“Along, Reen nak cakap sikit ar..” Azreen menyapa lembut abang sulongnya.
“Amboi..sejak bila Reen jadi sopan ni..Reen tak sihat ke?”Azrul pantas meletakkan tangan di dahi adik bongsunya.
“Tak sihat sebab surat ni along..” Surat di tangan Azrren sudah beralih tangan.
“Sape la peminat misteri ni..Ril, ko kenal ke sape peminat Reen ni?”
“Entah ar along..Pelik..Ada gak orang yang minat kat minah brutal ni..”Serentak itu sebiji bantal dibaling tepat ke arah Azril.
“Pergi je jumpa peminat misteri tu. Tengok dulu orang dia macam mana.”
“Okies..Thanks along..”
‘Nampaknya along dah bagi green light. Boleh le aku gi jumpa peminat misteri tu.’ Getus hati kecil Azreen.
Sebaik saja melangkah masuk ke dalam kelas, kelibat Ika, jiran sebelah Azreen kelihatan tersengih menunjukkan barisan giginya.
“Oi Ika..apsal ko sengih-sengih cam kerang busuk ni? Nape ko tak hadir kelas semalam?” Soalan bernilai RM 10 Juta itu terus ditanyakan.
“Ala..aku sakit perut ar semalam.” Ika memberi alasan. Entah berapa ribu kali, alasan yang sama juga kedengaran di gegendang telinga Azreen.
“Apa-apa je lah cik Ika oi..Janji kau tak kantoi PMR dah ar..” Azreen menepuk lembut bahu Ika yang masih tersengih memandangnya.
Misya dan Anis baru je melangkah masuk ke kelas sewaktu loceng pertama dibunyikan.
“Alahai..Tak sempat nak rehat kejap.” Rungut Anis sambil meletakkan begnya.
“Sape suruh korang datang lambat. Dah ar jom beratur kat tepi kelas.”
Kelas Bahasa Inggeris yang diajar Sir Hakim berjalan lancer. Tidak kedengaran langsung suara-suara sumbang. Masing-masing diam seribu bahasa.
“Sebelum saya menamatkan sesi pembelajaran untuk hari ni, di tangan saya ade senarai nama pelajar yang telah terpilih untuk mengikuti kem motivasi.Saya akan edarkan borang kebenaran waris kepada pelajar yang terpilih. Pastikan awak hantar semula borang sebelum hari Jumaat. Faham kelas!” Suara Sir Hakim
Sesi persekolahan di rasakan panjang, tambahan pula petang ni Azreen terpaksa menghadiri aktiviti kokurikulum. Usai kelas, Azreen dan teman rapatnya bergegas ke kantin sekolah. Perut yang mendendangkan lagu rock itu perlu diisi.
Perbincangan di antara ahli Kadet Remaja Sekolah berjalan dengan lancar. Azreen dilantik menjadi bendahari Persatuan. Tahun ini sahaja, dia telah memegang empat jawatan bendahari bagi Pengawas Perpustakaan, Persatuan Sains dan Matematik, Bendahari kelas dan yang terakhir Kadet Remaja Sekolah. Fikirannya rungsing memirkan jawatan-jawatan ini. Mampukah dia mengendalikan jawatan-jawatan ini dengan sebaiknya?
Tepat jam 5 petang, Azreen melangkah longlai ke tepi padang. Kelibat Azril dicari.
“Oi cik adik, dok cari sape tu?” Sapaan Azril mematikan pencarian Azreen.
“Cari Ril la. Ingatkan dok berlatih lagi. Jom balik..”Tangan Azril lantas dicapai.
Kalau dilihat dari perlakuan mereka berdua, mungkin ramai yang menyifatkan mereka ini pasangan kekasih, merpati sejoli. Pada hal hakikatnya mereka pasangan kembar yang sukar dipisahkan.
Ayunan kaki dilangkahkan ke tempat letak basikal. Kelihatan seorang budak lelaki memerhatikan gelagat mereka dari jauh. Perasaan marah yang tidak dapat dibendung membuatkan Hariz hampir melepaskan penumbuknya ke muka Azril, tapi sempat dihalang oleh Azreen.
“Wei..Apa ni? Gila ke?” Jerit Azreen sambil tangannya pantas mencengkam T-shirt yang di pakai Hariz.
“Memang aku gila! Aku gilakan kau Azreen. Aku yang hantar surat kat kau. Aku memang tak sangka, kau ni tak ubah macam perempuan murahan. Sanggup berkepit-kepit dengan lelaki, kat dalam kawasan sekolah pulak tu!” Tiang di sebelah di tending kuat dan Hariz terus berlalu meninggalkan mereka berdua.
“Dahlah jom kita balik.”Azril pantas membuka kunci basikalnya.
Azreen terus mengikut kelibat abangya dari belakang. Otaknya ligat memikirkan kejadian yang baru berlaku tadi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah kat blog Eira
Tinggalkan jejak korang kat sini..