::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Friday, 18 March 2016

::Gunting Rambut::

Assalamualaikum..
Throwback semalam punya cerita.
Eira gi teman ayah gunting rambut.

Selalunya Eira just tinggal ayah kat depan kedai gunting rambut.
Tetapi memandangkan sekarang ayah tak berapa sihat macam dulu, Eira kena ar temankan ayah sampai dalam kedai.
Ni 1st time Eira masuk kedai gunting rambut mamak.
Mula-mula jejak kaki kat dalam kedai, nampak sangat tukang gunting rambut dan pelanggan-pelanggan kat situ terkejut.
Ye lah, tetiba de anak gadis masuk kedai.
Ramai gak ar pelanggan semalam.
Terpaksa ar menunggu.
Sambil tunggu, sambil layan citer Laksamana Do Re Mi.
Pandai kan dorang tarik pelanggan.
Pasang video-video citer P. Ramlee.
Ayah Eira ni jenis tak suka rambut panjang.
Pada hal, Eira nampak pendek je.
Baru je 3 hari lepas Eira cukur rambut ayah.
Tapi biasa ar, kalau tak de kepandaian memang nampak buruk ar.
Ayah pun apa lagi, tak berhenti asyik complain je.
Bila tengok mamak tu cukur rambut, wah memang laju uols.
Kejap je dah botak.
Keluar dari kedai gunting rambut tu, ramai gak ar yang pandang semacam.
For me, Eira langsung tak de perasaan malu.
Yang penting, ayah happy

~kalau nak tengok koleksi baju kurung & blouse yang Eira jual, jemput ar ke fb Eira ye~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa