::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Thursday, 26 May 2016

::Kenapa Harus Berdengki?::



Selamat tengahari uols..
Alhamdulillah kekenyangan hari ni..
Sebab kat office de buat majlis perpisahan pegawai.
So dapat ar makan free.
Jimat duit belanja akak uols..
Nak story sikit dengan korang..
Kenapalah manusia suka sangat dengki dengan orang lain?
Dan selalunya orang yang ada sifat dengki ni ialah orang MELAYU dan beragama ISLAM.
Eira sendiri pun tak faham.
Tapi ini terjadi kepada keluarga Eira sendiri.
Dulu, ayah Eira meniaga apam balik.
Tetiba satu hari, ada member tanya.
"Ayah hang tak buka kedai ke? Aku nak beli apam balik ni."
Pada hal Eira de je tolong ayah niaga masa tu.
Rupa-rupanya, ada orang dengki pada perniagaan kami dan dia kenakan sihir tak bagi orang lain nampak kami meniaga.
Sedih sangat masa tu.
Eira dapat tengok dari raut wajah ayah.
Lepas tu, ada orang ambil tapak niaga kami, dan bagi dia saudara kami.
Siap cakap ayah yang mengajar dia buat apam balik.
Pada hal ayah Eira kena tahan kat wad.
So, sampai sekarang kami dah tak niaga apam balik lagi.

Eira ingat tahun 2016 ni, dah tak de ar orang yang bersifat dengki.
Rupanya ada gak.
Dia tak puas hati Eira jual produk dan promote kat office.
Dia pun nak buat jugak.
Siap tanya kat mana Eira macam mana nak mula niaga, mana nak cari supplier, modal macam mana?
And macam-macam lagi lah dia tanya.
Mula-mula Eira nak kongsi je semua.
Tapi member kat office tak kasi.
Sebab dia cakap budak ni macam nak caras perniagaan Eira je.
Apa pendapat korang erk??
Bukan Eira tak nak berkongsi, tapi Eira pun susah payah sorang-sorang cari supplier semua.
Takkan senang-senang nak bagi tau kat orang lain.
Lagi pun rezeki di bumi Allah ni meluas.
Tinggal kita je yang perlu berusaha lebih sikit
Ye tak.

Apa-apa pun Eira tak pernah tanam sifat dengki pada sesiapa pun.
Semoga Allah jauhkan Eira dari sifat mazmumah dan dekatkan Eira dengan sifat-sifat mahmudah.

1 comment:

  1. take +ve
    kalau ade org dgki mean kita punya bisnes maju ..hehe


    JOM JOIN GIVEAWAY MG :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/05/giveaway-comeback-cashmoney-by-mg.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa