::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Tuesday, 10 February 2009

~Apa Itu Valentine~

Saban Tahun Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day disambut oleh sebilangan besar umat manusia di muka bumi ini.


Eira baru je baca kisah tentang Valentine's Day ni dari Majalah Mastika keluaran Februari 2009..


Jom kita tengok beberapa Fakta menarik mengenai Valentine's Day ni..


  • Dianggarkan satu bilion kad Valentine dikirim di seluruh dunia setiap tahun.
    Tanpa di sedari Valentines Day merupakan perayaan kedua tertinggi bagi pengiriman kad perayaan selepas Krismas
  • Kira-kira 85% Kad Valentine dibeli oleh Kaum Wanita
  • Dianggarkan sekurang-kurangnya 110 Juta kuntuman Ros , kebanyakan ros Merah dijual pada Hari Valentine
  • Kajian mendapati, 73% pembeli bunga sempena Valentine's Day adalah lelaki
  • Dianggarkan 3% daripada individu yang memiliki haiwan peliharaan akan memberi haiwan kesayangan mereka sebagai hadiah Valentine
  • Alexander Graham Bell telah memfailkan patern pertama telfon beliau pada 14 Februari 1876
  • Warna tema bagi Hari Valentine ialah Merah, Merah Jambu dan Putih. Merah Jambu melambangkan Kehalusan. Merah pula simbol Kehangatan, Perasaan dan Hati (Cinta). Putih pula melambangkan ketulenan dan kepercayaan iaitu 2 hati yang saling mempercayai
  • Bilangan Kuntum Bunga Ros bagi setiap jambak juga diambil kira. Sekuntum bermaksud "Kau satu-satunya kekasihku". 11 kuntum bermaksud "Kau kesukaanku". 99 kuntum pula membawa maksud "Cintakan awak untuk selamanya". 1008 kuntum, "Kahwini aku"


    Dari mana sebenarnya muncul Hari Valentine ni??
    Pendapat 1 ~ Perkataan Valentine diambil sempena nama seorang Paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu, Saint Valentine. Beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan Kerajaan Islam di Cardova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masehi.

    Pendapat 2 ~ Berasal daripada Pesta sambutan kaum Rome Kuno yang dipanggil Lupercalia. Lupercalia adalah upacara menyucikan diri yang diadakan pada 14 februari. pada hari itu, merekan menyembah Dewi Cinta iaitu Juno Februata. Pada sebelah malamnya, nama gadis2 akan diletakkan di dalam bekas. Kemudian, setiap pemuda akan mencabut nama gadis secara rawak. Gadis itu akan menjadi pasangan hiburan seksnya selama setahun.

    Pendapat 3 ~ Dikaitkan dengan kematian Paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rome yang bernama Claudius II. St. Valentine telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana melanggar perintah Raja untuk membatalkan semua perkahwinan keraan rome terlibat dalam peperangan. Semasa di penjara, St. Valentine telah jatuh hati dengan anak salah seorang pegawai. Sebelum dibunh, beliau sempat menulis sepucuk surat yang bertandatangan "From your Valentine"

    Pendapat 4 ~ Diambil dari nama seorang Paderi, St. Valentine semasa pemerintahan Ratu Isabella dari sepanyol. St. Valentine dihukum penjara kerana keinginannya untuk berkahwi dengan pasangannya dari pengamal Protestan. ratu Isabella kemudian menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine.

    Apa pula pendapat kita sebagai Umat Islam??
    Wajarkah kita meraikan Hari Valentine ni??
    Bagi eira..
    Tak perlu ade Hari kekasih..
    Jika kita mencintai seseorang..
    Cintailah dia kerana Allah..
    Pasti hubungan cinta itu akan diberkati..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa