Saturday, 27 December 2008
~Selamat Tahun Baru~
Sedar x sedar..
lusa kita akan melangkah ke tahun hijrah yang baru..
1430 Hijrah..
dan 4 hari lagi..
Kita akan melangkah ke tahun baru..
2009..
Sudah tercapaikah hajat, impian dan azam tahun ni??
Bagi eira..
Alhamdulillah..
Akhirnya dah dpt keje..
dpt menggembirakan keluarga..
sudah cukup bermakna buat insan kerdil ni..
Eira nk ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah..
Buat semua pengunjung blog eira..
Maaf dipinta andainya penulisan eira kt blog ni..
ade menyinggung atau mengguris hati sesape..
maklumlah..
eira ni hanya insan biasa..
Salam Maal Hijrah 1430
Semoga Tahun Baru ini memberi sinar baru dalam hidup kita..
Insyaallah..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Friday, 26 December 2008
~Jalan-jalan~
mula-mula ingat nk stay kt umah je..
tapi cian lak kt adik..
beria-ria benor dia ajak eira kuar..
padahal dia keje pagi ari tu..
nasib baik mak sudi htr gi perangin..
jimat ar duit tambang bas..
hehehehe
Mula-mula..
Kitorang gi window shopping kt pacific..
pacific ni br je buka 17hb ari 2..
penuh ngan chinese je..
barang dia leh thn mhl gak le..
huhuhu
Jalan punya jalan..
kitorang tiba kt kedai Body Glove..
ada discount hebat lak 2..
baju yg harga rm69.90 tinggal rm20 je..
eira n adik apa lagi..
rembat ar sorang satu..
hehehehe
pas tu..
kitorang gi jalan-jalan kt perangin mall lak..
mmg besh..
eira semapt ar beli beg tangan baru..
adik lak beli tali pinggang..
akhir sekali..
tmpt wajib kami kalu gi shopping..
popular book store..
layan novel..
dapat ar beli 2 novel..
nama apa erk..
aisey lupa lak..
karya fauziah ashaari..
kalu x slh ar..
ari sabtu ni..
kitorang nk kuar lg..
hehehehe
habiskan duit sblm dpt gaji..
sampai sini je catatan utk hari ni..
Wassalam..
Wednesday, 24 December 2008
~Budi Bahasa Budaya Kita~
Tapi..
benarkah rakyat Malaysia ni berbudi bahasa??
Eira nak kongsi cite ckit time beli makanan smlm..
Terpaksa beratur panjang..
maklumlah hari selasa, x byk kedai yg buka kt astaka..
terpaksa le beratur..
'Biar lambat janji dpt mkn'..hehehehe
alih-alih..
ade le sorang mak cik tu..
terus je potong que n ddk kt sblh eira..
terkejut gak eira..
datang2 je terus minta 2 pinggan nasi..
Geram tol!!
dia ni x nampak ke punya le ramai org beratur dok tunggu turn..
Eira terpaksa senyum je le..
nak marah x leh, sbb dia tua pd kite..
nanti org ckp x hormat org tua lak
Time nak bayar pon, dia buat benda yg sama gak..
tension tol!!
pagi ni terpaksa jln kaki keluar dr rumah..
lupa lak nk bawa blk basikal smlm..
huhuhu
sampai kat bus stop..
ade sorang akak ni tengah tunggu bas..
akak ni terlampau peramah sgt..
samapi x terlayan eira..
apa yg eira x suke..
dia suke sgt korek2 rahsia org..
kalu bleh..
sume dia nk tau..
keje mana? dah kahwin ke? anak berapa?
aduh!! pening2..
Yang wat eira lagi pening..
bila jumpa kita tgh tunggu bas kt bus stop..
dia tanya cam ni..
"Bas x mai lagi ke?"
aduyai..
dah nampak kita dok ddk kt situ..
mesti le bas x dtg lg..
penat tol..
nak melayan soalan yg sama tiap ari..
Inilah Malaysia..
Tanah Airku yg tercinta..
ada org yg pentingkan diri..
dan ada lak org yg terlalu mementingkan org lain..
Renung2 kan lah..
hehehehe
Tuesday, 23 December 2008
2~Surat cinta vs Aikawa~
Seperti hari-hari biasa, Azril dan Azreen akan menunggang basikal masing-masing menuju ke sekolah. Kalau nak harap along hantar, seribu tahun tunggu pun belum tentu dia nak hantar.
“Reen, petang nanti kau balik sorang k. Ril ada latihan bola sepak. Malas nak balik rumah. Ril stay kat sekolah je. Nanti kau balik rumah terus ok. Jangan nak melencong pulak.” Ucap Azril sambil menongkat basikalnya.
“Ok bro. Pandai-pandailah Reen balik nanti. Ril tak payah risau ok.” Azreen tersenyum sambil menepuk lembut bahu saudara kembarnya.
Azril berjalan menuju ke kantin. Selalunya teman-teman baiknya akan berkumpul di situ dulu. Sebelum masuk kelas. Azreen pulak melangkah longlai menuju ke kelasnya di tingkat satu.
Tiba-tiba lak suara sumbangsih kedengaran. “Assalamualaikum..hai apa khabar?” “Amboi sombongnya..Dia pandang sebelah lain ar Riz!”
“Alah..Pandang sebelah lain tu lah tandanya sayang..”
Azreen terus berlalu tanpa menghiraukan usikan mereka. Lelaki ni kalau dilayan, makin menjadi-jadi lak nanti.
“Din, comel gak awek tadi tu. Nama dia apa erk?” Hariz Iskandar bertanya kepada teman baiknya, Aizudin.
“Nama dia Azreen. Budak 3 bestari. Abang dia budak bola under 16.” Terang Aizudin. Lagaknya seperti seorang anggota polis pulak.
Aizudin dan Hariz pelajar kelas 5 Amanah, selaku penyerang pasukan Bola sepak sekolah bawah 18 tahun. Mempunyai perwatakan yang sama, suke mengusik anak dara orang.
‘Aku akan pastikan kau jadi girlfriend aku Azreen..’ Hati kecil Khai berbisik.
“Hai Misya..” Azreen menyapa teman baiknya sambil memalingkan mukanya menghadap Misya.
“Kau apsal Reen..Muka monyok je aku nampak..”
“Aku geram ark at dua ekor mamat kat bawah tadi. Dah tak de keje lain selain nak kacau orang.” Rungut Azreen sambil mencebik.
“Sabar je lah Reen..Kau tak yah layan mamat kat sekolah ni. “ Misya menepuk lembut bahu sahabatnya.
Suara Cikgu Faridah yang mengajar subjek sejarah kedengaran sayup-sayup kerana semua pelajar telah bersiap sedia untuk pulang.
“Hmmm..nama je pelajar kelas atas, tapi perangai sama je macam budak kelas bawah..”kedengaran rungutan dari cikgu Faridah.
Azreen bergegas mengambil basikal kesayangannya di pondok basikal. Kelihatan sepucuk surat bersampul merah terlekat pada handle basikalnya.
“ Isy..surat sape lak ni. Dah ar tak tulis nama.” Azreen merungut kecil sambil memasukkan surat itu ke dalam begnya.
Usai solat dan mandi, Azreen terus mencapai laptop kesayangannya. Jari jemarinya pantas membuka akaun emel. Kelihatan tiga emel yang belum dibaca dalam peti masuk.
Kesemuanya emel dari myspace.Tiba-tiba matanya terpaku pada satu nama yang memang menjadi kegemarannya, “Kazuhiko Aikawa” Azreen lantas membuka laman myspacenya, butang approve ditekan.
‘Betul ke ni ada gak orang yang suka nama Kazuhiko Aikawa ni..’ getus hati kecilnya.
Azreen terus mencapai begnya. ‘Kalau nak online pun kerja sekolah kena siapkan jugak..Pelajaran harus diutamakan..’Masih terngiang-ngainag pesan abah itu. Walaupun abah sibuk dengan urusan syarikatnya, keutamaan anak-anak tetap diutamakan. Sampai sanggup beli laptop sorang satu.
Surat yang dijumpainya tadi dibuka. Cantik dan tersusun rapi tulisannya dan jiwang lak tu.
Assalamualaikum..
Buat tatapan saudari Azreen..
Pertama kali saya menatap wajah awak, tak lena tidur dibuatnya. Comel sangat macam kartun cardcaptor sakura. Kalau boleh, saya nak berkawan lebih rapat lagi dengan awak. Kalau awak sudi, tolong datang jumpa saya kat padang sekolah pukul 5 petang esok.
Wassalam..
Peminat setiamu
‘Apa aku nak buat ni..Hmm..tanya pendapat Along and Airil dulu ar. Orang gile mana le yang minat kat aku ni..Musykil-musykil..’
Monday, 22 December 2008
~Kena Keje~
untuk catatan kali ni..
eira nak story ckit..
sebuah cite sedih..
Waaaa!!
terpaksa keje ari ahad (21/12/2008)
Huhuhu
x best tol..
Tapi memandangkan dh namanya keje..
Terpaksa ar dtg gak..
Nak kena ajar kursus Pembinaan Laman Web..
Nasib baik 7 orang je
Alhamdulillah..
Kursus berjalan dgn lancar..
Thanx kpd semua yg hadir..
yg x bestnya..
terlepaslah nk tgk melodi live..
huhuhu..
Pagi ni bila eira buka emel company..
ade le dkt 30 emel yg belum dibaca..
semuanya dr peserta kursus..
Terpaksa le eira baca n balas sume emel 2..
huhuhu
Salah satu emel 2..
buat eira terasa hati ckit..
sbb penulis 2 tulis gaya penyampaian eira masa mengajar x memuaskan..
komunikasi ngan s2dent x de langsung..
huhuhu
sedey tol baca..
Tapi..
Insyaallah..
Eira akan memperbaiki lagi kekurangan eira..
cuma pelik ckit..
coz ini 1st time eira dpt komen cam ni..
So thanx kpd yg menulis tu..
Penilaian anda ttg saya..
amat eira hargai
sampai cni je catatatn utk kali ni..
Wassalam..
Saturday, 20 December 2008
~Tag dari Kak Nor~
Lama dah eira nk buat tag ni..
Tapi masa x mengizinkan lak..
Tag ni eira amik dari blog kak Nor..
Thanx akak..
Kasi eira amik..
Hehehe
Jom Mula...
1. Bekas kekasih saya..
*~* seorang yg sgt mengambil berat..tetapi jarak & masa telah memisahkan kami..*~*
2. Saya sedang mendengar..
*~* Hot Fm..ntah lagu apa ntah..*~*
3. Mungkin sy patut..
*~* Balik tido..*~*
4. Saya suke belajar..
*~* Macam2..kalu bleh..nk belajar wat sume benda..*~*
5. Sahabat baik saya..
*~* Semua orang yg bersahabat dgn eira adalah sahabat baik eira..*~*
6. Saya tak paham..
*~* Kenapa ramai yg ckp eira ni pelik?? Apa yg peliknya erk..*~*
7. Saya kehilangan..
*~* Masa saya utk bersantai kt umah..coz ari ni n esok kena keje..huhuhu*~*
8. Ramai yg berkata..
*~* Hidup ini umpama roda..kdg kita di atas..kdg di bawah..*~*
9. Makna nama saya..
*~* Yang bersinar..Bersinar ke??hmmm*~*
10. Cinta itu..
*~* Indah andai disulami dengan keikhlasan dan ketaatan kepadaNya Yang Maha Esa..*~*
11. Disuatu tempat..
~*~ aku bertafakur..Memuji keagunganNya..~*~
12. Saya akan cube..
~*~ Buat sume benda yg eira teringin nak buat..~*~
13. Makna " selamanya "..
~*~ Ntah le.. Forever le kot..bleh ke??~*~
14. . Handphone saya..
~*~ CSL.. Utamakan Buatan Malaysia..hehehehe..*~*
15. Saya paling meluat..
~*~ Tengok benda yg boleh wat eira meluat ar..hehehehe..*~*
16. Bile saya bangun dari tido..
*~* Terus mengucapkan syukur.. kerana masih dihidupkan lg pd hari ini..*~*
17. Party..
*~* amenda ni?? x suke ar..*~*
18. Haiwan yg paling cute..
*~* apa erk...ntah ar..iguana kot..*~*
19. Peringkat umo yg paling menyeronokkan adalah...
*~* Time sklh menengah..byk insiden menarik berlaku..*~*
20. Hari ini saya rasa tension..
*~* student dtg awal sgt..n sume dia dh tau..so wat pe nk dtg belajar lg??..*~*
21. Malam ini saya akan cube..
~*~ Tido puas2. coz esok nk kena keje lak..huhuhu*~*
22. Saya betul2 inginkan..
*~* sahabat beribu-ribu.. (bleh tercapai x?)
23. Bile tengok muka kat cermin pg tadi..
*~* Hmmm.. nasib baik muka x nmpak cam tension ari ni..~*~
24. Shopping kompleks..
~*~ Tempat melepak..zaman kolej dl..skrg dh krg..hehehehe..~*~
25. Makanan segera biasanya..
~*~ Cepat dimasak.. cepat di makan.. cepat habis..~*~
26. Ayat terakhir pada orang..
~*~hmmm..x tau nk jwb ar..*~*
La..dh abis ke soalan..
Ingat ade lagi..
HUHUHU..
~Kesabaran Teruji~
Minggu ni eira agak bz..
nak kena wat preparation untuk kursus..
hmmmm
mmg penat..
Nk cite sikit psl kursus..
Kursus pertama (17/12/08)
Berlangsung dgn jayanya tanapa sebarang mslh..
Alhamdulillah..
Dihadiri oleh 10 org staff HPP
Kursus Ke-2 (18/12/08)
Kursus ni benar2 menguji tahap kesabaran eira..
terpaksa mengajar 14 orang staff HPP
Yg berusia dari 28 thn ke atas..
Mungkin eira not well prepared..
Sbb tu smpai leh tension n stress..
Huhuhu..
eira akan ingat pengalaman ni..
Pengalaman bergelar seorang pengajar..
Teringat masa zaman sekolah dulu..
Kita sering melawan bila guru berbicara..
ada je yg x kena pada pandangan kita..
Parents pulak..
kalau anak x pandai..
mesti salahkan cikgu..
cikgu x pandai mengajarlah..
x tahu cara nak communicate dgn student..
Kini..
Aku mula merasai..
Kepayahan bergelar seorang pendidik..
Bukan mudah rupanya..
Berbagai halangan harus ku tempuhi..
Hari esok siapa kan tahu..
*Eira memang salute dgn guru2 yg penah ajar eira dari eira tadika sampai sekarang..
Doakanlah kejayaan anak muridmu ini..
Wednesday, 17 December 2008
~Lelaki Idaman~
Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta..
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha..
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi..
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah..
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Iraq, Bosnia dan seumpananya..
Biarlah dia seorang bisu..
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran..
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran..
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan..
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran..
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran..
Dan lantang menyuarakan kebenaran..
Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil..
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman..
Pada wanita yang bukan mahramnya..
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya..
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya..
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya..
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya..
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran..
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya..
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH!!
Kembali megah di muka bumi!!
Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa..
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat..
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan tak bermanfaat..
Papa memiliki akhlak mazmumah..
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan..
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia..
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri..
Dia mahu menjadi seorang syuhada..
Yang syahid di jalan Maha Esa..
Persoalannya...
Masih adakah lelaki idaman itu??
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tuesday, 16 December 2008
~Pemberian Dari Kak Nor~
dpt award..
thanx ye kak nor..
Ni hadiah dari kak nor..
Tapi..
Eira x suke kucing..
So kak nor pon bg hadiah lain..
Thanx kak nor..
eira mmg suka mkn coklat..
hehehe
~Kena Kejar Ngan Anjing~
Nak story ckit ni..
Semalam punya cite..
Tetiba je ada sekor anjing warna kelabu lak 2..
Dok berlari kt bwh opis eira..
Terkezut gak ar eira n wanie..
Kitorang terpaksa ar tunngu anjing 2 gerak dl..
huhuhu
Pas tu eira pon meneruskan perjalaan..
Menuju ke hentian bas..
Sambil 2 tgh dok bls msg Sizukas..
Tetiba..
Ternamapak le plak anjing yg sama kt dpn kedai..
Bila eira gerak ke kiri..
Dia pon ikut gerak sekali..
Eira dah mula cuak n takut..
Mulut ni x lekang dengan selawat n istighfar..
takut jadi apa2..
huhuhu
Nasib baik eira smpt gerak slow2..
time anjing 2 tgh dok rileks..
Tapi..
Anjing 2 still dok ikut eira gak..
Tension tol!!!
Nasib baik time lintas jln..
dia x ikut..
Anjing ni takut ngan kenderaan agaknya..
Syukur Alhamdulillah..
Selamat gak sampai umah..
Dah ar terpaksa duduk dgn sorang uncle India..
Dia ni asyik dok pandang eira je
May be sbb hp ni asyik bunyi je kot..
Almaklumlah org popular..
Hehehe
Sunday, 14 December 2008
Risau
Eira agak risau sikit dengan kesihatan mak n ayah eira
Eira terpaksa amik cuti semalam..
Sepatutnya eira mmg dh siap nak gi keje
Tapi..
Mak eira lak kurang sihat..
Telinga mak eira ade problem
So mak dapat nak tidur nyenyak coz telinga rase berdenyut-denyut..
Dah banyak kali gi buat rawatan..
tapi still cam tu gak..
Ayah eira lak..
Asyik sakit kat bhgn tengkuk..
Kesan akibat accident 6 tahun lepas..
Setiap kali nak gi keje..
eira mesti risau psl keadaan family..
takut apa2 jadi kt mak n ayah..
Tapi..
Sebagai anak sulong..
Eira kena kuat..
Eira dha janji dengan diri sendiri..
Eira akan cuba tanggung n jaga family eira sebaik yg mungkin..
Insyaallah..
Doakan kesihatan mak n ayah eira beransur sembuh k..
Wassalam..
Saturday, 13 December 2008
1~Hari Pertama Persekolahan~
Jam loceng berlatar belakangkan gambar kartun Hello Kitty itu berbunyi nyaring.
"ARGH!!!"
Azreen melepaskan satu jeritan yang agak kuat yang mampu memecahkan gegendang telinga manusia yang mendengarnya.
Dia lantas bangun dari katil dan menuju ke bilik air.
"Mak aih! Sejuknya air ni.."Rungut Azreen.
Usai mandi dan Solat Subuh, Azreen membelek-belek dirinya di hadapan cermin.
"tak sangka betul..dah form 3 rupanya aku tahun ni..Aisey perut ni berbunyi le plak.."
Lantas Azreen mencapai beg sekolah lalu turun menuju ke arah dapur.
Perut yang menyanyikan lagu rock itu perlu diisi.
"Assalamualikum along.."
Tangan abang sulungya dicium hormat.
"Waalaikummussalam..Morning sweetheart.So macam mana hari ni? Dah bersedia melangkah ke alaf baru?"
'Soalan apa le yang along tanya ni. Tak pe dia ingat aku tak tau nak jawab ke.Hehehe.Tunggulah jawapan dari adik kesayanganmu ini.'
"Alaf Baru amendanya. Bukan dah lepas ke Tema Kemerdekaan tu? Setahu Reen tak de pe yg baru pon..kecuali kita dah masuk tahun baru je lah.Tapi tak tau lah kot-kot along ni yang ade awek baru.Hmm tak lama lagi dapat ar merasa nasi minyak along.Hahaha."
Azreen tersenyum segaris.Puas hati dapat kenakan along pagi-pagi ni.Azrul mencebik.Tapi masih lagi tersenyum dengan keletah adik perempuannya itu. Bagaimanalah nanti hidup aku kalau tak de reen dan aril.
"Manalah budak sorang ni..lama tol siap, mengalahkan anak dara.."Rungut Azreen perlahan sambil menghirup teh panas yang disediakan Mak Nab.
"Morning guys.."
"Hmm..Orang dah nak abis makan baru le nampak batang hidup ko!"
"Excuse me Miss Azreen, orang utan je yang dah habis makan..ko tak habis makan lagi kan..Ha..lagi satu..ko ni pakar X-Ray ke sampai ko bleh nampak batang hidung aku ni.."
Panjang lebar betul Azril mengenakan adik kembarnya.
Merah padam muka Azreen menahan marah akibat usikan Azril itu.Tanpa melengah masa lagi, pantas tangan Azreen mencubit lengan kembarnya.
"Adoi! Sakit hang tau dak!"Jerit Azril
"Hahaha padan muka hang..Rasakan.."Ketawa Azreen menyelubungi ruang dapur rumah teres dua tingkat itu.
Azrul hanya mampu menggeleng kepala melihat keletah dua pasangan kembar itu.
"Wei..Dah lah kang roboh plak rumah ni.Hari ni along hantar korang berdua pi sekolah.tapi balik nanti pandai-pandai korang ar.."
Azreen dan azril serentak memandang ke arah abang mereka.
"Along demam ke?"Balas Azreen sambil meletakkan tangannya ke dahi Azrul.
"Demam apa laknya ni.."
"Ya lah tetiba je nak hantar kitorang pi sekolah.Mesti ar pelik.Ya tak reen.."
Azril memandang Azreen sambil mengeyitkan mata.
"Dah ar..karang lambat lak sampai sekolah."
Azrul lantas mencapai briefcasenya dan berjalan menuju ke arah pintu.
"Yes Bos!"Azreen dan Azril menjawab serentak sambil mengangkat tanda tabik.
Masing-masing berebut mengambil tempat di belakang kereta MyVi hitam itu.
"Woi!Korang ingat along ni driver ke?"azrul mula membebel.
"Alah along..sekali sekala jadi driver apa salahnyakan.Ye tak ril?"Azreen tersenyum memandang Azril di sebelahnya.
"Lagi pon orang handsome cam along ni kalau jadi driver pon ramai orang nak..Hahaha". Tawa azril memecah suasana.
"Ok dah sampai guys..Cepat ar turun..Along dah lambat nak gi keje ni!" Along bernada agak keras.
"Yes bos! Thanks along..reen sayang along.."Tangan Azrul dicium lembut.
Lantas dua kembar itu melangkah menuju ke kelas mereka. Melangkah je masuk ke kelas, satu sorakan kedengaran.
"Welcome back to school..Proud of Twins.."
"Thank you guys.."Ucap mereka berdua serentak sambil tunduk tanda hormat.
"Wei, sapa ar guru kelas kita tahun ni!"Azril bertanya pada rakan-rakannya, amin, dek dan reza.
"ntah le aku dengar cite ada cikgu baru mai sekolah kita.Mungkin dia kot guru kelas kita." Jawab dek. Lagaknya macam papa jarum je.
Begitulah keadaan dalam kelas 3 Bestari.Memang bestari sungguh pelajar-pelajar kat kelas ni.Kuat kelentong, kuat merapu, kuat gelak..Bak kata Pak Abbas kat iklan astro tu. "Macam-macam Ada.."
"KRING!!!"Loceng pertama telah dibunyikan.Kesemua pelajar 3 Bestari bergegas turun ke dewan. Kebiasaannya hari pertama persekolahan dan hari isnin perhimpunan akan diadakan di dewan.
"Wei lamanya mama hang berucap reen.Aku dah lenguh duduk lama-lama ni.."
"Alah bukan selalu kita nak dengar dia berleter.."Balas Azreen.
"Shhh..tolong diam ye dik".Salah seorang pengawas menegur mereka.
"Ok sis.jawab mereka berempat serentak.Reen, Ika, Misya dan Anis. Empat anak dara yang suka wat kecoh kat dalam kelas.Mula berkawan baik sejak dari tingkatan satu lagi.
Akhirnya selepas 1 1/2 jam..tamatlah sudah perhimpunan pagi. Suasana pasar malam sudah memenuhi segenap ruang kelas 3 bestari. Nama je kelas pertama tapi bisingnya lebih hebat dari kelas bawah. Sampai cikgu pon tak terkata apa coz pelajar-pelajar kelas ni memang otak geliga. Bleh wat batu cincin.
"Assalamualaikum kelas!".Suara sape lah plak tu. Cam suara The Rock je.
"W'alaikumussalam cikgu!"Serentak dengan itu kesemua pelajar berdiri tegak seperti tiang elektrik.
"Awak semua boleh duduk.Saya pasti ramai yang dah kenal saya.Nama saya Lukman Hakim. Awak semua boleh panggil saya Sir Hakim.Saya merupakan gulu kelas awak yang baru dan akan mengajar subjek Bahasa Inggeris. Ok, sebelum tu kita akan melantik ketua tingkatan dan lain-lain. Ada sesiapa ada cadangan?"Kelas sunyi sepi.Mungkin terkejut dengan suara Cikgu Hakim.Cikgu yang paling garang kat Sekolah Sri Bayu ni.
Azreen pantas mengangkat tangan."Cikgu, saya nak bagi cadangan. Apa kata kita lantik semula ketua tingkatan dan anak-anak buahnya yang tahun lepas je.So x yah le nak buat undian lagi."
"Kami sokong cikgu!"
"Ok. So Fitri awak cam ne? Setuju ke?"
"Saya ok je cikgu."
"Ok kelas. Awak ade apa-apa soalan ke?"Memang dah jadi kebiasaan pelajar sekolah ni, kalau cikgu tanya ade soalan ke..sume akan menunduk pandang ke bawah.
"Kalau macam tu..Saya nak keluar dulu.Thank you kelas!" Cikgu Hakim terus berlalu pergi.
Tujuh jam berada di sekolah pada hari pertama penuh dengan kegembiraan dan gelak tawa. Usai solat Isyak, Azreen terus melelapkan mata. Letih betul hari ni dan yang pastinya tak sabar nak menanti hari esok.
Friday, 12 December 2008
~Tukar Cermin Mata Baru~
Untuk kali ni..
Eira nk kongsi citer ckit..
Eira br je tukar cermin mata baru..
Trendy sikit dari cermin mata lama..
Agak lama tak buat cermin mata baru..
Sampai kepala ni asyik sakit n pening je..
Punyalah lama dok decide nak buat cermin baru..
Tapi masa tak brapa nak megizinkan..
Bila gi kedai nak buat je..
Kedai tutup lah plak..
Dah le kedai tu lah satu-satunya yang dekat ngan umah eira..
Huhuhu..
Ari selasa ari tu adik ayah eira ada wat kenduri sempena raya korban..
Dorang share duit korbankan seekor lembu..
Masa kat kenduri tu eira tgk mak ngah eira pakai spek baru..
Cantik lak tu..
Tanpa membuang masa..
Jeng..jeng..jeng..
Eira apa lagi terus korek rahsia dari mak ngah..
hehehehe
Rupanya ramai adik-adik ayah eira gi wat cermin mata baru kat kedai kwn pak lang eira..
Yang bestnya siap bagi discount tu..
Eira apa lagi..
terus bodek ayah gi kt kedai tu
Akhirnya..
dpt gak wat cermin mata baru..
kat bawah ni ade gambar eira..
masa pakai spek lama..
n spek baru..
Tengoklah perbezaannya..
Sebelum buat cermin mata baru..
Cermin mata baru..
Sampai sini je dulu untuk kali ni..
Assalamualaikum...
~Prolog~
"Reen, menung jauh nampak? ingat kat ewan ke kat aikawa?" Azril menyapa lembut bahu Azreen.
"Tak de maknanya aku nak ingat kat mamat tu. Dah lah..malas nak fikir ar ril. Entah-entah dia pun dah lupa kat aku.." Dengan tidak semena-mena air matanya menitis di pipi.
"Reen, nape ni?" Azril lantas memeluk adik kembarnya. Rambut reen diusap lembut. Rasanya tak pernah sekalipun Azril melihat Azreen menangis.
"Wei, dahlah nangis. abis basah baju aku ni.."
"Sori ril.." Azreen mengesat saki baki air matanya.
"Kenapa susah sangat ko nak mengaku yang ko memang cintakan ewan." Wajah sugul reen direnungnya.
"Reen kan pompuan. tak kan perigi nak cari timba kot.." Azreen terus berlalu meninggalkan Azril.
'Pelik ar diorang dua ni.. Sama-sama suka tapi kenapa la tak nah luahkan.' Azril menggeleng-gelengkan kepalanya.
Azreen ~ "Oh tuhan ku cinta dia..Berikan lah aku hidup..Tak kan ku sakiti dia..Hukum aku bila terjadi.."
Ikhwan ~ "Mungkin aku tidaklah sempurna..Tetapi Hatiku memilikimu sepanjang umurku..
Mungkin aku tak bisa memiliki dirimu seumur hidupku.."
Wednesday, 10 December 2008
~Tak Bisa Memiliki~
Salam Aidil Adha..
Masih dalam mood raya lagi..
Tapi aidil adha kali ni x berapa best ar..
adik eira kena keje..
so kitorang pon x gi raya sgt..
Eira pon dpt cuti sehari je
Selasa dh mula keje blk..
Huhuhu
Teringat lak pagi td..
ade sorang kwn eira tanya..
Eira ade masalah ke?
Pelik gak..tiba 2 je ade org tanya cam tu..
Rupa-rupanya diorang confuse dgn status eira kt ym
sebabnya eira tulis..
"Mungkin aku tidaklah sempurna"
kelakar gak..
tapi yg bestnya sebab ramai yg ambil berat pasal eira..
thanx sume..
coz wat eira rase happy..
so untuk semua pengunjung blog..
eira nk story sikit...
pasal status ym eira pg td..
sebenarnya status yg eira letak tu merupakan lirik lagu..
"Tak Bisa Memiliki" dendangan Samsons..
Lagu ni dikirim oleh salah sorang sahabat eira..
First time dgr lagu ni cm x best je..
tapi bila dh lama2 eira hayati lirik lagu ni..
best le plak..
Khas untuk pengunjung blog eira...
Hayatilah lirik lagu ni..
(Thanx 2 org yg htr lagu ni..I'll really appreciate it..)
~Tak Bisa Memiliki~ Samsons
[*]
Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku
[**]
Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku
Back to [*][**]
Back to [**]
Dirimu seumur hidupku 3x
Friday, 5 December 2008
~Salam Aidil Adha~
Sedar x sedar kita telah melangkah ke bulan terakhir dalam Bulan Hijrah..
Insyaallah pada 10 Zulhijjah yang balkal menjelang ini..
Semua Umat Islam dari seluruh dunia akan menyambut Aidil Adha..
Di kesempatan ini..
Eira ingin ucapkan Salam Aidil Adha buat semua sahabat2 eira..
Pengunjung2 yg sudi mengunjungi blog eira yg x seberapa ini..
Salam Aidil Adha..
Semoga Aidil Adha pada kali ini membawa keberkatan dalam kehidupan kita..
Buat semua Jemamh Haji..
Semoga mendapat Haji yg mabrur dan selamat kembali ke Tanahair..
Insyaallah..
Hayatilah ibadah korban yg dilakukan..
Semoga kita semua di bawah Lindungan-Nya..
Insyaallah..
Salam Aidil Adha..
Dari Eira..
Pulau Pinang, Malaysia
Monday, 1 December 2008
~Kesibukan Melanda~
Lama rasanye eira x update blog ni..
agak bz sikit kebelakangan ni..
terpaksa mengajar peserta kursus hampir setiap hari..
memang penat..
tapi nak wat cam ne dh keje..
yg penting..
eira dpt menyumbangkan ilmu buat pelajar..
Cepat betul masa berlalu..
sedar x sedar kita dh msk bulan disember..
dan x sampai sebulan lagi..
thn 2008 akan berlalu pergi..
Selamat menyambut hari AIDS sedunia..
jauhilah diri kita dari belenggu dadah dan kemaksiatan...
hmmmm
smlm smpt gak menonton cite sonata labu labi...
mmg kelakar tol lakonan fizz fairuz n nabil..
x kering gusi tengok keletah dorang..
smpai cni je dl coretan eira utuk klai ni..
wassalam..