Tuesday, 5 May 2015
::Review Novel ~ Episod Cinta Harlys::
Selamat Tengahari uolss..
Selamat bertugas pada yang dah start keje ari ni..
Hari ni..
Eira nak review novel karya Fieyza Fadlina
Tajuknya Episod Cinta Harlys..
Novel ni berkisar tentang 2 watak..
Iaitu Harith dan Arlyssa..
Sepasang suami isteri yang dijodohkan kerana satu peristiwa hitam..
Selama 6 tahun mereka terpisah kerana keegoan masing-masing..
Namun, takdir telah menemukan Harith dengan ibu mertuanya, Puan Aini..
Satu pertemuan telah diatur oleh Puan Aini dan Syed Yusri (Abang Arlyssa)..
Dan memaksa Arlyssa untuk kembali mejadi ISTERI Harith..
Arlyssa terpaksa mengikut suaminya pulang ke Kuala Terengganu..
Pergaduhan sudah menjadi makanan ruji kehidupan mereka..
Berkat kesabaran Harith, akhirnya kebahagian dapat dikecapi..
Namun..
Ku sangka panas hingga ke petang..
Rupanya hujan di tengahari..
Rumah tangga mereka mula bergolak dengan kehadiran Humaira dan Najwan..
Dapatkan hubungan mereka berkekalan??
Mungkinkah pelangi kebahagian akan muncul??
Nak tahu..
Korang kena ar beli novel ni..
Tak pun..
Korang boleh baca novel ni secara online (sampai bab 40 je)
Kat blog penulis Fieyza Fadlina
Selamat membaca..
Komen Eira: I love this novel...
Labels:
Novel
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..