::Tabung Nak Bayar PTPTN ::

Monday, 26 January 2009

~Tentang Seseorang 1~

Tak tau sebenarnya nak tulis ttg pe..
Tengah2 dok fikir 2..
tetiba terasa nak tengok..
bagaimana le agaknya rahsia-rahsia peribadi seseorang..
melalui tarik lahir, nama dan lain2..
eira excited nak tgk..
sama ke x sume ni dengan peribadi eira..
Jom bermula...

Rahsia Peribadi melalui Bulan Islam..
Zulkaedah..
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Eira..
Bukan seorang yang pendiam..
Takutnya..
Eira nak berubah dari jahat ke baik ar..
bukan dari baik ke jahat..
huhuhu
Banyak Berfikir??
Agaknyalah..
hehehe

Rahsia mengikut Bulan Kelahiran..

Julai..

  • Sangat seronok didamping
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
  • Agak pendiam kecuali dirangsang
  • Ada harga dan maruah diri
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus
  • Sangat menjaga hati orang lain
  • Sangat peramah
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
  • berjiwa sentimental
  • jarang berdendam
  • mudah memaafkan tapi sukar melupakan
  • tidak suka benda remeh-temeh
  • membimbing cara fizikal dan mental
  • sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  • layanan yg serupa dgn semua orang
  • tinggi daya simpati
  • pemerhatian yg tajam
  • suka menilai org lain dgn pemerhatian
  • mudah dan rajin belajar
  • suka muhasabah diri
  • suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
  • suka mendiamkan diri
  • suka duduk dirumah
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • tak agresif kecuali terpaksa
  • lemah dari segi kesihatan perut
  • mudah gemuk kawal tak kawal diet
  • minta disayangi
  • mudah terluka hati tapi lambat pulih
  • terlalu mengambil berat
  • rajin dalam membuat kerja


Eira..Alamak!! Banyak gak persamaan ni..

  • Ye betul..
  • Agak perahsia gak orangnya..hehehe
  • Bukan pendiam
  • Yap..harga diri & maruah memang perlu dijaga..
  • Yap..
  • Ya betul..
  • Ya betul..
  • Memang peramah..
  • Hmmm..
  • Kekadang 2 sentimental le jugak..hehehe
  • x suke berdendam..
  • mmg senang nak maafkan org..tapi...sshnya nk lupakan..huhuhu
  • yap..
  • x berapa paham..
  • Ye kot..
  • Yap..x de krg n x de yg lebih..
  • Yap..
  • Pemerhatain mungkin..tapi bukan penglihatan..huhuhu
  • Ye betul..dari mata 2run ke hati..hehehehe
  • Ye..eira mmg suke belajar benda baru..
  • Ye selalu memuhasabahkan diri..
  • Selalu sangat buat benda ni..
  • Hmmm..kadang2..kalu tgh fikir sesuatu..
  • Yap..jarang sgt keluar..kalau keluar pon..dgn family je lah..
  • hmm..x brapa tepat..eira suke berkawan..
  • hmm..ye kot..
  • Yap..gastrik..
  • Agaknya lah..kena diet lagi ni nmpknya..hehehe
  • Sape yg x nak disayangi..
  • hmmm
  • Ye..
  • Yap..


Hmmm
Banyak tol persamaan ni..
2 be continued..

3~Pertemuan Pertama~

“Along, Reen nak cakap sikit ar..” Azreen menyapa lembut abang sulongnya.
“Amboi..sejak bila Reen jadi sopan ni..Reen tak sihat ke?”Azrul pantas meletakkan tangan di dahi adik bongsunya.
“Tak sihat sebab surat ni along..” Surat di tangan Azrren sudah beralih tangan.
“Sape la peminat misteri ni..Ril, ko kenal ke sape peminat Reen ni?”
“Entah ar along..Pelik..Ada gak orang yang minat kat minah brutal ni..”Serentak itu sebiji bantal dibaling tepat ke arah Azril.
“Pergi je jumpa peminat misteri tu. Tengok dulu orang dia macam mana.”
“Okies..Thanks along..”
‘Nampaknya along dah bagi green light. Boleh le aku gi jumpa peminat misteri tu.’ Getus hati kecil Azreen.

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam kelas, kelibat Ika, jiran sebelah Azreen kelihatan tersengih menunjukkan barisan giginya.

“Oi Ika..apsal ko sengih-sengih cam kerang busuk ni? Nape ko tak hadir kelas semalam?” Soalan bernilai RM 10 Juta itu terus ditanyakan.

“Ala..aku sakit perut ar semalam.” Ika memberi alasan. Entah berapa ribu kali, alasan yang sama juga kedengaran di gegendang telinga Azreen.

“Apa-apa je lah cik Ika oi..Janji kau tak kantoi PMR dah ar..” Azreen menepuk lembut bahu Ika yang masih tersengih memandangnya.

Misya dan Anis baru je melangkah masuk ke kelas sewaktu loceng pertama dibunyikan.
“Alahai..Tak sempat nak rehat kejap.” Rungut Anis sambil meletakkan begnya.
“Sape suruh korang datang lambat. Dah ar jom beratur kat tepi kelas.”

Kelas Bahasa Inggeris yang diajar Sir Hakim berjalan lancer. Tidak kedengaran langsung suara-suara sumbang. Masing-masing diam seribu bahasa.
“Sebelum saya menamatkan sesi pembelajaran untuk hari ni, di tangan saya ade senarai nama pelajar yang telah terpilih untuk mengikuti kem motivasi.Saya akan edarkan borang kebenaran waris kepada pelajar yang terpilih. Pastikan awak hantar semula borang sebelum hari Jumaat. Faham kelas!” Suara Sir Hakim

Sesi persekolahan di rasakan panjang, tambahan pula petang ni Azreen terpaksa menghadiri aktiviti kokurikulum. Usai kelas, Azreen dan teman rapatnya bergegas ke kantin sekolah. Perut yang mendendangkan lagu rock itu perlu diisi.

Perbincangan di antara ahli Kadet Remaja Sekolah berjalan dengan lancar. Azreen dilantik menjadi bendahari Persatuan. Tahun ini sahaja, dia telah memegang empat jawatan bendahari bagi Pengawas Perpustakaan, Persatuan Sains dan Matematik, Bendahari kelas dan yang terakhir Kadet Remaja Sekolah. Fikirannya rungsing memirkan jawatan-jawatan ini. Mampukah dia mengendalikan jawatan-jawatan ini dengan sebaiknya?

Tepat jam 5 petang, Azreen melangkah longlai ke tepi padang. Kelibat Azril dicari.

“Oi cik adik, dok cari sape tu?” Sapaan Azril mematikan pencarian Azreen.

“Cari Ril la. Ingatkan dok berlatih lagi. Jom balik..”Tangan Azril lantas dicapai.

Kalau dilihat dari perlakuan mereka berdua, mungkin ramai yang menyifatkan mereka ini pasangan kekasih, merpati sejoli. Pada hal hakikatnya mereka pasangan kembar yang sukar dipisahkan.

Ayunan kaki dilangkahkan ke tempat letak basikal. Kelihatan seorang budak lelaki memerhatikan gelagat mereka dari jauh. Perasaan marah yang tidak dapat dibendung membuatkan Hariz hampir melepaskan penumbuknya ke muka Azril, tapi sempat dihalang oleh Azreen.

“Wei..Apa ni? Gila ke?” Jerit Azreen sambil tangannya pantas mencengkam T-shirt yang di pakai Hariz.

“Memang aku gila! Aku gilakan kau Azreen. Aku yang hantar surat kat kau. Aku memang tak sangka, kau ni tak ubah macam perempuan murahan. Sanggup berkepit-kepit dengan lelaki, kat dalam kawasan sekolah pulak tu!” Tiang di sebelah di tending kuat dan Hariz terus berlalu meninggalkan mereka berdua.

“Dahlah jom kita balik.”Azril pantas membuka kunci basikalnya.

Azreen terus mengikut kelibat abangya dari belakang. Otaknya ligat memikirkan kejadian yang baru berlaku tadi.

Friday, 23 January 2009

~Bznya sekarang..~

Assalamualaikum...
Agak lama gak menyepikan diri..
Kini eira kembali..
hehehe
BZ sesangat skrg ni..
s2dent semakin bertambah setiap hari..
memang penat...
nak kena ajar ramai s2dent yg berbeza subjek..
huhuhu
tapi apakan daya..
dah memang tanggungjawab..
ada kalanya sampai tensen dibuatnya..
Yang beznya Januari ni..
dapat sorang staff baru..
Kak Fiza yg comey..
hehehe
n 2 org s2dent praktikal yg sekepala ngan eira..
Mas n Wan..

So..
x lah boring sgt..
selain 2...
kesihatan dh semakin sihat..
dapat 2 org lagi anak sedara lelaki..
x sabar nk jumpa baby ni..
Muhammad Rayyan Iskandar..
Rase cm nk 2run kl je skrg..
tapi x dpt gi lagi..
huhuhu
Smlm tgk Puaka Niyang Rapik..
Bez sgt..
X sangka skrg..
Banyak lak cite hantu kt Malaysia skrg..
Apa2 pon cite hantu mmg favourite eira..
x penah missed tgk..
Hmmm
dh x tau nk tulis pe lg..
sampai sini je..
cow sin chi..

Thursday, 15 January 2009

~Pejamkan Mata~

Pertama kali dengar lagu ni..
Masa tonton filem 9 September Time babak akhir..
Nia lari pergi apartmen Kogi..
Pas tu..
Dia tengok lukisan yg Kogi lukis..
Kat dinding..
Gambar pasangan kekasih duduk kat tepi pantai..
Best gak dgr melodi lagu ni..
Ditambah pula..
Bait-bait indah lirik dia..
Menyentuh kalbu siot..
Jom kita dengar sama2..
Sambil feel..
hehehehe


Pejamkan Mata - Ronnie

Ku pejamkan mata
Kau hadir di sisi
Bisik mesra darimu
Menyemai kasihku

Bahagiakan dirimu
Agar bisa ku senyum
Pejamkanlah matamu
Ku pasti di sisi

Untuk dikau kasih
Ku curahkan cinta suci
Yang tak mungkin terpadam
Akan terus membara

Bahagiakan dirimu
Di saat ku tersenyum
Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku
Janji ku kepadamu
Aku pasti di sisi

Merintih dalam jiwa
Pergiku tak kembali
Berpisah jua kita
Tak bisa ku ingkari

Sehati dan sejiwa
Kita telah berjanji
Pejamkanlah matamu
Ku pasti di sisi

Untuk dikau kasih
Ku curahkan cinta suci
Yang tak mungkin terpadam
Akan terus membara

Bahagiakan dirimu
Bisa aku tersenyum
Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku

Janji ku kepadamu
Aku pasti di sisi
Bahagiakan dirimu
Di saat ku tersenyum

Satukanlah dirimu
Dengan takdir jodohmu
Pejamkanlah matamu
Jika rindukan wajahku
Janji ku kepadamu
Aku pasti di sisi




Ronnie..

OST 9 September..

Wednesday, 14 January 2009

~Cinta Nan Indah~

Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat..
Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita..
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Ya Allah, Ya Tuhanku..
Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu.
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Allah, Ya tuhanku..
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu..
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah..
Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu..

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.."

~Dah Beransur Sembuh~

Assalamualaikum w.b.t...
lama gak rasenya eira x menulis kt blog ni..
agak bz dgn keje
s2dent dh bertambah..
keje pon bertambah le..
huhuhu
Dalam dok sibuk2 keje tu..
Allah menguji keimanan eira..
diserang demam..
sehingga menyebabkan tekanan darah rendah..
huhuhu
Terpaksa ambil cuti..
walaupon hati kecilku ini keberatan..
kesian kat s2dent2..

eira yg sengsara..
takut lak rase tgk muka sendiri kt dlm cermin..
huhuhu
Alhamdulillah..
keadaan Eira dh semakin pulih..
dah kembali semangat untuk mengajar..
di kesempatan ini..
eira nak memohon 1000 kemaafan..
Buat boss eira..En. Syam..
Kak fiza..
sori x sempat nk beli gula2 yg akak pesan..
wat s2dent2 eira..
maaf sgt2..
x dpt nk ajar korang..
hopefully..
korang sume paham..
huhuhu
Thanx wat teman2 yg x jemu2 bg nsht kt eira..
Kak gas n siz..
love u all so much..
Muah...
Doakan kesihatan eira sembuh sepenuhnya..
Wassalam..

Monday, 5 January 2009

~Kenangan Pesta 2008~

Assalamualaikum...
Nak kongsi sikit penglaman
Masa Pesta Pulau Pinang 2008..




~Tiket Pesta Pulau Pinang~


Sume pengalaman 1st time...
1st time pegi pesta tanpa ayah..(ayah x nak ikut)
1st time pegi dengan mak aje..
1st time mak drive gi pesta..(sebelum ni x dpt lesen lg)
1st time gi pesta samapi 2 kali..
slalu gi skali je..
Memang sume pengalaman 1st time ar..
1st time gak..
eira gi Pesta..
Belanja mak n adik..
makan, minum n beli barang2..
Seronok sangat..

At least..
termakbul gak hajat nk belanja di Pesta..
hehehe
Ni antara gambar2 yg eira amik kat pesta..






~Kat Rumah Minangkabau~





~Kat Taman Rimba~



~Novel yg sempat eira beli~

Friday, 2 January 2009

~Azam tahun Baru~

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..
sedar tak sedar..
kita dah melangkah ke tahun baru..
1430 Hijrah / 2009
Apa azam anda untuk tahun ni??
bagi eira..
azam eira cuma satu je..
nak membahagiakan keluarga..
Insyaallah..
Sebelum masuk tahun baru..
ada gak berazam nak melanjutkan pelajaran..
ke peringkat ijazah..
Namun apakan daya..

Tapi tak pe..
apa salahnya berkorban demi kebahagiaan keluarga..
kalau boleh..
tahun ni..
eira nak kerja rajin..
nak amik lesen motor n kereta..
nak beli kereta baru..
hmmm
bayaknya benda nak buat..
Yang penting..
semuanya demi keluarga tercinta..
Hopefully..
Impian ni akan tercapai..
Insyaallah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::Tinggalkan Link Korang Kat Sini::

Copyright © 2012.All Right Reserved by Eira Aikawa