::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Thursday, 26 June 2014

::Adik Eira Kemalangan::

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
Ari ni Eira berkesempatan update blog..
Adik Eira terlibat dlm kemalangan jalan raya..
Pada pagi ahad jam 1.45 pg..
Di seberang jaya..
Ada motorsikal dari arah depan datang rempuh kereta husband adik..
Waktu tu, dorang nak membelok ke kanan..
Adik Eira duduk sebelah kiri husband dia..
Ni gambar kereta..

Pada mulanya..
Adik Eira dihantar ke hospital seberang jaya..
Then, adik suruh staff hospital call hp ayah..
Eira yg jawab..
Kami sekeluarga terus bergegas dari teluk kumbar ke hospital seberang jaya..
Adik Eira minta transfer ke KPJ Penang..
Tapi hospital seberang jaya tak dapat hantar..
Yang buat Eira geram..
Pihak hospital seberang jaya cakap adik Eira tak kritikal..
Sebab tu dorang suruh adik tggu utk jumpa doktor..
Pada hal muka adik penuh kaca & darah..
Sampai nak jalan pun susah..
Bila family Eira sampai je..
Kami terus bawa adik ke KPJ..
Sampai je KPJ..
Adik terus masuk wad kecemasan..
Dorang keluarkan kaca..
Then pergi x-ray..
Dalam pukul 4.30 pagi..
Adik Eira kena tahan kat ward..
Ni gambar motorsikal yang rempuh kereta husband adik..




Harap korang dapat doakan kesembuhan adik Eira

posted from Bloggeroid

Friday, 20 June 2014

::Pencarian Bloglist 2014/2015 by Tea & Coffee Lover::




Salam Jumaat..
Pagi ni Eira nak join segmen bloglist..
Pada yang nak join tu..
Sila klik banner kat atas ye..
Segmen ni 3 hari je tau..
Cepat2 join ok..

Wednesday, 18 June 2014

::Kerana Terpaksa Aku Relakan ~ Episod 5::



Sinopsis Episod 5
Datuk Safiah cuba menghubungi Indah dan menawarkan jawatan sebgai PA. Datuk Safiah terkejut bila mendapat tahu tentang Indah. Indah terus membantu Datuk Safiah yang pengsan di butik dan menemaninya ke hospital.
KTAR.E05.KBergetar by kepalabergetar

::Kerana Terpaksa Aku Relakan ~ Episod 4::



Sinopsis Episod 4
Indah sampai agak lewat di Coffee House, dia dimarahi oleh Sanisah. Secara kebetulan pula Puan Anita tiada.Indah diberhentikan kerja.

KTAR.E04.KBergetar by kepalabergetar

::Giveaway Nisfu Sya'ban ::



Jom ramai2 kita join GA ni pulak..
Support Rexha..
Tinggal tak berapa hari je lagi..
Untuk bertemu Ramadhan..


::Giveaway Cash RM150 MrJocko::



Agak lama Eira tak join Giveaway..
Malam ni..
Eira nak mencuba nasib..
Kalau menag..
Boleh dapat RM50..
InshaAllah..
Duit tu Eira nak guna untuk beli ubat & keperluan Mak..
Mak Eira tak berapa sihat..
Sekarang ni mak terlantar kat atas katil je..
Dah 2 hari Eira tak pegi keje..
Sebab nak jaga mak..
Memandangkan Eira cuma dapat elaun harian je..
Dekat RM100 gak le elaun Eira kena potong..
Untuk dua hari ni..
Kalau menang duit ni, dapat gak tambah pendapatan..
Hopefully Mak Eira akan pulih seperti sedia kala..
Pada korang yang nak join tu..
Sila klik banner kat bawah yer..

::Menang Giveaway Birthday by Syira Lokman::



Alhamdulillah..
Di saat mengalami kesempitan wang..
Eira dapat rezeki..
Eira menang RM20

TQ Syira & Licha

::Durian Oh Durian::




Semenjak dua tiga minggu ni..
Eira asyik makan durian je..
Alhamdulillah..
Last two weeks bos belanja makan durian..
Banyak sangat makan..
Sampai tak habis..
Siap buat kuah durian lagi..
Makan dengan roti benggali..
Jumaat lepas lak mak Eira beli durian lagi..
Tapi sekarang dorang letak dalam tupperware je..
Durian ni kalau makan banyak sangat..
Takut panas lak badan..
Kalau ada kulit durian..
Boleh gak minum air dalam kulit..
Ni terpaksa ar minum air banyak2..

Bila sebut pasal durian ni..
Teringat lak kat sorang akak kat opis Eira..
Dia langsung tak boleh makan, bau atau dengar perkataan 'durian'..
Kesian betul Eira tengok dia..
Member2 lain kat opis lak..
Selalu kenakan dia..
Geram je Eira tengok..
Bukannya akak tu sengaja..
Dah itu kelemahan dia..
Kita kena ar belajar menerima kelemahan orang lain..
Tak ada sapa pun yang sempurna..
Kadang2..
Eira pun ada gak terlepas cakap..
Sebut pasal durian..
Cepat2 Eira minta maaf..
Sekarang ni perkataan 'durian' dah ditukar kepada 'jebon'..
Hehehehe

Apa2 pun..
Kalau korang teringin nak makan durian yang best2..
Silalah berkunjung ke Penang ye..


Sunday, 1 June 2014

::Kerana Terpaksa Aku Relakan ~ Episod 3::



Sinopsis Episod 3
Kepulangan Indah tidak diterima oleh keluarganya. Indah dihalau dari rumah kerana telah menconteng arang dan memalukan keluarganya.


KTARelakan_E03_BukanCincai by NescooOnline

::Kerana Terpaksa Aku Relakan ~ Episod 2::



Sinopsis Episod 2
Tajul Razin menduh Indah cuba mencuri telefon bimbit ibunya, Dato Shafiah. Tetapi Dato Shafiah sendiri melihat Indah tidur keletihan di surau. Akhirnya Indah berjaya pulang ke kampung


KTAR.E02.BukanCincai by NescooOnline

::Kerana Terpaksa Aku Relakan ~ Episod 1::



Sinopsis Episod 1
Hari perkahwinan Indah akan berlangsung esok. Indah Harlina sudah siap sedia. Perkahwinan yang diatur oleh ayahnya dengan Shaiful diterima tanpa bantahan. Sementara itu, ibu tiri dan kakak tiri Indah telah merencanakan sesuatu


KTAR.E01.BukanCincai by NescooOnline

::Sakit Pulak Hati Kita::



Selamat berhujung minggu guys..
Apa aktiviti korang ari ni?
Ari ni, Eira, my mom & sis gi kenduri akikah..
Member adik Eira kat opis..
Kitorang sampai agak lambat..
Nasi Briyani pun dah habis..
Kol 2.00 petang tu kira lambat gak erk..
Coz lauk pun dah tak banyak..
Terkejut gak Eira..
Tengah2 seronok menikmati juadah..
Kurma daging..
Ayam goreng bawang..
Kerabu timun dan nenas..
Tetiba lak kedengaran satu suara..
"Nad, ni kakak hang ke? Gemuknya dia sekarang..Makin sihat no.."
Aduyai..
Sakit pulak hati kita..
Dah ar suara tu punya ar kuat..
Rasanya satu khemah makan boleh dengar..
Eira pun tak de ar kenal sangat mak cik laser tu..
Kalau ikutkan hati..
Nak je Eira balas balik apa yang mak cik tu cakap..
Tapi..
Eira ambil langkah diamkan diri aja..
Malas nak layan orang macam tu..
Persoalannya..
Eira gemuk sangat ke?

Rasa macam tak je..
Sebab banyak baju2 lama yang dah muat dipakai..
Apa2 pun..
I really don't care..
Janji saya sihat walafiat..
Tak de sebarang penyakit..
Tak perlu makan ubat..
Tak perlu stay kat hospital..

* Moral of the story..
Lebih baik diam dari berkata-kata, kerana mungkin tiap patah perkataan kita tu boleh buat orang lain terluka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa