::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Thursday, 23 July 2015

::Salam Aidilfitri 2015::

Assalamualaikum..
Korang semua masih dalam mood raya lagi ke?
Eira dah start keje hari Isnin lagi..
Tak sempat nak gi beraya sangat..
Alhamdulillah..
Tahun ni dapat beli baju raya buat mak..
Ayah pulak..
Susah betul nak beli baju melayu..
Sebab ayah Eira tak gemar sangat pakai baju melayu..
Ayah just beli shirt je..

Raya pertama..
Mak sibuk siapkan biskut mazola untuk mak njang..
Sebab mak njang teringin sangat nak makan..
Kata mak..
Mana tau, ni mungkin Syawal terakhir kami..
So mak tak nak hampakan keinginan mak njang..
Pukul 8 malam, baru kami keluar beraya..

Raya kedua..
Kami menanti kunjungan saudara mara..
Tapi tak sempat nak masak..
Sebab ramai sangat yang datang..
Sorry sangat2..
Sebab korang semua terpaksa makan biskut raya je..
Eira happy sangat sebab my bff Anna Mariana & mak dia sudi datang ke teratak buruk Eira..

Raya ketiga..
Baru dapat gi beraya bersama..
Dapat gak ar snap pic kat bawah ni..

Seronok sangat dapat berkumpul ramai2..
Tapi bila ramai2 mcam ni..
Berlaku lak insiden yang tak berapa berkenan di hati..
Mesti korang pun pernah alaminya..
Dorang masak sedap2 untuk orang jauh..
Bila kita nak makan..
De lak yang merungut..
"Jangan makan banyak sangat, orang lain pun nak merasa gak.."
"Alamak!! Makanan tak cukup ar.."
"Husband aku pun tak makan lagi tau.."

Sedih sangat2..
Sampai nak makan pun Eira tak sanggup..
Baik gi beraya kat rumah orang lain dari rumah keluarga sendiri..
Eira perasan mak memang terasa hati sangat..
Pada Eira..
Time raya macam ni..
Orang bukan nak makan sangat..
Tapi lebih kepada nak ziarah keluarga..
Mengeratkan silaturrahim..
De juga family yang tak nak datang beraya rumah Eira..
Tapi boleh je gi beraya rumah family yang jauh..
Pada hal rumah Eira yang paling dekat..
Almaklumlah..
Rumah Eira rumah flat je kan..
Tingkat 3 lak tu..
So alasan tu je lah yang sering digunakan..
Penat nak naik tangga..
Rumah Eira sempit..
Faamily Eira pulak tak kaya macam sedara lain..
Kami tak de masak macam2..
Yang ada cuma kuih raya buatan Eira sendiri..
So, tak de lah orang nak datang beraya..
Tapi..
Tak kisahlah..
Korang nak datang beraya ke tak..
Eira & family tak pernah mengharap orang untuk datang rumah kami..
Apa2 pun..
Pintu rumah kami sentiasa terbuka luas untuk korang..

Terima kasih kepada kaum keluara, sahabat handai yang sudi hadir..
Siapa tahu..
Ini mungkin Syawal terakhir buat kami sekeluarga..
Dengan rasa rendah hati..
Kami sekeluarga ingin menyusun 10 jari..
Memohon 1000 kemaafan..
Atas segala silap & salah..
Keterlanjuran bicara..
Kekhilafan diri..
Semoga Syawal kali ni memberi 1000 makna buat anda semua
Selamat Hari Raya Aidilfitri..

p/s: maaf jika ada yang terasa dengan entry Eira ni..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa