Friday, 7 September 2012
::Kelebihan Hari Jumaat::
Hari Jumaat seperti yang kita semua sudah maklum merupakan penghulu segala hari...
Dalam Bahasa Arab ia disebut “Saiyidul Aiyam: سيد الأيام”...
Berikut antara kelebihan2 hari Jumaat..
=>Allah SWT menciptakan Nabi Adam dan Hawa, kemudian pada hari itu juga Allah mengahwinkan mereka.(Kalau de sesape yg nak kahwin tu, pilihlah ari Jumaat erk)
Sebahagian Ulama berkata : Telah terjadi 7 Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya’ pada hari Jumaat, iaitu :
1. Pernikahan antara Adam as dengan Hawa,
2. Pernikahan antara Yusuf as dengan Zulaikha,
3. Pernikahan antara Musa as dengan Shafrawa,
4. Pernikahan antara Sulaiman as dengan Balqis,
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah,
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah,
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.
=>Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada Hari Jumaat:
Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda (maksudnya): “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya AldilFitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:
1. Penciptaan Adam.
2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
3. Pada hari itu juga, dia wafat.
4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.
Wallahuallam...
Labels:
Renungan Bersama
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..