::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Tuesday 23 December 2008

2~Surat cinta vs Aikawa~

Sedar tak sedar sudah hampir seminggu sejak sesi persekolahan bermula. Segalanya berlaku dengan cukup pantas. Guru-guru sudah mula sibuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan walaupun masa masih panjang.

Seperti hari-hari biasa, Azril dan Azreen akan menunggang basikal masing-masing menuju ke sekolah. Kalau nak harap along hantar, seribu tahun tunggu pun belum tentu dia nak hantar.

“Reen, petang nanti kau balik sorang k. Ril ada latihan bola sepak. Malas nak balik rumah. Ril stay kat sekolah je. Nanti kau balik rumah terus ok. Jangan nak melencong pulak.” Ucap Azril sambil menongkat basikalnya.

“Ok bro. Pandai-pandailah Reen balik nanti. Ril tak payah risau ok.” Azreen tersenyum sambil menepuk lembut bahu saudara kembarnya.

Azril berjalan menuju ke kantin. Selalunya teman-teman baiknya akan berkumpul di situ dulu. Sebelum masuk kelas. Azreen pulak melangkah longlai menuju ke kelasnya di tingkat satu.

Tiba-tiba lak suara sumbangsih kedengaran. “Assalamualaikum..hai apa khabar?” “Amboi sombongnya..Dia pandang sebelah lain ar Riz!”
“Alah..Pandang sebelah lain tu lah tandanya sayang..”
Azreen terus berlalu tanpa menghiraukan usikan mereka. Lelaki ni kalau dilayan, makin menjadi-jadi lak nanti.

“Din, comel gak awek tadi tu. Nama dia apa erk?” Hariz Iskandar bertanya kepada teman baiknya, Aizudin.
“Nama dia Azreen. Budak 3 bestari. Abang dia budak bola under 16.” Terang Aizudin. Lagaknya seperti seorang anggota polis pulak.

Aizudin dan Hariz pelajar kelas 5 Amanah, selaku penyerang pasukan Bola sepak sekolah bawah 18 tahun. Mempunyai perwatakan yang sama, suke mengusik anak dara orang.

‘Aku akan pastikan kau jadi girlfriend aku Azreen..’ Hati kecil Khai berbisik.

“Hai Misya..” Azreen menyapa teman baiknya sambil memalingkan mukanya menghadap Misya.


“Kau apsal Reen..Muka monyok je aku nampak..”
“Aku geram ark at dua ekor mamat kat bawah tadi. Dah tak de keje lain selain nak kacau orang.” Rungut Azreen sambil mencebik.
“Sabar je lah Reen..Kau tak yah layan mamat kat sekolah ni. “ Misya menepuk lembut bahu sahabatnya.

Suara Cikgu Faridah yang mengajar subjek sejarah kedengaran sayup-sayup kerana semua pelajar telah bersiap sedia untuk pulang.

“Hmmm..nama je pelajar kelas atas, tapi perangai sama je macam budak kelas bawah..”kedengaran rungutan dari cikgu Faridah.

Azreen bergegas mengambil basikal kesayangannya di pondok basikal. Kelihatan sepucuk surat bersampul merah terlekat pada handle basikalnya.

“ Isy..surat sape lak ni. Dah ar tak tulis nama.” Azreen merungut kecil sambil memasukkan surat itu ke dalam begnya.

Usai solat dan mandi, Azreen terus mencapai laptop kesayangannya. Jari jemarinya pantas membuka akaun emel. Kelihatan tiga emel yang belum dibaca dalam peti masuk.
Kesemuanya emel dari myspace.Tiba-tiba matanya terpaku pada satu nama yang memang menjadi kegemarannya, “Kazuhiko Aikawa” Azreen lantas membuka laman myspacenya, butang approve ditekan.

‘Betul ke ni ada gak orang yang suka nama Kazuhiko Aikawa ni..’ getus hati kecilnya.

Azreen terus mencapai begnya. ‘Kalau nak online pun kerja sekolah kena siapkan jugak..Pelajaran harus diutamakan..’Masih terngiang-ngainag pesan abah itu. Walaupun abah sibuk dengan urusan syarikatnya, keutamaan anak-anak tetap diutamakan. Sampai sanggup beli laptop sorang satu.

Surat yang dijumpainya tadi dibuka. Cantik dan tersusun rapi tulisannya dan jiwang lak tu.

Assalamualaikum..
Buat tatapan saudari Azreen..
Pertama kali saya menatap wajah awak, tak lena tidur dibuatnya. Comel sangat macam kartun cardcaptor sakura. Kalau boleh, saya nak berkawan lebih rapat lagi dengan awak. Kalau awak sudi, tolong datang jumpa saya kat padang sekolah pukul 5 petang esok.
Wassalam..
Peminat setiamu


‘Apa aku nak buat ni..Hmm..tanya pendapat Along and Airil dulu ar. Orang gile mana le yang minat kat aku ni..Musykil-musykil..’

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa