Assalamualaikum..
Sejak dua, tiga hari ini..
Kesihatan Eira sangat tidak memuaskan.
Batuk, selsema, sakit kepala mula menyerang.
Badan pun rasa panas je.
Semua ini gara-gara teman ayah gi hospital & berjemur jap kat tengah panas.
Batuk memang tak berkurangan langsung.
Tapi tak kisahlah, kesakitan tu kan penghapus dosa-dosa kecil.
Sejak Eira ambil keputusan untuk berhenti kerja sebab nak jaga ayah, adakalanya Eira terfikir gak betul ke tindakan yang Eira ambil ni?
Bila duit simpanan makin berkurangan, terasa macam Eira hidup menumpang dalam keluarga sendiri.
Duit nak beli makan pun Eira tak de.
Sampai terasa nak telan makanan pun tak boleh.
Rupa-rupanya memang kita akan dipandang hina ye bila tak berduit.
Sampai keluarga sendiri pun sanggup bandingkan kita dengan orang lain.
Alhamdulillah, kesihatan ayah dah semakin baik.
InsyaAllah lepas ni Eira akan berusaha untuk cari kerja lain.
Agar tak dipandang hina lagi.
Sekarang ni Eira tengah belajar untuk redha.
Kerana Eira yakin Allah tidak akan memberi dugaan pada seseorang itu jika dia tak mampu menanganinya.
Doakan Eira ye sahabat-sahabat semua.
Semoga kesihatan Eira bertambah baik dan Eira akan dapat bekerja semula.
Nak juga ucap terima kasih pada kawan-kawan yang support business Eira.
Kalau de yang nak beli blouse, boleh tengok kat FB Eira ye.