::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Friday, 10 July 2015

::Iklan Raya TM 2015 : #pakcikmisteri::

Assalamualaikum..
Tinggal lebih kurang seminggu je lagi sebelum Syawal menjelma. Tiap-tiap tahun, pasti banyak iklan raya baru keluar kat tv. TM juga tidak melepaskan peluang keluarkan iklan raya dorang.Eira pasti korang pernah tengok iklan kat bawah ni..



Iklan ini sangat mudah difahami. Hanya mengetengahkan watak seorang gadis dan seorang pakcik misteri. Jalan cerita yang mantap dan tak meleret-leret. Mengisahkan seorang gadis yang sangat kedekut, cuba menipu rakan-rakannya bila minta dibelanja makan. Akhirnya, dia kehilangan dompet. Mujur ada seorang pakcik yang tidak dikenali menghulurkan bantuan yang berupa duit syiling. Gadis itu cuba mencari pakcik misteri tu (sudah tentu menggunakan TM sebagai Medium Komunikasi)

Mesej yang nak disampaikan, amalkan sikap tolong-menolong, rajin-rajinlah bersedekah. InshaAllah rezeki kita takkan berkurangan dengan bersedekah, malah akan semakin bertambah..

Korang tau tak, TM de lancarkan satu laman web rasmi untuk #pakcikmisteri.
https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/ Sambil menonton video secara interaktif, korang pun boleh menderma.


1 comment:

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa