Wednesday, 6 December 2017
::Jom Jadi Seperti Semut::
Cuba perhatikan seekor semut.
Bila kita letak jari kita di hadapannya ketika ia sedang berjalan, kita dapati semut itu tidak berhenti dan tidak diam.
Semut itu tidak menyerah kalah meskipun lemah dan tubuhnya kecil.
Ia akan membelok ke kanan dan ke kiri mengelak jari kita atau ia akan patah balik mencari jalan lain.
Bagaimana pula dengan kita ketika menghadapi kesulitan dan ujian?
Kadang-kadang kita termenung diam, kadangkala marah kerana merasa lemah. Jarang kita berfikir untuk mencari jalan lain bila bertemu tembok penghalang.
Subhanallah. Sesungguhnya kejadian semut itu menjadi pengajaran untuk kehidupan kita!
Jom jadi seperti semut!!
Petikan dari FB Page Bahagian Dakwah JAKIM
Nota kaki: Cabaran ibu bapa moden. Jom dapatkkan tips berguna kat [sini]
Cantik blog Eira......suka akak...
ReplyDeleteTq kak farah 😊
ReplyDelete