::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Monday, 29 June 2015

::Siapalah Aku Ini ~ 1::

"Tet.. tet.. tet..." Jam loceng ku berbunyi. Belum sempat aku menutup bunyi jam, dah kedengaran suara nyaring mak.
"Ain, bangun! Hang ingat aku ni orang gaji hang ke? Tiap-tiap hari nak kena kejut."
Sejak umur aku 7 tahun lagi, hampir setiap hari aku mendengar suara itu. Bukan aku tak boleh bangun sendiri, tapi dah jadi kebiasaan bagi mak. Kadang-kadang aku rasa malu, jiran sebelah menyebelah pasti dapat mendengar suara bak halilintar itu. Pasti mereka berfikir aku ni anak dara yang tak reti bangun pagi.
Katil ku kemas rapi, sebelum aku melangkahkan kaki ke bilik air. Usai Solat Subuh, aku terus menyiapkan diri ke sekolah. Terkadang aku teringin untuk solat berjemaah bersama keluarga. Tapi, apakan daya hajatku yang satu itu masih tak kesampaian. Baju sekolah pemberian sepupuku ku pakai. Baju itu masih elok dipakai, tapi biasalah anak orang berada, tiap-tiap tahun berganti pakaian baru.
Wang saku RM1 ringgit mak hulurkan pada ku.
"Hang jangan nak perabih pulak duit tu. Jimat-jimat sikit."
Ayat itu juga sudah lali di pendengaranku. Duit seringgit itu aku cium, sebelum di tempatkan di poket bajuku. Alhamdulillah, cukup untuk mengalas perutku sepanjang di sekolah nanti.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa