Saturday, 18 November 2017
::Dugaan November::
Assalamu'alaikum..
Selamat Hari Sabtu uols..
Tengah makan nasi kenduri ke tu?
Makan, makan jugak uols..
Tapi kena la kawal gak pemakanan tu.
Nanti tak tercapai lak azam korang nak kurus.
2017 pun dah semakin hampir ke hujungnya.
Banyak betul dugaan di bulan November ni.
Bermula dengan
1. Keadaan ayah yang tak berapa sihat. Sampai tak berselera nak makan. Tapi asyik nak makan roti canai je 😂. Tambahan pula, ayah selalu cakap yang dia selalu mimpi sedara-sedara yang dah meninggal dunia.
2. Mak pula sakit kaki sampai tak boleh jalan. Mujur dah berhenti kerja time ni. Dapat gak tolong apa yang patut & berasap gak le dapur.
3. Hujan lebat sampai banjir. Bayangkan dari pukul 1 pagi Eira & adik dok bertungkus lumus susun barang kat tempat tinggi. Air masuk separas betis uols. Kata penduduk kat kawasan kuarters tu, ni kali pertama banjir teruk kat situ. Sebelum ni kalau banjir pun, air masuk kat dapur je. Ni sampai habis satu rumah uols. Seminggu gak habiskan masa bersihkan rumah balik.
4. Gaji lambat.
Gaji bulan lepas 8 hari bulan baru masuk uols. Habis tertunggak segala bil & pinjaman. Mati ar nak kena bayar bunga nanti 😞.
5. Kereta rosak. Tengah-tengah sesak nak tunggu hujung bulan ni, kereta pulak buat hal. Entah berapa RM le nak kena repair nanti. Siap duit le hari Isnin ni.
6. Minyak naik lagi. Ni yang paling mencabar untuk bulan ni. Harga minyak langsung tak turun, asyik naik je memanjang. Lama-lama Tauke Emas pun boleh bankrup uols.
Harap-harap next week harga minyak turun 😥😥
Nota kaki: Korang pun mesti pernah berangan nak jadi macam ni.. Jom tengok babak-babak dalam Drama Melayu [kat sini]
Labels:
Catatanku
Oo.. kena banjir juga ya. Semoga dipermudahkan semuanya ya
ReplyDeleteTq..
DeleteAlhamdulillah dah selesai mendobi baju yg terjejas dek banjir..