::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Thursday, 18 February 2016

::26 Februari Mengubah Segalanya::

Tanggal 26 Februari 2002 mengubah kehidupan Eira sekeluarga.
Walaupun sudah hampir 14 tahun berlalu, terasa seperti baru semalam je berlaku.
Ayah masa tu baru je ditukar bertugas di Penang.
Sebelum ni ayah kerja kat Kuala Lumpur.
Pagi itu, semua sibuk dengan hal masing-masing.
Eira bersekolah dalam tingkatan empat manakala adik berada di tahun enam.
Ayah pulak dah bersiap-siap nak pergi kerja.
Masa kat sekolah, Eira dah mula rasa tak sedap hati.
Tapi tetap jugak teruskan sesi pembelajaran. Maklumlah awal-awal tahun, semua excited nak belajar.
Waktu kelas kimia di Makmal Kimia, tiba-tiba kerani sekolah datang jumpa cikgu.
Cikgu pulak, asyik toleh-toleh pandang kat Eira.
Lagi la buat Eira tak senang duduk.
Lepas habis je kelas, cikgu suruh Eira tunggu kat makmal. Teacher Tan, Guru Kimia Eira peluk bahu Eira.
"Saya harap awak bersabar, ayah awak kemalangan."
AllahuAkbar!!!
Tak dapat Eira gambarkan perasaan Eira pada waktu itu.
Rasa nak menangis, tak percaya dengan apa yang dah berlaku.
Untuk kepastian, Eira terus berlari ke pondok telefon di dalam sekolah untuk call mak kat rumah.
Tapi, nasib memang tidak menyebelahi Eira.
Dompet Eira tertinggal kat rumah. Eira tak dapat nak call mak dan sekali lagi Eira terpaksa berlapar di sekolah.
Alhamdulillah rakan sekelas Eira , Ain sudi pinjamkan hp dia untuk Eira call mak (adik-adik jangan bawa hp gi sekolah ye, takut kena denda lak. Eh tapi sekarang dah boleh bawa hp erk gi sekolah?)
Lega dapat cakap dengan mak. Memang betul ayah Eira accident.
Eira terus beritahu cikgu nak balik rumah. Tapi cikgu tak benarkan sebab tak de waris datang ambil.
Puas gak ar pujuk cikgu, akhirnya dapat gak balik.
Eira tak berapa ingat sape yang datang bawa Eira, mak dan adik ke Penang GH.
Bila sampai hospital lak, waktu melawat dah habis.
Kami semua tak dibenarkan masuk.
Mak Eira sorang je dapat masuk.
Mungkin sebab kesiankan Eira dan adik, akhirnya kami dibenarkan masuk melawat.
Pertama kali jumpa ayah, memang muka ayah nampak lain.
Muka ayah jadi bengkak dan hitam.
Selepas 3 hari, ayah dibenarkan pulan ke rumah.
Tapi..
Bila doktor maklumkan pada kami sekeluarga, yang ayah Eira dah hilang keupayaan untuk bergerak dalam erti kta lain lumpuh seluruh badan.
Jalan terbaik untuk pulih kembali ialah dengan melakukan pembedahan saraf. (Saraf C3 hingga C7 ayah ada masalah)
Peratusan untuk ayah pulih sepenuhnya hanya 50-50.
Sebab tu ayah ambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan.
Sejak kemalangan itu, kehidupan kami sekeluarga terus berubah 100%.
Kami hilang mata pencarian, hilang juga tali persaudaraan, persahabatan.
Namun yang penting Eira akan tetap bertahan walaupun asyik tersadung.
Doakan Eira ye sahabat-sahabat blogger

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa