::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Wednesday, 11 September 2013

::Tanda Putera::



Selamat hari Rabu..
Pagi ni..
Eira nak share dengan korang..
Pengalaman menonton Filem Tanda Putera

Dah lama Eira tunggu nak tengok filem ni..
Dari tahun lepas lagi..
Akhirnya..
Eira dapat tiket percuma..
Lepas masuk peraduan Filem Tanda Putera
Yang dikelolakan oleh Datuk Sohaimi Shahadan
Tayangan diadakan di GSC Queensbay Mall
Sepatutnya..
Eira sorang je yang dapat tiket..
Tapi..
Alhamdulillah..
Eira dapat tambahan 3 lagi tiket..
Dapat penuhkan impian mak dan ayah yang teringin nak tengok filem ni..
Almaklumlah mak dan ayah membesar di zaman darurat 13 Mei 1969
Terima kasih tak terhingga kepada Datuk Sohaimi Shahadan dan staff-staff yang banyak membantu sepanjang berlangsungnya tayangan filem ini.
Ni lah tiket yang Eira dapat..
Sepatutnya tayangan mula jam 2.25 petang..
Tapi terpaksa mula lambat..
Sebab ada sesi fotografi..
Gambar tak berapa jelas..
Eira kidnap dari akhbar Utusan Malaysia
Nampak gambar ayah tengah bersemangat
Filem Tanda Putera membariskan pelakon-pelakon hebat
Antaranya :-
Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak bin Hussein
Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail bin Abdul Rahman
Faezah Elai sebagai Tun Rahah binti Mohammad Noah
Linda Hashim sebagai Norashikin binti Mohd. Seth
Kavita Sidhu sebagai Kara
Riezman Khuzaimi sebagai Sarjan Aman
Kuza sebagai Maimon
Zaefrul Nordin sebagai Koperal Musa
Ika Nabila sebagai Zarah
Zoey Rahman sebagai Johan
Ahya U sebagai Zaman
Alan Yun sebagai Allen

Ada ramai lagi pelakon-pelakon..
Sori Eira tak dapat nak senaraikan semua..
Antara babak yang membuatkan Eira menitiskan air mata..
Saat Tun Dr Ismail menghembuskan nafasnya yang terakhir..
Lakonan Zizan Nin memang hebat..
Persahabatan erat yang ditunjukkan antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail
Buat Eira sama-sama terbuai dalam watak mereka.
Keluar je dari panggung..
Mata masing-masing semua merah..
Pada Eira, filem wajib ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Jangan asyik sokong filem luar je.
Filem sejarah macam ni akan buat kita lebih memahami erti kemerdekaan.
Menghargai apa yang dilakukan oleh orang terdahulu, sehingga kita mencapai apa yang ada sekarang

Kepada yang belum menonton, silalah menonton filem ni di pawagam yang berdekatan.
Teruskan sokongan anda untuk filem-filem buatan Malaysia.
Eira bangga menjadi Anak Malaysia

6 comments:

  1. fuyoo , best nye dpat tiket freee . mesti best kan cite tu . huaaa , nak tgk jugakkk . tp bsy laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tira, memang best sangat..rasa nak pi tgk lg

      Delete
  2. Wahh, bestnya pegi ramai-ramai, tiket free. Mesti best kan Tanda Putera tuu, kite tgok iklan jee :(

    ReplyDelete
  3. masih belum tengok lagi cerita ni.. org cakap best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best sangat2..rugi kalau tak pi tengok..

      Delete
  4. Jemput follow segmen saya.

    http://penat-menaip.blogspot.com/2013/09/segmen-follow-me-by-salamah-ishak.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa