::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Monday, 3 November 2014

::Belajar Hargai Orang::



Bijak pandai pernah berkata..
Bila kita luahkan masalah yang terpendam..
Beban yang ditanggung akan berkurang..
Selalunya orang akan luahkan pada kawan2..
Eira lebih suka luah kat blog..
Biar blog ni jadi diari kehidupan Eira..
Susah sebenarnya..
Nak buat orang faham kita..
Sebab tu kita kena belajar..
Hargai apa yang ada di sekeliling kita..
Cuba kita tanya pada diri sendiri..
Pernahkah kita hargai kehidupan yang diberi?
Kadangkala ucapan terima kasih pun sudah cukup untuk buat Eira tersenyum..
Eira tak minta lebih pun..
Cuma belajarlah menghargai perasaan Eira..
Kalau dengan orang lain..
Boleh berlemah-lembut..
Tengok perempuan sampai tak berkedip mata..
Tapi dengan Eira..
Cakap main ikut sedap mulut je..
Macam Eira ni robot..
Tak de perasaan..
Selama ni..
Eira pendam je..
Apa yang orang buat..
Apa yang orang kata..
Sampai kekadang Eira terfikir..
Apa aku ni tak layak ke hidup?
Ditendang ke sana ke mari umpama bola..
Apa yang Eira buat..
Langsung tak dihargai..
Penat lelah Eira untuk mencari sesuap nasi..
Pernahkah ada orang tanya..
Kesusahan kita?
Langsung tak de..
Orang lebih berminat nak tengok kita jatuh tersungkur..
Alhamdulillah..
Eira masih bertahan..
Walaupun berkali-kali jatuh..
Terima kasih pada teman2..
Yang selalu bagi kata2 semangat..
Sesungguhnya kalian ku anggap seperti keluarga sendiri..
Di saat keluarga sendiri semakin jauh..
Aku mencari kekuatan berbekalkan semangat kalian..
Moga aku akan menemui sinar cahaya dalam kegelapan..
Dan berjaya sampai ke penghujung jalan..
Bersama Redha dari Illahi..

*Hanya sekadar luahan isi hati. Moga kalian juga dapat belajar menghargai orang lain.

1 comment:

  1. jalan2 singgah sini...

    betul tu...mesti belajar menghargai orang lain :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa