::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Sunday, 23 February 2014

::Berbuat Baik::



Selamat pagi semua..
Tajuk entry pagi ni..
Berbuat baik..
Kita buka saja kena buat baik dengan orang je..
Betul tak..
Dengan haiwan pun sama..
Tak salah kalau nak bela binatang macam kucing, ikan, burung..
Tapi..
Korang kena make sure la..
Penjagaan, pemakanan haiwan tu kena ar jaga..
Jangan tau bela je..
Tapi tak bagi makan..
Pas tu tak tak buat penjagaan..
Biarkan najis haiwan tu merata-rata..
Sampai mengeluarkan bau-bauan yang kurang menyenangkan..
Ni terjadi pada Eira..
De jiran Eira yang bela kucing..
Tapi dia selalu tak de kat rumah..
So, Eira pun tak tau macam mana keadaan kucing dia..
Cuma, sejak dua, tiga hari ni..
Terdapat bau-bau yang kurang menyenangkan..
Sampai Ayah Eira hampir muntah..
Kesian jugak bila fikir macam mana ar keadaan kucing kat dalam rumah tu..

Pada Eira..
Eira belum bersedia nak pikul tanggungjawab bela haiwan2 ni..
Dulu, Eira pernah gak bela ikan puyu..
Tapi tak tau ar kenapa..
Ikan tu boleh mati pulak..
Huhuhu.. Sedih gak ar..
Masa duduk rumah Atuk lak..
Eira pernah tolong jaga kucing mak cik Eira..
Nama dia Mone..
Gambar sekadar hiasan
Mone mati kena langgar dengan kereta..
Eira tak sempat nak selamatkan dia..
Memang sedih sangat masa tu..
Sampai sekarang, Eira agak takut dengan kucing..
Dah macam fear factor lak..
Dengan binatang lain, Eira ok je..
me dan ular
Pic kat atas ni..
Pic lama sebenarnya..
Sorang pegawai nak kenakan Eira..
Dia ingat Eira takut dengan ular..
Tapi Eira buat rileks je..
Hehehe..
Rindu sebenarnnya nak main dengan ular lagi..

Saturday, 22 February 2014

::Segmen Review Blog - 3 Hari Sahaja !::



Selamat malam semua..
Sebelum Eira masuk tidur..
Eira nak join segmen dari Syira Lokman..
Segmen ni berlangsung selama 3 hari je tau..
Tamat pada 24 Februari jam 1159 malam..
So apa tunggu lagi..
Jom kita join ramai2..

Klik banner kat atas ni kalau nak join ok..

::22 Februari 2014 ~ 22 Tahun Pemergian Sudirman::



Selamat malam semua..
Terima kasih pada yang doakan kesihatan Eira..
Keadaan Eira masih tak berapa ok lagi..
Batuk masih menyerang..
Sekarang ni gatal anak tekak pulak..
Rasa cam nak garu je..
Pada semua blogger..
Jaga kesihatan korang ok..

22 Februari 2014..
Genaplah 22 tahun..
Penghibur No 1 Asia yang juga dikenali sebagai "Elvis Malaysia"
Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad..

Beliau meninggalkan kita pada tanggal 22 Februari 1992
Untuk pengetahuan semua..
Sudirman merupakan artis kegemaran Eira..
Eira baru berusia 6 tahun...
Ketika itu, Eira dalam perjalanan ke Perlis..
Dengan arwah atuk..
Eira terus menangis bila diumumkan dalam berita..
Allahyarham telah meninggalkan kita buat selamanya..
Arwah atuk sampai tekejut tengok eira menangis..
Eira pun tak tau kenapa Eira rasa dekat sangat dengan Sudirman..
Rupa-rupanya..
Semasa mengandungkan Eira..
Mak dan Ayah pernah hantar Kad Raya kepada Allahyarham Sudirman..
Dan Allahyarham telah membalas kad raya tersebut..
Mungkin atas sebab itu..
Eira selalu rasa dekat dengan Allahyarham..
Tambahan pula..
Eira membesar dengan lagu2 Allahyarham..
Kaset-kaset lagu Allahyarham pun masih ada..
Cuma dah rosak..
Dulu masa kecik2..
Eira selalu menonton konsert2 Allahyarham..
Yang ditayangkan kat RTM..

Kat bawah ni..
Eira letak gambar kad raya..
Yang masih berada dalam simpanan Mak Eira
Sampul Surat Kad Raya Sudirman

 Poskad Sudirman

Ucapan Selamat Hari Raya

Allahyarham mewakili Malaysia dalam Salem Music Award di Royal Albert Hall London pada tahun 1989..
Arwah merupakan penyayi pertama yang menyayi di Royal Albert Hall London..
Arwah telah dinobatkan sebagai Penyayi No. 1 Asia dalam pertandingan tersebut..
Jom tonton video persembahan Allahyarham Sudirman di oyal Albert Hall London..
Lagu One Thousand Million Smiles

Pada Eira..
Tiada siapa dapat menggantikan Allahyarham Sudirman..
Kebolehan arwah dalam seni persembahan, menyanyi, menari, melukis, berjenaka sukar ditandingi penyanyi yang sedia ada sekarang..
Setiap lagu yang dinyayikan..
Mempunyai ceritanya yang tersendiri..
Suaranya begitu menusuk kalbu..
Dan mampu membuatkan Eira menangis..
Eira pernah berangan nak jadi macam Allahyarham..
Berjaya dalam pelajaran dan karier..
Insyaallah..
Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah..
Buat Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad..
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman..
Amin..

Thursday, 20 February 2014

::Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..::



Selamat hari Khamis..
Eira diserang sakit tekak lagi..
Sebab tu jarang buka blog..
Batuk pun dah mula menyerang..
Apa2 pun..
Eira nak join Segmen dari Abak
Pada yg nak join tu..
Klik banner kat bawah k..

** Tarikh segmen dilanjutkan hingga 28 Februari2014..

Jom kita rapatkan ukhuwah..

Sunday, 16 February 2014

::Salah Siapa::



Ini petang semalam punya citer..
Memamg Eira bengang sangat..
Orang macam ni pun ada..
Dah elok2 orang wat tempat parking motor..
Dia boleh pulak parking kat belakang kereta kita..
Punya ar susah nak keluar tadi..
Mujur kereta sebelah dah keluar dari petak parking..
Minta maaf ye kepada pemilik motor ni..
Eira upload pic ni..
Sebagai teguran untuk semua penunggang di luar sana..
 Kalau boleh, parkinglah di tempat yang sepatutnya..
Jangan selalu susahkan orang sekeliling..
Kalau kita buat baik dengan orang..
InsyaAllah Allah akan balas dengan kebaikan juga..
Renung2kan..


Saturday, 15 February 2014

::CPUV Pertama Untuk Bulan Februari::



Alhamdulillah..
Bila buka blog malam ni..
Tetiba muncul CPUV baru dari En Nuffnang
Terima kasih ye En Nuffnang
Kalau Eira masih study..
Mesti bez kalau dapat Baucer Buku ni..
Peringatan pada adik2 yg masih study tu..
Gunakan baucer yang diberi sebaik mungkin..
Barulah berkat ilmu yang bakal dipelajari nanti..
Harap2 pas ni..
En Nuffnang akan bagi cpuv lagi..

::MINI GIVEAWAY NOVEL OH NOVEL::



Selamat malam semua..
Malam ni..
Eira nak join GA dari Cik Akak..
Hadiah novel lak tu..
Eira memang suka baca novel..
[tapi de baca novel yang still berbalut]
Maklumlah kebelakangan ni Eira bz sangat2..
Apa2 pun..
Eira tak nak ar lepaskan peluang ni..
Pada korang yang nak join tu..
Sila klik banner kat bawah..

Pada yang dah join tu..
Selamat berjaya..

::Menang Meaningful Birthday Giveaway By Yaya::



Selamat hari Sabtu..
Selamat bekerja pada yang bekerja macam Eira..
Yang bercuti tu..
Manfaatkan cuti anda dengan sebaik-baiknya..
Eira tergerak hati nak buka blog pagi ni..
Alhamdulillah Eira merupakan salah seorang pemenang..
Meaningful Birthday Giveaway By Yaya..

Eira menang bloglist dari Syira Lokman..
Alhamdulillah..
Suka baca puisi dan kisah motivasi Syira Lokman..
Tahniah gak buat semua pemenang Giveaway ni..
Tak lupa juga ucapan tahniah untuk Syira Lokman..
Coz blog Syira Lokman dan direview Majalah Remaja..

Tuesday, 11 February 2014

::Ohsem Giveaway by Munirah Rahman::



Agak lama tak buka blog..
Eira bz sikit kebelakangan ni..
Untuk entry pertama..
Di minggu baru..
Eira nak join GA dari Munirah Rahman
Nama kami dah hampir sama gitu..
Pada yang nak join..
Klik banner kat bawah ni..

Good luck kepada semua peserta..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa