::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Saturday, 8 July 2017

::Adab Kat Mana::




Korang masih dalam mood raya ke?
Sempat gi nak Eira nak ucap Selamat Hari Raya kat pembaca blog saya (tu pun kalau ada 😉)

Dah lama Eira tak mencoret kat dalam  blog ni.
Malam ni nak story sikit kat korang pasal adab.
Apa yang Eira perhatikan, orang kita dah semakin tak beradab.
Kalau dulu, zaman kanak-kanak, mak Wira selalu pesan.
Bila jumpa orang yang lebih tua, kita kena hormat.
Tapi budak-budak sekarang, kalau jumpa orang tua siap berlaga bahu, langsung tak minta maaf.
Siap cakap "Oi! Buta ke??"
Bukan setakat budak, bapak budak & mak budak pun sama.
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi kan??

Nanti nak jangan nak salahkan anak-anak korang, kalau dorang biadap.
Sebab dorang belajar dari korang gak.

Kejadian ni baru je berlaku kat Eira & family.
Kira-kira sejam yang lalu.
Eira & family baru je balik dari kenduri kahwin & beraya rumah saudara.
Memandangkan ayah Eira orang kelainan upaya (oku) & warga emas yang paling tua kat flat ni, so kami prefer untuk park kereta kat dalam.
Petang tadi, sebelum keluar Eira park kereta Eira kat dalam untuk memudahkan mak Eira untuk parking kereta lagi satu.
Bila balik, lepas mak turunkan ayah kat bawah flat. (ayah Eira akan naik tangga slow-slow sampai tingkat tiga)
Eira pun keluar nak gi ambil kereta semula.
Masa nak jalan gi kereta tu, ada pulak kereta belakang dok tunggu nak parking gak.
Eira baru je start kereta, dia dah sibuk datang tanya.
Bila adik Eira cakap kami tak nak keluar, dia terus blah..
Bukan tak nak bagi dia masuk parking @ bukan kami nak choop tempat awal-awal.
Korang sendiri boleh fikir keadaan ayah Eira. Mak Eira pun umur dah nak cecah 60 tahun.
Lepas Eira keluar, mak terus masuk parking.
Dengan tak puas hatinya, brother tadi datang sound mak Eira.
Tanya ni kereta sapa?
Siap cakap, mana boleh buat cam ni.
Sapa mai dulu, dia ar dapat park dulu.
Kalau cakap elok- elok tak pe gak.
Ni, sampai tak reti nak hormat orang tua.
Tapi sebagai orang Melayu yang penuh adab sopan & bertimbang rasa, tak sepatutnya dia nak sound orang tua macam tu.
Macam le awak tu tak kan tua satu hari nanti kan.
Dah ditetapkan oleh perbadanan 1  rumah, 1 parking.
Siap ada sticker lagi.
Tapi penghuni lain boleh je parking sampai 3 buah kereta sekali.
Apa kes??

Kesimpulannya, jagalah adab kita sesama manusia.
Lebih-lebih lagi dengan orang yang lebih tua dari kita.
Jangan sampai anak-anak kita pulak yang tak beradab dengan kita nanti 😁


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa