorang yg berperikemanusiaan, dia akan suruh proceed je..
Sebab ni melibatkan periuk nasi orang..
Tapi dalam situasi Eira ni..
Orang tu langsung buat bodoh je..
Tak de datang nak bagi tau kenapa gaji lambat..
Kalau jumpa Eira pun..
Siap sengih2 seolah-olah tak de apa2..
Tahu awak cuma pekerja..
Tapi cuba ar cari jalan terbaik utk atasi masalah..
Jangan duduk diam je..
Sejarang ni server kat office lak afa masalah..
Lepas ni mungkin alasan ni pulak akan diguna pakai..
Terima kasih lah atas penganiayaan ini..
Satu je yg awak kema ingat..
Setiap apa yg kita lakukan tu, ALLAH akan beri balasan yg setimpal..
p/s: korang, doakan Eira dapat pekerjaan tetap..

4 comments:

  1. sabar ye kak. Takut pulak kalau perkara ni berlaku kt sy nnt bila dh kerja. May Allah ease everything :)

    http://anies-msletoes.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully perkara ni takkan berlaku kat Anis.. Amin..

      Delete
  2. Sabar ye, Eira. Moga dipermudahkan urusan hal gaji Eira ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Farrah.. Harap2 macam tu ar.. Minggu depan dah nak puasa..

      Delete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa