::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Thursday, 7 January 2016

Soalan-soalan Yang Boleh Buat Korang Melenting

Bila tiba tahun baru je, ramai yang akan tanya korang soalan-soalan kat bawah ni.
Yang pastinya, soalan-soalan ni akan buat korang nak melenting.
Jom kita ushar soalan-soalan tu..
1. Berapa umur kau sekarang?
Soalan ni berkait rapat dengan soalan-soalan berikutnya.
Bila tahun baru je, orang sibuk nak tau berapa umur kita.
Bila dah bagi tau, de yang tak percaya pulak.
Kadang-kadang terfikir gak, tak de soalan lain ke korang nak tanya?

2. Bila nak kahwin?


Soalan ni sure akan buat korang yang bujang (macam saya).
STRESS!!
Bila pergi majlis kenduri je, makcik-makcik korang mesti sibuk nak tanya kan "Kamu bila nak kahwin? Umur dah makin meningkat."
Selalunya saya akan senyum dan jawab, " Jodoh tu rahsia Allah. Kita tak tahu siapa dan bila kita akan berkahwin. Yang pasti, segalanya telah tertulis sejak azali lagi."

3. Bila nak dapat baby?



Bagi yang dah berkahwin pulak, orang akan tanya soalan ni pulak.
Pada yang tak berkahwin lagi, mesti de orang yang akan cakap kat korang macam ni, "Kalau kau kahwin lambat, sure susah nak dapat baby nanti."

4. Kerja mana sekarang?



Kebanyakkan orang suka tanya soalan ni. Sebab dorang nak sangat tau korang dapat kerja yang setaraf tak dengan kelulusan yang korang ada.
Pada saya, tak kisahlah kerja kita setaraf atau tidak dengan kelulusan kita yang penting saya tak menganggur.

5. Berapa gaji kau sekarang?



Ni soalan terakhir yang akan buat korang panas.
Kenapa ar ada yang sibuk nak tau gaji kita berapa.
Gaji yang dia dapat tu tak cukup ke?
Sampai nak kena tanya gaji orang lain pulak.
Sebenarnya manusia jenis macam ni, ada satu sifat dengki dalam diri. Dia tak senang duduk kalau ada orang lain lebih dari dia.

So tahun baru ni, korang kena cuba elakkan bertanya soalan-soalan di atas.
Kalau tak, mungkin korang akan kena pelempang nanti.

4 comments:

  1. ha..ha..ha...
    bila nak ada baby tu..mmg soalan yang sgt tak digemari...

    ReplyDelete
  2. Kan, Allah belum bagi rezeki nak wat cam ne..

    ReplyDelete
  3. eheheh..
    kalau MG soalan ni tkdela nk mlenting sgt tp mcm xbest kalau org tanya :)

    ReplyDelete
  4. Kalu akak ditanya soalan tue, jawapannya mudah saja, akak cakaplah dekat orang tue, "Cuba tanya dengan Allah kenapa saya tak dapat, sebab hanya Dia saja yang tahu apa sebabnya.."

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa