::Tabung Nak Bayar Roadtax Kereta ::

Friday, 12 April 2013

::Hargailah Orang Di Sekeliling Anda::



Pagi nak wat luahan perasaan sikit..
Kalau de yg terbaca tu..
Eira minta maaf ye..
Mungkin ada yg tersinggung..
Ini hanyalah luahan hati kecil Eira..
Hargailah Orang Di Sekeliling Kita..
Tak ramai kan orang yg tahu hargai apa yg kita lakukan..
Kita kerja setengah mati tiap hari..
Untuk cari rezeki yg halal..
Tapi masih ada yg mempersendakan usaha kita itu..
Ada yg fikir..
Kita ni kerja hanya untuk kejar pangkat & kekayaan..
Pernahkah korang terfikir sebelum datang keje..
Macam mana korang nak selesaikan tanggungjawab yg diberikan..
Kadang2 Eira rasa sampai tak tertanggung..
Bila banyak keje tak dapat disiapkan..
Terasa macam Eira telah sia2kan tanggungjawab yg diberi..
Kalau boleh..
Nak siapkan Eira x nak keje2 tergendala..
Takut Eira x sempat siapkan..
Kita pun x tau bila kita akan dijemput menemuiNya..
Kesian lak nanti, kat orang yg terpaksa tanggung kerja Eira..
Bila dah keje, confirm dapat gaji kan..
Pernah x korang rasa..
Walaupun gaji korang banyak..
Tapi masih x mencukupi???
So..
Cubalah ikhlaskan diri masa wat keje tu..
Insyaallah korang akan dapat ganjarannya..

Macam Eira..
Gaji dah le x seberapa sangat..
Tapi..
Sebagai seorang anak..
Eira tetap tunaikan tanggungjawab..
Bagi duit pada mak & ayah..
Beli barang2 dapur..
Bayar bil..
Bayar duit hutang dorang..
Sampai kadang2 tu..
Eira sendiri x cukup duit utk makan..
Tapi..
Bila ada yg mengungkit..
Orang yg susah nak nangis cam Eira ni pun..
Dah x tahan nak tanggung..
Mulalah air mata ni nak mengalir laju..

Dan susah nak berhenti lak tu..
Susahkan nak puaskan hati semua orang..
Eira masih berusaha nak puaskan hati semua orang..
Walaupun..
Pada hakikatnya hati sendiri yg terluka..
Jadi kesimpulannya..
Hargailah apa yg dilakukan oleh orang2..
Di sekeliling korang..
Sebelum dia pergi jauh meninggalkan korang..
Belajarlah menghargai orang2 di sekeliling anda...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa