Friday, 6 May 2016
::Minta Pendapat::
Salam Jumaat..
Mesti korang dah sibuk menghitung waktu.
Maklumlah hari Jumaat, ramai yang nak balik awal.
Eira just nak minta pendapat rakan-rakan blogger.
Macam mana cara nak tegur jiran yang bela kucing.
Tapi macam tak jaga kebajikan dia.
Selalu dorang tinggalkan je kucing tu dalam rumah.
Kadang-kadang sampai seminggu.
Bila dah berminggu-minggu ditinggalkan, mula ar bau-bauan yang kurang menyenangkan merebak keluar.
Kucing memang comel.
Tapi bila tak terjaga, bau-bauan tu buat jiran lain lak yang merana.
Ayah Eira sampai penat dan muntah-muntah sebab tak tahan dengan bau busuk tu.
Eira de bagi tau kat pihak perbadanan.
Tapi masalahnya, jiran Eira ni balik rumah pukul 2 @ 3 pagi.
Tak sempat nak bersua muka.
Cuba tanya pendapat kat group whatsapp tadi.
Tapi tercetus pergaduhan pulak.
Saya tak marah kepada pecinta-pecinta kucing.
Kalau kita bela haiwan peliharaan, mesti kita anggap macam bela anak sendiri kan.
Haiwan pun perlukan perhatian dan belaian.
Kalau korang sayang pada haiwan tu, mesti korang akan jaga elok-elok kan.
Takkan korang nak tinggalkan dia dalam rumah sampai berhari-hari.
Lagi satu, bila kita hidup berjiran ni, kena ar fikirkan jiran-jiran lain gak.
Kadang-kadang malu bila saudara mara datang, boleh hidu bau busuk dari tangga lagi.
Bila dah masak sedap-sedap, nak makan pun tak de selera uols.
Baru nak suap makan, tetiba bau-bauan menjelma.
Harap korang dapat beri pendapat ye.
Dah setahun menanggung siksa ini.
Jangan ada yang kecam Eira pulak.
Hehehe.
p/s: Jemput follow ig eira_d.shoppe
Kalau korang nak order Perlaking, boleh pm eira kat fb k.
Labels:
Catatanku
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..