::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Saturday, 13 December 2008

1~Hari Pertama Persekolahan~

"KRING!!!!"
Jam loceng berlatar belakangkan gambar kartun Hello Kitty itu berbunyi nyaring.
"ARGH!!!"
Azreen melepaskan satu jeritan yang agak kuat yang mampu memecahkan gegendang telinga manusia yang mendengarnya.
Dia lantas bangun dari katil dan menuju ke bilik air.
"Mak aih! Sejuknya air ni.."Rungut Azreen.
Usai mandi dan Solat Subuh, Azreen membelek-belek dirinya di hadapan cermin.
"tak sangka betul..dah form 3 rupanya aku tahun ni..Aisey perut ni berbunyi le plak.."
Lantas Azreen mencapai beg sekolah lalu turun menuju ke arah dapur.
Perut yang menyanyikan lagu rock itu perlu diisi.
"Assalamualikum along.."
Tangan abang sulungya dicium hormat.
"Waalaikummussalam..Morning sweetheart.So macam mana hari ni? Dah bersedia melangkah ke alaf baru?"
'Soalan apa le yang along tanya ni. Tak pe dia ingat aku tak tau nak jawab ke.Hehehe.Tunggulah jawapan dari adik kesayanganmu ini.'
"Alaf Baru amendanya. Bukan dah lepas ke Tema Kemerdekaan tu? Setahu Reen tak de pe yg baru pon..kecuali kita dah masuk tahun baru je lah.Tapi tak tau lah kot-kot along ni yang ade awek baru.Hmm tak lama lagi dapat ar merasa nasi minyak along.Hahaha."
Azreen tersenyum segaris.Puas hati dapat kenakan along pagi-pagi ni.Azrul mencebik.Tapi masih lagi tersenyum dengan keletah adik perempuannya itu. Bagaimanalah nanti hidup aku kalau tak de reen dan aril.
"Manalah budak sorang ni..lama tol siap, mengalahkan anak dara.."Rungut Azreen perlahan sambil menghirup teh panas yang disediakan Mak Nab.
"Morning guys.."
"Hmm..Orang dah nak abis makan baru le nampak batang hidup ko!"
"Excuse me Miss Azreen, orang utan je yang dah habis makan..ko tak habis makan lagi kan..Ha..lagi satu..ko ni pakar X-Ray ke sampai ko bleh nampak batang hidung aku ni.."
Panjang lebar betul Azril mengenakan adik kembarnya.
Merah padam muka Azreen menahan marah akibat usikan Azril itu.Tanpa melengah masa lagi, pantas tangan Azreen mencubit lengan kembarnya.
"Adoi! Sakit hang tau dak!"Jerit Azril
"Hahaha padan muka hang..Rasakan.."Ketawa Azreen menyelubungi ruang dapur rumah teres dua tingkat itu.
Azrul hanya mampu menggeleng kepala melihat keletah dua pasangan kembar itu.
"Wei..Dah lah kang roboh plak rumah ni.Hari ni along hantar korang berdua pi sekolah.tapi balik nanti pandai-pandai korang ar.."
Azreen dan azril serentak memandang ke arah abang mereka.
"Along demam ke?"Balas Azreen sambil meletakkan tangannya ke dahi Azrul.
"Demam apa laknya ni.."
"Ya lah tetiba je nak hantar kitorang pi sekolah.Mesti ar pelik.Ya tak reen.."
Azril memandang Azreen sambil mengeyitkan mata.
"Dah ar..karang lambat lak sampai sekolah."
Azrul lantas mencapai briefcasenya dan berjalan menuju ke arah pintu.
"Yes Bos!"Azreen dan Azril menjawab serentak sambil mengangkat tanda tabik.
Masing-masing berebut mengambil tempat di belakang kereta MyVi hitam itu.
"Woi!Korang ingat along ni driver ke?"azrul mula membebel.
"Alah along..sekali sekala jadi driver apa salahnyakan.Ye tak ril?"Azreen tersenyum memandang Azril di sebelahnya.
"Lagi pon orang handsome cam along ni kalau jadi driver pon ramai orang nak..Hahaha". Tawa azril memecah suasana.



Azrul pantas memecut laju keretanya.Kalau layan budak 2 orang sampai esok pon belum tentu sampai kat sekolah.
"Ok dah sampai guys..Cepat ar turun..Along dah lambat nak gi keje ni!" Along bernada agak keras.
"Yes bos! Thanks along..reen sayang along.."Tangan Azrul dicium lembut.
Lantas dua kembar itu melangkah menuju ke kelas mereka. Melangkah je masuk ke kelas, satu sorakan kedengaran.
"Welcome back to school..Proud of Twins.."
"Thank you guys.."Ucap mereka berdua serentak sambil tunduk tanda hormat.
"Wei, sapa ar guru kelas kita tahun ni!"Azril bertanya pada rakan-rakannya, amin, dek dan reza.
"ntah le aku dengar cite ada cikgu baru mai sekolah kita.Mungkin dia kot guru kelas kita." Jawab dek. Lagaknya macam papa jarum je.
Begitulah keadaan dalam kelas 3 Bestari.Memang bestari sungguh pelajar-pelajar kat kelas ni.Kuat kelentong, kuat merapu, kuat gelak..Bak kata Pak Abbas kat iklan astro tu. "Macam-macam Ada.."
"KRING!!!"Loceng pertama telah dibunyikan.Kesemua pelajar 3 Bestari bergegas turun ke dewan. Kebiasaannya hari pertama persekolahan dan hari isnin perhimpunan akan diadakan di dewan.
"Wei lamanya mama hang berucap reen.Aku dah lenguh duduk lama-lama ni.."
"Alah bukan selalu kita nak dengar dia berleter.."Balas Azreen.
"Shhh..tolong diam ye dik".Salah seorang pengawas menegur mereka.
"Ok sis.jawab mereka berempat serentak.Reen, Ika, Misya dan Anis. Empat anak dara yang suka wat kecoh kat dalam kelas.Mula berkawan baik sejak dari tingkatan satu lagi.


Akhirnya selepas 1 1/2 jam..tamatlah sudah perhimpunan pagi. Suasana pasar malam sudah memenuhi segenap ruang kelas 3 bestari. Nama je kelas pertama tapi bisingnya lebih hebat dari kelas bawah. Sampai cikgu pon tak terkata apa coz pelajar-pelajar kelas ni memang otak geliga. Bleh wat batu cincin.

"Assalamualaikum kelas!".Suara sape lah plak tu. Cam suara The Rock je.
"W'alaikumussalam cikgu!"Serentak dengan itu kesemua pelajar berdiri tegak seperti tiang elektrik.
"Awak semua boleh duduk.Saya pasti ramai yang dah kenal saya.Nama saya Lukman Hakim. Awak semua boleh panggil saya Sir Hakim.Saya merupakan gulu kelas awak yang baru dan akan mengajar subjek Bahasa Inggeris. Ok, sebelum tu kita akan melantik ketua tingkatan dan lain-lain. Ada sesiapa ada cadangan?"Kelas sunyi sepi.Mungkin terkejut dengan suara Cikgu Hakim.Cikgu yang paling garang kat Sekolah Sri Bayu ni.

Azreen pantas mengangkat tangan."Cikgu, saya nak bagi cadangan. Apa kata kita lantik semula ketua tingkatan dan anak-anak buahnya yang tahun lepas je.So x yah le nak buat undian lagi."
"Kami sokong cikgu!"
"Ok. So Fitri awak cam ne? Setuju ke?"
"Saya ok je cikgu."
"Ok kelas. Awak ade apa-apa soalan ke?"Memang dah jadi kebiasaan pelajar sekolah ni, kalau cikgu tanya ade soalan ke..sume akan menunduk pandang ke bawah.
"Kalau macam tu..Saya nak keluar dulu.Thank you kelas!" Cikgu Hakim terus berlalu pergi.

Tujuh jam berada di sekolah pada hari pertama penuh dengan kegembiraan dan gelak tawa. Usai solat Isyak, Azreen terus melelapkan mata. Letih betul hari ni dan yang pastinya tak sabar nak menanti hari esok.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa