::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Monday, 29 June 2015

::Siapalah Aku Ini ~ 1::

"Tet.. tet.. tet..." Jam loceng ku berbunyi. Belum sempat aku menutup bunyi jam, dah kedengaran suara nyaring mak.
"Ain, bangun! Hang ingat aku ni orang gaji hang ke? Tiap-tiap hari nak kena kejut."
Sejak umur aku 7 tahun lagi, hampir setiap hari aku mendengar suara itu. Bukan aku tak boleh bangun sendiri, tapi dah jadi kebiasaan bagi mak. Kadang-kadang aku rasa malu, jiran sebelah menyebelah pasti dapat mendengar suara bak halilintar itu. Pasti mereka berfikir aku ni anak dara yang tak reti bangun pagi.
Katil ku kemas rapi, sebelum aku melangkahkan kaki ke bilik air. Usai Solat Subuh, aku terus menyiapkan diri ke sekolah. Terkadang aku teringin untuk solat berjemaah bersama keluarga. Tapi, apakan daya hajatku yang satu itu masih tak kesampaian. Baju sekolah pemberian sepupuku ku pakai. Baju itu masih elok dipakai, tapi biasalah anak orang berada, tiap-tiap tahun berganti pakaian baru.
Wang saku RM1 ringgit mak hulurkan pada ku.
"Hang jangan nak perabih pulak duit tu. Jimat-jimat sikit."
Ayat itu juga sudah lali di pendengaranku. Duit seringgit itu aku cium, sebelum di tempatkan di poket bajuku. Alhamdulillah, cukup untuk mengalas perutku sepanjang di sekolah nanti.

Friday, 26 June 2015

::Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com::


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

::Menang Segmen Menjelang Ramadhan 2015::

Assalamualaikum..
Korang perasan tak Eira ada join Segmen Menjelang Ramadhan 2015..
Yang dianjurkan oleh Yaya
Alhamdulillah..
Eira tersenarai sebagai salah seorang pemenang..
YEAY!!!


Nak tau hadiah pe yang Eira menang??
Lama tau tunggu abang posmen hantar hadiah ni..
Taraaaaaaaaa...


Eira dapat shawl..
TQ Yaya..

Dengan tak sabarnya..
Terus je pakai & tayang kat korang..
Hehehe..


Harap2 lepas ni..
Eira berpeluang untuk menang lagi..

Tuesday, 23 June 2015

::Selingan Ramadhan ~1::

Betul ke bulan puasa ni..
Semua iblis dirantai??



Hehehe..
Salah siapakah ini??

Monday, 22 June 2015

::Throwback Jumaat ~ Nak Parking Pun Susah::

Assalamualaikum..
Salam 5 Ramadhan uolls..
Hari ni nak kongsi sikit..
Pasal kejadian Jumaat lepas..
Hari ke-2 berpuasa..
Eira sampai kat kawasan rumah..
Lebih kurang jam 6.35 petang..
Kira awal gak ar..
Tapi pusing2 cari parking je hampir 15 minit..
Bukan tak de tempat nak parking..
Tapi sebab ramai sangat orang berniaga..
Kat tepi2 jalan..
Sampai nak parking pun susah..


Nampak tak??
Siap letak penghadang lagi..
Cam ne ar nak parking kalau cam gini..
Yang buat Eira lagi geram..
Bila mamat yang niaga tu..
Buat tak tau je..
Pada hal Eira dah pusing depan dia dekat 3x..
Memang tak prihatin langsung..
Pada Eira, tak salah korang nak meniaga.
Tapi jangan sampai menyusahkan orang lain pulak..
Rezeki ALLAH tu ada kat mana-mana..
Maaf kalau entry ni menyinggung mana2 pihak..
Tapi nak buat macam mana kan..
Bila parking kat dlm flat dah penuh..
Terpaksa ar kami parking kat tepi jalan..
Tak salah nak meniaga..
Tapi kena ar ada sikap prihatin & tanggungjawab terhadap penghuni rumah..
Belajar2 lah menjadi insan yg lebih baik di bulan mulia ni..

Friday, 19 June 2015

::GIVEAWAY KAD RAYA 2015 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK::

http://kathyrbain.blogspot.com/2015/06/ga-kad-raya-2015-by-kathyrbain-cikakak.html


Detail segmen:-

Mula: 18 Jun 2015
Tamat: 28 Jun 2015

Hadiah:

1. 1 keping kad raya by Kathy R'bain dan Cik Akak x 10

2. 1 keping kad raya by Cik Akak x 10




∵∴∷ Klik banner  untuk melihat syarat penyertaan ∵∴∷



♥♡ segmen di jaya dan di taja oleh Kathy R'bain & Cik Akak ♥♡

Saturday, 13 June 2015

::Review Novel ~ Suamiku Mr. Blind

Assalamualaikum uolss..
Eira baru je habis  baca novel..
Suamiku Mr. Blind..
Hasil karya Danisyarahmat..




Kerana dendam ditoak jatuh ke dalam lumpur sawah..
Ain Syuhada telah menyembur racun serangga ke muka Aidil Zafran..
Semburan itu telah meragut penglihatan Aidil..
Aidil telah diterbangkan jauh dari Malaysia..
Dan dia berharap dia tak akan bertemu lagi dengan Ain..
11 tahun kemudian..
Ain muncul kembali dalam hidup Aidil..
Dia kini begelar PA kepada Mr. Blind..
Demi menebus kesalahan masa lampau..
Ain menjaga Aidil penuh kasih sayang..
Tanpa sedar..
Dalam diam..
Aidil mula jatuh cinta dengan Ain..

Friday, 12 June 2015

::Review Novel ~ Setiap Detik Nafasku::

Assalamualaikum..
Hari ni...
Eira nak review novel..
Setiap Detik Nafasku..
Hasil karya Dhiya Zafira..

Dzar Talha..
Bergelar seorang banduan..
Selama 7 tahun dia terjerat di tirai  besi..
Atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan..
Dia dituduh membunuh seorang lelaki..
Yang telah merogol Diana, adiknya sendiri..
Hukuman penjara seumur hidup harus ditempuhi..
Dia rela berada di penjara..
Tanpa pelawat..
Namun..
Takdir berpihak pada Dzar..
Dia akhirnya dibebaskan atas pengampunan DYMM YANG DIPERTUAN AGONG..
Selepas dibebaskan..
Dzar membawa diri ke Pulau Perhentian..
Dia ditawarkan untuk bekerja di Bella Rosa II..
Resort kepunyaan sahabat baiknya, Izz Karami..

Azra Qairina @ Ara..
Hidupnya diatur oleh ibu tirinya..
Dia dipaksa berkhawin dengan Izhar..
Dalam diam, dia telah ditunangkan..
Ara mengambil keputusan untuk becuti di Pulau Perhentian..
Melarikan diri dari masalah yang dihadapinya..

Di Pulau Perhentian..
Mereka bertemu..

Thursday, 11 June 2015

::Review Novel ~ Miss Butter Cookies = Cik Danisa ::

Assalamualaikum..
Hai uolss..
Hari ni Eira nak review novel lagi..
Kalau korang pernah baca novel Helo Suami, Hai Isteri! ..
Korang mesti minat nak baca novel ni..
Eira pernah review novel Helo Suami, Hai Isteri!..
Yang ditulis oleh penulis yg sama..
Iaitu saudari Q..





























Miss Butter Cookies = Cik Danisa

Mengisahkan tentang Cik Danisa seorang lecturer..
Atau lebih dikenali sebagai Miss Butter Cookies..
Macam mana boleh dapat nama Miss Butter Cookies??
Biskut dari Denmark

Wednesday, 10 June 2015

::Aku Stress!!!::

Assalamualaikum..
Eira tengah STRESS sangat sekarang ni..
Saat entry ni ditaip,
Eira masih tak dapat duit gaji.
Untuk bulan lepas..
Duit dalam dompet pun..
Cuma tinggal RM8 je..
Memang terpaksa tebalkan muka..
Pinjam duit kat orang..
Ayah & mak asyik tanya..
"Kakak, bila gaji nak masuk? Hutang kereta & PTPTN dah bayar ke?"
Kelu rasa lidah nak berkata-kata..
Terasa Eira dah buat satu keputusan yg salah..
Dulu, masa keje kat tempat lama..
Paling lewat Eira dapat gaji pun dalam 8hb je..
Ni dah masuk 10hb tau..
Eira sedar, Eira ni cuma pekerja sambilan harian (PSH) je..
Tapi..
Apa org macam Eira ni, tak de komitmen ke?
Tak de tanggungan ke?
Tak perlu makan? Minum?
Eira memang tak boleh terima alasan yg diberi..
Pegawai tak de, so tak de orang nak sign utk gaji korang...
WHAT?????
Eira pun pernah gak keje dgn bahagian kewangan..
Pernah hadapi situasi yg sama..
Eira buat je muka tak malu..
Call pegawai..
Tanya, boleh tak saya proceed..
Kalau pegawai tu seorang yg berperikemanusiaan, dia akan suruh proceed je..
Sebab ni melibatkan periuk nasi orang..
Tapi dalam situasi Eira ni..
Orang tu langsung buat bodoh je..
Tak de datang nak bagi tau kenapa gaji lambat..
Kalau jumpa Eira pun..
Siap sengih2 seolah-olah tak de apa2..
Tahu awak cuma pekerja..
Tapi cuba ar cari jalan terbaik utk atasi masalah..
Jangan duduk diam je..
Sekarang ni server kat office lak ada masalah..
Lepas ni mungkin alasan ni pulak akan diguna pakai..
Terima kasih lah atas penganiayaan ini..
Satu je yg awak kema ingat..
Setiap apa yg kita lakukan tu, ALLAH akan beri balasan yg setimpal..
p/s: korang, doakan Eira dapat pekerjaan tetap..

Monday, 8 June 2015

::Segmen Blogwalking & Throwback By NaD Dea::

Assalamualaikum..
Selamat tengahari uolss..
Dah lunch ke..
B4 lunch..
Eira nak join segmen ni dulu..
Actually, Ms Kejupenyet yg ajak Eira join..
Segmen ni diilham dari Nad (nama sama dengan my sis)
Agak tertarik sangat untuk join segmen ni..
Macam ada magnet tarik jari2 Eira untuk menaip..
Hehehehe
Korang yang nak join tu..
Klik banner kat bawah ni erk..

Tapi..
Korang kena ar penuhi syarat2 yg ditetapkan..
Kenapa Eira guna http://eiraaikawa.blogspot.com/ url ni erk??
Dan macam mana Eira terjebak dgn dunia blogging??

Sunday, 7 June 2015

::Mini Giveaway By Nuha::


Assalamualaikum..
Sebelum jam menghampiri pukul 8 pagi..
Eira nak join GA dari Nuha..
Nuha nak cari 5 pemenang bertuah..
Harap-harap tuah berpihak pada Eira..
Hehehe
Korang yang nak join tu..
Silalah klik banner kat bawah ni..


Good luck uolss..

::SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015::



Sementara nak tunggu makan tengahari..
Eira nak join Segmen dari Yaya..
Segmen ni de hadiah tau uolss..
Nak tau hadiah2nya?...
Sila tengok banner kat bawah..
Menarik kan hadiah yang ditawarkan..
Kalau menang..
Boleh ar Eira melaram sakan raya nanti..
Hehehe
Jom kita support Yaya..

Thursday, 4 June 2015

::My Blackberry Dah Nazak::

Assalamualaikum..
Morning uolss..
Kebelakangan ni teramat bz..
Banyak data nak kena key in..
Banyak benda nak kena fikir..
Ni salah satu benda yang buat Eira runsing..
My Blackberry dah nazak!!!
Teruk betul..
Bateri dah membuncit..
Kalah orang mengandung..
Keypad pun banyak yang dah terkeluar..
Pernah lak keypad ni jatuh dalam kereta..
Puas gak ar Eira mencari.
Mujur terjumpa..
Akhirnya jumpa jalan penyelesaian..

Terpaksa lekat semua keypad guna selotep..
Huhuhu
Nampak tak selotep tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa