::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Wednesday, 22 April 2015

::Kuey Teow Kerang::



Morning uolss...
Pagi ni.
Eira bukan nak citer macam mana nak masak kuey teow kerang..
Tapi..
Penangan dari kuey teow kerang..
Storynye macam ni..
Pagi semalam Eira beli kuey teow yang jual kat bawah office..
Dah siap dibungkus..
Panas-panas lagi..
Murah lak tu..
RM2 je..
Eira pun agak teruja gak ler..
Ingat mahal (penangan GST)..
Sarapan Eira just makan kuih je..
Karipap, Dangai dan Donut ( My Fav)..
Pukul 12 baru ar makan kuey teow kerang tu..
Kira ni menu untuk lunch..
Teruja tengok kerang yang banyak..
Kuey teow dia memang sedap..
Jam 2.15 petang..
Lepas Solat Zohor..
Perut mula rasa memulas..
Kaki dah rasa kebas..
Lutut rasa lembik (kalau berdiri sure jatuh)
Badan pun dah rasa lenguh-lenguh..
Kepala pun dah start pening..
Mujur ada bawa balm..
Dapat gak membantu..
Mujur tak pitam waktu Solat Asar..
Muka dah memang pucat masa tu..
Alhamdulillah..
Dapat gak drive sampai kat tempat keje adik..
Then, terus suruh adik drive pulak..
Ingat lepas makan malam..
Perut dah ok..
Tapi rupanya tidak..
Rasa nak muntah pulak..
Tapi tak keluar apa-apa..
Bila bangun pagi ni..
Alhamdulillah..
Feel much more better..
Lepas ni..
Takkan makan kuey teow kerang kat kedai tu lagi..
Maybe kerang dia tak betul-betul masak..
Habis setakat ni..
Jom kita start buat kerja..

Friday, 17 April 2015

::Sweet Like Sugar::



Ni sebenarnya citer last week..
Tapi saja je Eira throwback..
Al-kisahnya..
Eira tengah beratur nak beli waffle..
Tetiba de lah 2 orang aunties ni..
Dia tanya Eira..
Tak mani ke makan waffle ni..
Eira cakap ar..
Eira just makan waffle once a time in 2 weeks..
Dorang pun senyum2..
Then..
Aunty tu cakap..
"No wonderlah, you are so sweet like sugar.."
Kembang jap bila dengar..
Tq aunty atas pujian itu..

Keesokannya pulak..
Eira gi beli air kat tepi jalan..
Kakak jual air tu tanya Eira..
"Adik tak sekolah ke ari ni?"
Eira pun pandang ar mak cik tu dengan muka agak pelik..
Eira : "Kak, saya dah keje ar"
Kakak: "Oh, yang mak selalu pi amik tu kat tempat keje ar. Kak ingat mak adik amik adik dari sekolah. Umur berapa ni? Nampak kecik je.."
Eira : "Nampak je kecik kak, tapi dah tua sebenarnya.."

Aduyai..
Terima kasih lah pada semua yang memuji..
Hehehehe
Alhamdulillah..
Umur dah tua..
Tapi jiwa masih muda..
Baru balik kenduri





::JINDRISSKA Blog Anniversary Giveaway::



Selamat tengahari uolss..
Hari ni Eira nak join GA dari Aisya..
Pada korang yang nak join tu..
Kena ar ikut syarat2 yang telah ditetapkan..
Nak tahu syarat2nya??
Mudah je..
Klik je banner kat bawah ni..


Eira dah lama sebenarnya follow blog Aisya..
Sejak dari segmen Giveaway Note Cards From Jasper
Tapi Eira tak menang pun..
Tahniah sebab Aisya menang..
Harap2..
Eira bertuah untuk kali ni..
Hehehe..
"Saya nak menang giveaway ni sebab Eira memang teringin nak melancong ke luar negara. Tapi tak pernah kesampaian. So, kalau dapat cenderahati dari luar negara pun dah kira memadai. Lagi satu, sebab Eira memang suka kumpul fridge magnet & poskad"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa