::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Saturday, 25 January 2014

::24 Januari 2014::



Banyak peristiwa berlaku pada tarikh ni..
Pagi..
Kami sekeluarga meraikan ikatan perkahwinan adik Eira..
Mak & ayah pun gembira..
Meraikan menantu sulong pertama..
Alhamdulillah...
Majlis pagi tadi berjalan lancar..
Walaupun dalam keadaan sederhana..
Jam 1.45 petang..
Kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon dari cousin Eira..
Dalam keadaan menangis, dia bagi tau yang pak njang Eira dalam keadaan tak sedarkan diri..
Kami sekeluarga memang terkejut sangat..
Semua ingat pak njang Eira mungkin kurang gula..
Sebab tu dia jatuh pengsan..
Untuk kepastian, adik Eira cuba call cousin yg lain,.
Ya Allah..
Pak njang Eira dah dijemput menemui Illahi..
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Kami sekeluarga terus bertolak ke rumah mak njang Eira kat permatang pauh..
Eira sempat gak tengok jenazah pak njang..
Memang Eira tak dapat membendung perasaan sedih..
Air mata mengalir deras di pipi..
Arwah memang seorang bapa saudara yg baik..
Sentiasa menceriakan suasana..
Arwah teringin sangat nak datang tengok majlis akad nikah adik Eira..
Tapi anak2 arwah tak bagi sebab takut arwah penat..
Memang ralat sangat bila arwah tak datang masa majlis pagi tadi..
Apa2 pun..
Eira hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah buat arwah pak njang Eira..
Mohamed bin Saari..
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Amin..

1 comment:

  1. Al Fatihah.. semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman Aamiin

    congrats on your adik's solemnization day :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa