::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Tuesday, 11 September 2012

::Teman Pengganti~Black ft Malique::


Assalamualaikum..
Tengah khusyuk wat kje..
Tetiba je pegawai Eira panggil..
Ingatkan dorang nak tanya pe..
Rupa-rupanya..
Dorang tanya tajuk lagu terbaru Black ft Malique..
Teman Pengganti..
Jom kita layan lagu ni...


(Black)
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

(Malique) 
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

(Black)
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

(Malique) 
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

(Black)
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

(Malique)
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

(Black)

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Pada Eira..
Lirik lagu ni begitu mendalam..
Menunjukkan betapa kasihnya seseorang tu pada insan yang dia cintai..
Sungguhpun begitu..
Bila tiba waktunya..
Kita pasti kan pergi..
Menemui Pencinta Yang Agong..

2 comments:

  1. to be honest akak minat sangat2 ngan lagu ni. lirik dia terus masuk ke dalam kalbu =) sedih kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..memang sedih sgt..menusuk kalbu..huhuhu

      Delete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa