::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Monday, 21 March 2016

::Asal Boleh::

Assalamualaikum..
Baru berazam, hari ni tak nak marah-marah.
Tapi terpaksa gak melenting hari ni.
Dengan sikap sesetengah manusia.
Tak tau nak cakap macam mana.
Nak kata tak pergi sekolah, pandai lak drive kereta.
Sayangnya tak pandai menggunakan akal kurniaan Tuhan.
Ini dah kali kedua Eira menghadapi masalah yang sama.
Kenapalah dorang ni tak nak ikut peraturan?
Dah tahu jalan sehala, nak jugak kau masuk kan.
Pastu parking kereta ikut suka hati.
Kalau dah tak de petak parking tu, maknanya tak dibenarkan parking lah.
Itu pun susah nak faham ke?
Kita lak terpaksa tunggu owner datang ubah kereta.
Takkan kita lak nak kena reversed.
Kang tak pasal-pasal berlaga dengan kereta orang lain pulak.
Dalam 5 minit, owner kereta pun turun.

Auntie: Tak pe tak pe, saya ubah kereta.
Eira: Auntie, apasal you parking sini. Sini mana boleh parking. Lagi pun you dah masuk salah jalan.
Auntie: Takde kita mai hantar barang sat saja.
Eira: Ayoyo, kalau sat pun tetap tak boleh parking. Ni jalan orang masuk.

Auntie terus masuk dalam kereta dan reverse.
Kena ar pusing satu flat ye.
Pandai masuk, pandai ar kau cari jalan nak keluar.
Lain kali ikut petaturan ye auntie.
Maaf saya memang tak boleh tolerate.
Dah dua kali kena macam ni.
Belajar dari kesilapan ye auntie.
Jangan biar sejarah berulang lagi.
Tolong jangan ambil sikap #AsalBoleh

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa