::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Saturday, 15 November 2014

::Throwback ~ Kisah Seram Timah Tasoh 1::



Eira sebenarnya baru je balik dari Timah Tasoh, Perlis..
So nak citer kat korang sume..
Pengalaman Eira kat sana..
Firstly..
Eira nak minta maaf..
Kalau entry ni tak seram macam yang korang harapkan..
Ni bukan cerita rekaan..
Tapi benar2 terjadi..
Eira gerak gi Perlis pada 6 November..
Stay kat sana sampai 11 November..
Kitorang check in kat satu homestay..
Sorry erk..
Eira terpaksa rahsiakan nama homestay tu..
Homestay bez..
Rasa cam duduk hotel..
Bilik air pun besar..
Satu bilik..
De 2 katil queen size..
Boleh tidur 5 orang sekali..
Tv + Astro (Sure korang tak kan boring)
Siap dapat sarapan free lagi..
Kami duduk berempat dalam bilik tu..
Bilik No. 4..

Petang 6 November..
Cerita seram pun bermula..
Kawan Eira orang pertama yang buka pintu bilik..
Eira orang ketiga yang masuk..
Masa tengah buka kasut..
Eira tetiba je nampak..
Satu kelibat hitam menuju ke tandas..
Pada hal masa tu..
Kawan2 lain tengah bz susun beg..
Nak sedapkan hati..
Takut Eira terlepas pandang..
Eira pun berjalan menuju ke toilet..
Terus basuh kaki..
Keadaan tandas masa tu..
Macam ada orang baru lepas mandi..
Haba pun masih terasa..
Pelik tol..
Pada hal, kitorang baru je sampai..
Sebab terlampau penat..
Eira tidur lena malam tu..
7 November..
Tak de perkara pelik berlaku..
Malam 8 November..
Eira baru je buka pintu bilik..
Tiba-tiba..
Pintu bilik air tertutup dengan sendirinya..
Memang kuat..
Eira jadi cuak jap..
Tanya kat kawan sorang lagi..
Dia pun ada dengar..
Tapi dia tak nampak pintu tu tertutup..
Bila tanya kat 2 orang kawan yang lain..
Dorang cakap tak dengar apa2 pun..
Ketakutan dah menyelubungi diri sebenarnya..
Sebelum tidur..
Eira baca ayat kursi dan 4 Qul..
Nak elak perkara2 tak diingini berlaku..

Alhamdulillah..
Selepas tu tak de apa2 yang terjadi..
Kat homestay tu..
Apa2 pun..
Eira nak ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan homestay tersebut..
Coz sentiasa menjaga kebajikan pelanggan..

p/s : kat mana2 pun ada kisah seram.. Next entry Eira nak cerita kisah kat Resort Timah Tasoh


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa